drtuah

drtuah

Share

23/06/2026

"Aktif membaca boleh mengembangkan potensi otak, memperkuat imaginasi sambil mengelak nyanyok"

👁️👁️

Photos from drtuah's post 14/06/2026

Lama dulu sebelum 3E terlibat secara serius dalam penanaman MK, 3E diberitahu pakar versi termahal ini tidak mudah membelanya. Ia ibarat menjaga baby; seorang baby saja pun dah renyah lagilah kalau beratus-ratus jumlahnya.

Betul seperti yang dikatakannya, hari ini MK 3E telah memasuki fasa untuk berbuah. Iye, ia berbuah. Sejak putik, teruja sungguh untuk melihat ia akhirnya menjadi MK organik dengan kualiti eksport. Terlupa ia pernah melalui episod covid 🔬 di mana baja tersekat apabila semua negara pengeluar menahan baja masing-masing untuk kegunaan sendiri.

MK 3E antara yang tersekat beberapa lama untuk mendapat nutrien yang tepat untuk tumbesaran yang sempurna. Selama lebih dua tahun lamanya MK ini tidak dapat diberikan perhatian sebaik-baiknya, malah pekerja turut ghaib pada satu ketika apabila mereka tersekat untuk datang ke ladang. Perintah berkurung benar-benar membuatkan projek ini hampir rebah.

Apabila covid berlalu, pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan kesihatan pokok2 yang nyata lesu. Banyak juga yang bukan setakat lesu tapi mati.🪾

Kini, setelah hampir 7 tahun, hasil pertamanya mula gugur, tapi kesemuanya tidak boleh dimakan; bukan sahaja rasanya jauh dari rasa MK sebenar, ia juga busuk.
Pakar juga telah memberitahu 3E tentang fenomena ini lama dulu.🤔

Nampaknya, baby telah tumbuh sebagai ’individu’ yang bermasalah. Moga2 rawatan🩺💉💊 yang dijalankan dengan penuh kasih sayang sekarang ini berjaya menjadikannya ’insan’ yang berkualiti pada masa terdekat.

Yang penting 3E telah berusaha keras untuk DUIT - Doa, Usaha, Ikhtiar dan kini Tawakal.🤲

Moga dipermudah...

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


THREE EXTRA TRAINING & SOLUTIONS, A-3-36, Avelon Tower, Plaza Medan Putra, Medan Putra Business Centre, Jalan Medan Putra 6, Bandar Menjalara
Kuala Lumpur
52200