KLM IPGM

KLM IPGM

แชร์

Photos from KLM IPGM's post 12/10/2025

PENYERTAAN PENGAKAP KLM DALAM KEMBARA MUHIBBAH PENGAKAP NEGERI TERENGGANU 2.0

Pattani, 5 Oktober 2025 – Program Kembara Muhibbah Pengakap Negeri Terengganu 2.0 telah berjaya dilaksanakan pada 3 hingga 5 Oktober 2025. Program kembara ini meliputi lawatan kunjung hormat ke beberapa kawasan di selatan Thailand termasuk Hatyai, Pattani dan Songkhla dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara Pengakap Negeri Terengganu dan pihak berautoriti di wilayah tersebut. Program ini telah disertai oleh lapan orang pegawai pengakap yang terdiri daripada Pesuruhjaya Daerah (PJD) dan Penolong Pesuruhjaya Daerah (PPJD), terdiri daripada 3 orang KLM05 1 orang KLM36, 1 orang KLM10, 1 orang KLM03, 1 orang KLM32 dan 1 orang KLM19. Turut serta ialah dua orang pengakap KLM30 sebagai peserta kembara.

Program kembara pada kali ini telah disertai oleh YBhg Tan Sri Dato’ Haji Abdullah Bin Haji Taib, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu dan Encik Shahrul Azwan Bin Mohamad @ Endut, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu sebagai penerima Anugerah Lencana Kehormat Pengendali Bawah Air Bahagian Marin, Polis Diraja Thailand di dalam majlis kunjung hormat TYT Gabenor Wilayah Pattani. Selain itu, turut berlaku penyampaian Anugerah Sayap Kerhormat Penerjunan Tentera Udara Diraja Thailand kepada para VIP yang lain.

Kembara ini diteruskan lagi dengan aktiviti mencabar di High Jump Tower yang bertempat di Territorial Defense Student Training Center of 42nd Military Circle, Songkla, Thailand. Para peserta diberikan peluang melakukan penerjunan asas dan terlatih di kem tersebut. Aktiviti ini diakhiri dengan penyampaikan sijil penyertaan dan sayap penerjunan yang disampaikan oleh Kolonel Natworaitch Srichantong, Kolonel di kem tersebut.

Antara fokus utama program ini adalah memperkukuh hubungan serantau melalui lawatan hormat ke TYT Wilayah Pattani dan Songkhla, sekali gus mengeratkan persahabatan dan semangat Brotherhood of Scouting antara Malaysia dan Thailand.

Photos from KLM IPGM's post 07/08/2025

PENYERTAAN PENGAKAP KLM DALAM KURSUS ASAS KEJURULATIHAN PARAGLIDING TAHAP 1 2025

Banting, 4 Ogos 2025 – Kursus Asas Kejurulatihan Paragliding Tahap 1 telah berlangsung di Terbang House, Morib dan Bukit Jugra, Kuala Langat, Selangor. Kursus yang telah berlangsung bermula 1 Ogos hingga 4 Ogos 2025 ini disertai oleh tiga orang pengakap KLM, terdiri daripada dua orang dari KLM30 dan seorang dari KLM21. Kursus selama 4 hari ini merupakan anjuran Persatuan Luncur Udara Malaysia (PLUM) dengan sokongan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu (PPMNT).

Kursus ini telah disempurnakan oleh Kapten (B) Mohd Ikhwan Azillah dan Puan Orkid Jamilah Awang yang merupakan jurulatih utama bagi kursus ini. Selain itu, kursus asas kejurulatihan paragliding ini mendapat pengiktirafan rasmi dari Kementerian Belia dan Sukan Negara (KBSN) dan direkodkan oleh Akedemi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) sebagai salah satu program pembangunan sukan spesifik yang diiktiraf di peringkat nasional.

Antara tujuan kursus ini adalah untuk membantu membentuk jati diri pengakap yang lebih berkeyakinan dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran, selaras dengan semangat pengakap yang sentiasa bersedia. Penyertaan dalam kursus ini juga membuka peluang untuk penglibatan dalam program peringkat kebangsaan dan antarabangsa, sekali gus melahirkan pelapis jurulatih yang bertauliah dan berintegriti.

Photos from KLM IPGM's post 29/07/2025

PENYERTAAN SUKARELAWAN KLM30 DALAM PROGRAM PETALING JAYA (PJ) INTERNATIONAL OUTDOOR EXPO MALAYSIA 2025

Petaling Jaya, 28 Julai 2025 – Program PJ International Outdoor Expo Malaysia 2025 telah berlangsung selama 4 hari di Kompleks Sukan Kelana Jaya, Petaling Jaya. Program yang bermula pada 25 Julai hingga 27 Julai ini telah disertai oleh seorang pengakap KLM30 yang telah bertugas sebagai pengendali gerai pameran Persekutuan Pengakap Malaysia di program tersebut.

