KPDN WP Labuan
01/06/2026
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔!
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja KPDN.
30/05/2026
PEMANTAUAN PEMATUHAN SHMMP KAAMATAN DAN GAWAI 2026 SERTA OPS TIRIS 4.0 (BERSEPADU) DI LABUAN
30 Mei 2026 | Sabtu – Memasuki hari keempat pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Gawai 2026, sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan yang terdiri daripada enam anggota telah menjalankan pemeriksaan dan pemantauan pematuhan SHMMP serta Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) di sekitar bandar Labuan.
Hasil pemeriksaan ke atas sebanyak 66 premis perniagaan mendapati peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan SHMMP. Tanda harga bagi barangan dipamerkan dengan jelas dan mudah dilihat oleh pengguna, manakala bekalan barangan keperluan didapati mencukupi serta berada dalam keadaan terkawal.
Selain itu, pemeriksaan yang dijalankan turut mendapati tiada kesalahan dikesan di bawah perundangan yang dikuatkuasakan oleh KPDN. Sepanjang tempoh penugasan hari ini juga, tiada aduan pengguna diterima berkaitan isu harga, bekalan atau aktiviti penyelewengan barang kawalan.
KPDN Labuan akan terus memperhebatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan berterusan oleh peniaga, di samping menjamin bekalan barangan keperluan sentiasa mencukupi dan mudah diperoleh pengguna sepanjang musim perayaan.
👉 Call Centre 1-800-886-800
👉 E-mel : [email protected]
👉 Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN
👉 Portal E-Aduan : https://eaduan.kpdn.gov.my
👉 Whatsapp : http://www.wasap.my/+60198488000/Aduan+Pengguna
👉 Pejabat KPDN WP Labuan : 087-423152
👉 Bilik Gerakan KPDN WP Labuan : 087-423209
👉 Faks : 087-452150
Ikuti laman rasmi KPDN WP Labuan
Facebook : https://www.facebook.com/share/18zGGckXQx/?mibextid=qi2Omg
TikTok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8ti7p18sJSD&_r=1
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
No. 15B, Level 15, Block 4, Financial Park
Victoria
87000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Tuesday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Wednesday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Thursday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Friday | 08:00 - 11:30 |
| 14:00 - 17:00 |