Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan
06/12/2022
PENGEMPULAN E-WASTE SEMPENA PROGRAM CSR BE GREEN 2022 ANJURAN PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD
03 DISEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah menghadiri Program CSR Be Green 2022 Anjuran PETRONAS Chemical Group Berhad yang telah diadakan di Kampung Air Patau-Patau pada Sabtu.
Antara program yang diadakan di sana termasuklah pengumpulan kitar semula dan e-waste daripada penduduk Kampung Patau-Patau. Program tersebut telah dijayakan juga bersama-sama pihak Perbadanan Labuan yang sentiasa komited membantu penduduk Labuan dalam memastikan pengurusan sisa dari rumah diuruskan dengan baik.
Program telah disertai oleh penduduk kampung dan akan berlangsung sehingga 13 Disember 2022.
29/11/2022
LAWATAN SABAH SHELL PETROLEUM COMPANY LIMITED KE JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN
23 NOVEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah menerima lawatan daripada pihak Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC) yang membentangkan Emergency Response Plan (ERP) bagi tumpahan minyak.
JAS WP Labuan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak SSPC untuk membentang dan mengambil kira pandangan daripada pihak JAS WP Labuan dalam membincangkan pelan terbaik sekiranya berlaku tumpahan minyak.
JAS WP Labuan terbuka dan menjemput mana-mana syarikat dan agensi di WP Labuan untuk berbincang dan memastikan pencemaran dapat dikurangkan dan menjadikan WP Labuan sebagai salah satu Wilayah Persekutun yang lebih lestari pada masa akan datang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Blok 4, Tingkat 4
Victoria
87007
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |