PULADA
16/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐) ๐๐ - ๐๐
Komandan PULADA, Kol Azmi bin Haji Abdul Rahim serta seluruh warga PULADA mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Ke-41 kepada seluruh warga Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).
04/02/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐
Komandan PULADA, Kol Azmi bin Hj Abdul Rahim serta seluruh warga PULADA merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman atas kenaikan pangkat dan pelantikan beliau sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-24.
30/01/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐ โ Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) telah berjaya menganjurkan Program Derma Darah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) PULADA ke-54 bertempat di Dewan RKAT, PULADA.
Program yang berlangsung dari jam 0900 hingga 1600 ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan anggaran kehadiran seramai 150 orang penderma, terdiri daripada Pegawai, anggota, PEKAWAM serta ahli BAKAT.
Penganjuran program ini dilaksanakan dengan kerjasama staf Pusat Darah, Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi menyokong keperluan bekalan darah serta memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik dengan institusi kesihatan.
Turut hadir mengikuti program ini ialah Komandan PULADA, Kol Azmi bin Hj Abdul Rahim, bersama Pengerusi BAKAT PULADA, Puan Fazilah binti Mohd Ariffin, yang melambangkan sokongan padu kepimpinan PULADA terhadap pelaksanaan program kebajikan dan kemasyarakatan di peringkat pasukan.
Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan membantu menambah bekalan darah di hospital, malah mencerminkan semangat kebersamaan, keprihatinan serta tanggungjawab sosial warga PULADA dalam menyokong usaha kemanusiaan demi kesejahteraan masyarakat.
Pihak PULADA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma darah, staf Pusat Darah HSA serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sehingga program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
โSetitis darah, Sejuta harapan.โ
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan dijadikan agenda berterusan dalam memupuk budaya prihatin serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga PULADA.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
KEM PULADA
Ulu Tiram
81800