BeauDea

BeauDea

Share

17/02/2026

kau bagi duit bukan menolong,kau sedang menguatkan perangai buruk dia.

Itu bukan belas kasihan.
Itu jadi ENABLER.

Orang macam ni selalunya:
• Tak belajar dari kesilapan sebab sentiasa ada orang “cover”.
• Rasa dunia hutang dia.
• Akan ulang pattern yang sama sebab tak pernah rasa akibat sebenar.

Kalau kau tolong sekali dua sebab kecemasan sebenar — lain cerita.
Tapi kalau ini corak berulang, kau sebenarnya sedang bayar untuk perangai dia.

Soalan penting:
• Kalau kau berhenti tolong, adakah dia akan mula bertanggungjawab?
• Atau dia akan cari mangsa lain untuk salahkan?

Belas kasihan tanpa sempadan = bodoh.
Belas kasihan dengan sempadan = matang.

Kalau kau nak tolong juga, buat cara yang tak memanjakan:
• Jangan bagi cash.
• Bayar terus bil kalau betul-betul kecemasan.
• Letak syarat jelas.
• Hadkan jumlah dan kekerapan.
• Berani kata “tak”.

Dan lagi satu…
Kalau kau rasa bersalah bila tak tolong, itu mungkin bukan sebab dia susah — tapi sebab kau dah biasa jadi penyelamat.

Kau nak jadi penolong, atau kau nak jadi tong sampah emosi dan kewangan?

Be honest.

10/02/2026

Budaya ‘customer always right’ tu separuh sampah.

Ayat ni dicipta untuk sales, bukan keadilan.
Tapi bila disalah guna, pelanggan belajar satu benda:

“Kalau aku ugut complain, aku menang.”
Itu yang buat orang jadi biadab.

1. Complain = stigma, bukan fakta
Sekali orang dengar “ada complain”, terus cop:
• staff bermasalah
• attitude
• tak profesional
Walaupun realitinya staff cuma buat kerja betul.
2. Takut bukan sebab salah, tapi sebab sistem bodoh
Ini penting:
Orang bukan takut sebab dia salah.
Orang takut sebab sistem tak adil dan tak ada tulang belakang.

22/09/2025

PERBANDINGAN KERJA DGN FILEM “SQUAD GAME”

• Tekanan tinggi – dalam Squid Game setiap peserta sentiasa tertekan kerana nyawa dipertaruhkan. Sama juga di tempat kerja bila tekanan KPI, target dan arahan bos terlalu berat.

• Persaingan sesama sendiri – peserta terpaksa menjatuhkan antara satu sama lain untuk teruskan hidup. Di tempat kerja pun kadang-kadang ada yang sanggup tikam belakang demi naik pangkat.

• Tiada pilihan – dalam filem itu, peserta masuk kerana terdesak dengan hutang. Dalam kerja p**a, ramai terpaksa bertahan walaupun tak s**a, sebab perlukan gaji.

• Yang berkuasa senang, yang bawahan menderita – dalam Squid Game, “VIP” hanya menonton dan berseronok, peserta yang bersusah. Sama juga bila pekerja bawahan bersusah payah, tapi orang atasan duduk selesa.

• Bertopeng – pengawal dalam cerita pakai topeng, ibarat orang di tempat kerja pun ada yang berpura-pura, sembunyikan niat sebenar.

24/06/2024

So sedih🤣

Want your business to be the top-listed Media Company in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Culinary Team

Attire

Telephone

Website

Address


Atas Atap
Shah Alam
40000