Program peringkat antarabangsa ini telah menerima kunjungan rasmi daripada beberapa tetamu VIP termasuk YBhg. Dato’ Hj. Mohamad Zahri Bin Samingon, Datuk Bandar MBPJ; YB Dr Fahmi Ngah, Exco Agama Negeri Selangor; YB Najwan Halimi, Exco Belia dan Sukan Negeri Selangor. Kehadiran para VIP ini memeriahkan suasana expo kerana mereka turut melawat gerai – gerai pameran para vendor serta bersamah mesra dengan pengunjung yang hadir ke expo antarabangsa tersebut.

Antara tujuan penyertaan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli pengakap dalam bidang komunikasi, pengurusan aktiviti dan pengendalian maklumat berkaitan kepengakapan. Di samping itu, pameran yang diadakan membantu mempromosikan imej positif kepengakapan sebagai satu gerakan belia yang aktif, berdaya saing dan relevan dengan keperluan semasa masyarakat.

Photos from KLM IPGM's post 10/07/2025

PENYERTAAN PENGAKAP KLM DALAM INTERNATIONAL SCOUT YOUTH LEADERSHIP FORUM 2025 (SYL FORUM)

Kuala Nerus, 6 Julai 2025 – Program International Scout Youth Leadership Forum 2025 telah berlangsung di Ar Riyadah Residence, Kuala Nerus, Terengganu. Program yang bermula pada 2 Julai hingga 6 Julai ini telah disertai oleh empat orang pengakap KLM, terdiri daripada tiga orang KLM30 dan seorang KLM21. Forum peringkat antarabangsa ini telah berjaya menarik penyertaan belia pengakap dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, India, Nepal, Jepun dan Timor-Leste.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Haji Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh Mejar Jeneral Profesor Dato’ Dr. Mohd Zin Bidin, Ketua Pengakap Negara; Tan Sri Dato’ Haji Abdullah bin Haji Taib, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu; dan Encik Shahrul Azwan bin Mohamad @ Endut, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu. Turut hadir ialah para tetamu kehormat lain bagi memeriahkan majlis tersebut.

Tujuan program ini diadakan adalah sebagai sebuah platform yang signifikan dalam usaha melahirkan kepimpinan belia pengakap yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Selain itu, forum ini turut memberi peluang dan ruang kepada para peserta untuk mengenali serta menghargai keunikan adat resam dan budaya Malaysia, khususnya negeri Terengganu. Pendedahan kepada warisan budaya tempatan ini dapat membina rasa hormat dan keterbukaan terhadap kepelbagaian budaya.

Photos from KLM IPGM's post 18/06/2025

PENYERTAAN PENGAKAP KLM SEBAGAI SUKARELAWAN PETUGAS SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

Kuala Lumpur, 15 Jun 2025 – Sambutan Hari Belia Negara 2025 telah berlangsung di Dataran Merdeka bermula 13 hingga 15 Jun 2025. Program yang berlangsung selama 3 hari ini telah disertai oleh 3 orang pengakap KLM yang bertugas sebagai urusetia petugas bagi menjayakan program tersebut. Para petugas KLM ini terdiri daripada 2 orang KLM35 dan 1 orang KLM30.

Sambutan peringkat kebangsaan ini diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan 2025.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato' Dr. Johari bin Abdul; Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa serta Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Pn. Azura binti Abidin serta Presiden Majlis Belia Malaysia, saudara Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Antara tujuan sambutan kepada ahli Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk mengiktiraf sumbangan belia dalam pembangunan negara, termasuk ahli Pengakap yang sentiasa terlibat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan, kepimpinan dan khidmat masyarakat.

Di samping itu, ia merupakan salah satu usaha memperkukuh semangat patriotisme serta menyemai rasa cinta kepada negara dalam kalangan Pengakap, selaras dengan salah satu moto pengakap, iaitu "Berkhidmat Selalu" yang menjadi pegangan ahli-ahlinya

ต้องการให้ธุรกิจของคุณ โรงเรียน ขึ้นเป็นอันดับหนึ่ง โรงเรียน ใน Had Yai?
คลิกที่นี่เพื่อเป็นสมาชิก?

ประเภท

เว็บไซต์

ที่อยู่


Had Yai
90000