Oudra Aziz
23/03/2026
Selamat Hari Raya AidilFitri.
Maaf zahir dan batin.
Meminjam keceriaan from my grandchildren.
Semoga Aidilfitri kali ini menyimpul lebih banyak kenangan dalam sanubari kita semua ❤️
06/02/2026
Aku di situ berpura menjadi mereka
Menyambut sejuk yang menggigit dengan
pelukan seorang kekasih.
Jiwa bagai terapung di atas tamadun tujuh bukit,
Lakaran jutaan sejarah pahlawan yang maju
dan yang tewas, darah likat yang di hirup bumi.
Tenang mendengar panggilan rumah Allah
meminta aku mencari iman yang sedang tidur.
Merayu, bersihkan lah kotor dengan wuduk
Dan memberi salam kepada Aya Sophia
Lalu bersentuhlah dahiku dengan hangat sejadah.
Allah, jangan tinggalkan aku.
Jangan tinggalkan aku.
Oudra Aziz
February di Instanbul
2026
"It's not you, Ita. It's me."
Aku pandang mata dia dengan perasaan yang kosong. Dan aku senyum. Senyum yang sinis, of course. Because I know what he's going to say next.
"You terlalu baik untuk I."
Ah, setahun bercinta cuma untuk di putuskan dengan ayat-ayat clichè murah seperti itu. Zero for effort, Afian. Dan memang sepanjang percintaan aku dan dia, Afian memang tidak banyak menunjukkan banyak usaha untuk apa-apa pun.
Aku pandang mukanya. Dia nampak sangat tak selesa. Mungkin dia tak selesa sebab aku tak memberikan respond yang sama clichè dengan ayat break off dia. Maybe dia expect aku keluarkan air mata or at least buat muka sedih. Sorry, I'm not that pathetic yet.
"Okay, kalau you dah tak s**a, nak buat macam mana." Aku berikan dia senyumana paling manis. "Kita move on je la."
Matanya melilau, maknanya dia tak senang duduk. Tangannya mengacau-ngacau bingsu di depannya dengan sudu. Obvious sangat, dia megharapkan drama dari aku dan dia kecewa dia kerana respond aku suam-suam kuku.
Sebenarnya aku heran jugak semalam, bila dia text aku dan ajak pergi date hari ini, dan dia actually suggest cafe bingsu yang sudah banyak kali aku ajak dia pergi. Dia selalu menolak, sebab "food kat situ mahal" katanya. Afian memang bakhil sikit orangnya. Kalau pergi dating, dia sangat berkira dengan duit dia.
"Tapi hari ni you belanja kan?" Aku gelak. "Jangan sebab dah putus I kena bayar my share pulak. You yang ajak I keluar."
Kelat muka dia. Aku tau, dalam kepala dia, dia tengah congak berapa yang dia nak kena bayar nanti.
"Order lah apa you nak, Ta ..."
Aku tak buang masa, aku terus tekan butang. Dari jauh, waiter di situ angkat kepala pandang aku dan aku pun melakar segiempat besar dengan dua jari telunjukku, menandakan aku nak menu. Dia datang dengan menu, aku belek dan pilih ayam goreng pedas.
Aku type message di whatsapp ...
'Okay, see you tomorrow at 11'
Dan aku tekan send. Sekejap saja sudah berjawab.
'For real?'
'Kenapa, tak percaya? 😆'
Afian, Afian .... Adakah dia kira tidak ada lelaki lain yang inginkan aku selain dia?
It's his loss, not mine. And Ilham's gain.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Istanbul Türkiye
Istanbul
34000