Terapi Percuma Setiawangsa

Terapi Percuma Setiawangsa

Share

27/05/2020

TERAPI PERCUMA SETIAWANGSA
BIOS 9000/BIOS 6000

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sihat 😊, adalah dengan ini di maklumkan kepada semua warga TERAPI PERCUMA SETIAWANGSA di setiawangsa business suite C-0-3, bahwasanya pusat khidmat terapi percuma setiawangsa di tutup secara rasmi bermula MEI 2020 dan tidak dapat menjalankan operasi sepanjang tahun 2020 πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»

Tujuan penutupan adalah untuk mencegah penularan wabak covid-19 berikutan TERAPI in dijalankan dalam suasana yang tertutup, duduk berdekatan dan melibatkan sentuhan....

Pusat TERAPI PERCUMA BIOS9000/BIOS6000 In Shaa Allah akan dibuka semula pada tahun hadapan 2021 πŸ˜‡. Tempat operasi(kedai TERAPI PERCUMA) akan diberitahu kelak....

Kami dari pihak TERAPI PERCUMA SETIAWANGSA BIOS9000/BIOS6000 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan setia kami Yang telah banyak memberi sokongon selama ini πŸ™πŸ»πŸ˜ŠπŸ€—πŸ˜‡

Kepada ayahanda/bonda, makcik pakcik, kakak abang adik yang dikasihi dan disayangi 😊....yang mana ingin meneruskan TERAPI BIOS9000/BIOS6000 dirumah masing-masing...boleh hubungi kami di talian ini untuk tujuan sewa mesin TERAPI atau pembelian mesin terapi dengan harga PKP/PKPB

Www.wasap.my/60173434699/sewaMesin

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN




😊

www.wasap.my

03/01/2020

"Jika kamu rasa jaga kesihatan itu mahal, cuba rasa untuk sakit".

Soalan dari ustaz Pahrol Juoi dalam ceramahnya.

Memang benar ada segelintir merungut tentang kos jaga makan secara sihat itu agak tinggi sedikit. Tapi hasilnya sangat bernilai kepada kesihatan berpanjangan. Tak semua makanan sihat itu mahal. Banyak saja makanan yang kita dah beli dan makan setiap hari. Cuma hanya ubah cara masaknya sahaja.

Contohnya ayam dan ikan. Biasanya kita menggulai atau goreng. Ubah saja kepada rebus atau panggang. Cara ini jadikan makanan harian itu lebih sihat. Kurangkan garam dalam masakan. Nikmati rasa natural dari makanan tersebut.

Memang ada sebahagian makanan sihat yang mahal sedikit harganya. Contohnya ikan salmon, avocado dan banyak lagi makanan sihat. Kita mula dengan makanan biasa kita makan dahulu. Hanya tukar cara masaknya dah jadi sihat.

Kawan-kawan.

Jika kita rasa kos menjaga kesihatan diri itu mahal, cuba sakit selama seminggu dan kirakan kos rawat sakit itu p**a. Jika rasakan sakit itu lebih murah kosnya dari sihat. Silakan sakit dengan gembira.

if you learn something

Rohim Ismail
Kesihatan itu rezeki tiada tandingan dengan wang ringgit, intan berlian dan emas permata.

17/12/2019

Doa semoga diberinya kesihatan yang baik..
In Shaa Allah

22/11/2019

β™₯️22 November 2019β™₯️

Assalamualaikum semua

Salam penghulu segala hari dan Kami di doakan anda semua sihat sejahtera. Ingat penyakit yang kita alami adalah satu ujian untuk kita dan seharusnya kita berusaha untuk merawatnya.

Jom amalkan doa ini setiap hari untuk mengubati penyakit yang kita hidapi.

,🌬️Bacalah ketika hendak makan ubat
🌬️Bacalah ketika suntik insulin ( pesakit kencing manis )
🌬️Bacalah ketika menyapu minyak angin ditempat yang sakit

Ingat setiap penyakit ada penawar kecuali tua & mati

πŸ“’ Like & Share semoga bermanfaat kepada orang lain😘

18/11/2019

❝ FAKTA SAKIT BELAKANG ❞

β˜‘ Definisi : Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

β˜‘ Sebab-sebab:
Terdapat banyak sebab-sebab sakit belakang. 75% kes sakit belakang tidak dapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh:

β˜‘ Otot
1. Otot tergeliat
2. Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan
3. Otot letih

β˜‘ Tulang
1. Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
2. Pecah tulang belakang
3. Tulang yang cacat
4. Kanser tulang

β˜‘ Lain-lain
1. Kedudukan badan yang tidak betul
2. Penyakit Radang Pelvik (Pelvic Inflammatory Disease, PID)
3. Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
4. Penyakit batu karang
5. Psikologi (Berkaitan dengan stres)

β˜‘ Tanda & Gejala

Bila perlu berjumpa doktor?

1. Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki.
2. Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya
3. Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki
4. Rasa sakit yang menusuk
5. Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas.
6. Apabila adanya gejala-gejala yang berkaitan seperti :-
- Demam
- Sakit di bahagian perut
- Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar.
- Sakit kepala
- Berkaitan dengan haid

β˜‘ Komplikasi/Akibat

Bergantung kepada sebab dan puncanya, sakit belakang yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi :-

1. Lemah atau lumpuh otot-otot kaki
2. Kecacatan kekal
3. Kanser yang tidak dapat dikesan

β˜‘ Sekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ dalaman yang berkaitan sakit puan, dan tidak dirawat, ini boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan komplikasi lain.

β˜‘ Rawatan

Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :
1. Rehat yang cukup
2. Regangan pada bahagian belakang
3. Fisioterapi
4. Menggunakan ubat sapu
5. Ubat penahan sakit

β˜‘ Rawat punca sebenar sakit belakang

β˜‘ Pencegahan

1. Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat
2. Berehat untuk meregangkan belakang badan
3. Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
4. Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap Smear untuk mengesan Kanser Pangkal Rahim
5. Kekalkan berat badan unggul
6. Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium dan zat yang cukup untuk mencegah osteoporosis
7. Kekalkan cara hidup sihat

β˜‘ Pemulihan

Pemulihan melibatkan pengambilan ubat-ubatan seperti penahan sakit, fisioterapi (Pemulihan Anggota) dan Pemulihan Cara Kerja.

Credit : myhealth.gov.my

Want your practice to be the top-listed Clinic in Ulu Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Ulu Klang