Pustaka Azzumar
03/02/2025
Kelebihan
Khat baharu yang lebih jelas dan menarik
Waqaf dan Ibtida’ diwarnakan pada latar belakang teks al-Quran mengikut spesiifikasi Pewarnaan Waqaf & Ibtida’ KDN terkini.
Tajwid 5 warna yang diwarnakan pada teks al-Quran mengikut spesiifikasi Pewarnaan Tajwid KDN terkini.
Terjemahan Bahasa Melayu terkini yang diterjemahkan oleh sekumpulan pensyarah universiti serta disemak oleh tenaga pakar juga daripada pensyarah universiti.
Terjemahan bertopik bagi memudahkan pembaca memahami setiap pembahagian tajuk dalam al-Quran.
Kaedah al-Mizan diwarnakan pada nombor ayat tertentu untuk mengakhiri bacaan dengan lebih sempurna bagi setiap topik perbincangan.
Asbabun Nuzul untuk mengetahui sebab penurunan ayat bagi ayat-ayat tertentu.
Rujukan doa-doa pilihan daripada al-Quran dinyatakan pada footnote dan diwarnakan terjemahan teks al-Quran.
Warna latar kertas yang berlainan bagi setiap 5 juzuk bagi memudahkan pembaca membezakan setiap 5 juzuk.
Diselitkan penanda bilangan juzuk dan nama surah pada bahagian tepi mushaf.
Nota kaki disediakan bagi menerangkan sesuatu perkara dengan lebih jelas serta sumber rujukan daripada kitab Tafsir Pimpinan ar-Rahman.
Halaman muka surat disediakan dengan 2 versi iaitu nombor Rumi dan nombor Arab.
Dinyatakan sambungan ayat pada halaman berikutnya di border al- Quran sebelah bawah.
Disediakan fihris surah al-Quran.
Doa khatam al-Quran serta terjemahan daripada kitab at-Tibyān fī Ādāb Ḥamalah al-Qur’ān oleh Imam Nawawi.
Pengenalan Mushaf Rasm Uthmani.
Penerangan istilah-istilah dan tanda-tanda dalam al-Quran.
Pengenalan Riwayat Hafs Tariq Syatibi.
Penerangan Perbezaan Khat Lama dan Khat Baharu.
Adab Membaca al-Quran daripada kitab at-Tibyān fī Ādāb Ḥamalah al-Qur’ān oleh Imam Nawawi.
Indeks tematik untuk rujukan pembaca.
Penerangan panduan Waqaf dan Ibtida’ secara terperinci.
Penerangan panduan Hukum Tajwid secara lebih terperinci.
Disertakan bibliografi atau rujukan terjemahan al-Quran daripada kitab- kitab tafsir yang muktabar.
Cop kelulusan KDN bagi membuktikan al-Quran ini telah disemak dan diberi kebenaran untuk penerbitan.
Rosli
0133303529
Wasap.my/60133303529/quransyamil
RM99
Kos penghantaran percuma
19/01/2025
Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
KELEBIHAN
* Gabungan terjemahan, ulasan dan kesimpulan berkenaan riwayat hidup kekasih Allah supaya pembaca memahami keperibadian dan cara hidup Baginda dengan tepat dan menyeluruh.
* Terjemahan lengkap berbahasa Melayu disertai ulasan yang dapat membantu pembaca memahami setiap hadis asy-Syamail dengan tepat dan baik.
* Kisah-kisah menarik daripada hadis-hadis yang dipaparkan dalam buku ini dapat mendidik jiwa dan memberi inspirasi kepada pengguna.
SINOPSIS
Buku Kenali Rasul Kita Muhammad merupakan hasil terjemahan daripada Matan asy-Syamail al-Muhammadiyyah karangan Imam at-Tirmizi. Buku ini bukan hanya menghimpunkan hadis tentang akhlak dan budi pekerti Nabi Muhammad SAW, tetapi disertakan juga hadis tentang sifat-sifat fizikal, pakaian, makanan, minuman, ibadah, pergaulan dan sebagainya yang berkait dengan kehidupan Baginda secara menyeluruh.
Untuk pesanan sila hubungi
Rosli
0133303529
Wasap.my/60133303529/kenalirasulkita
RM89
02/09/2021
Buku ini adalah terjemahan daripada karya agung “Rijal Haula Ar-Rasul” oleh Dr. Khalid Muhammad Khalid yang mengandungi sejarah 60 Sahabat Rasulullah SAW dan diberi tambahan sehingga 133 Sahabat Rasulullah SAW Terbilang. Sesungguhnya sejarah mereka dipenuhi dengan nilai-nilai suci dan luhur yang patut dijadikan teladan bagi umat Islam.
Hati mereka yang kuat dalam memegang iman sehingga tidak tergoyahkan oleh sebarang pujukan dan tipu daya kaum kafir, roh dan semangat jihad yang tinggi sehingga rela mengorbankan nyawa dan harta benda. Kekuatan dan kerajinan dalam beribadah, serta kezuhudan dan budi pekerti mereka yang gugur dalam Perang Badar Al-Kubra, Perang Uhud yang menggerunkan, Perang Yamamah dan Perang Nawahand.
Karya ini sangat sesuai dibaca oleh semua peringkat umur untuk dijadikan iktibar dan lampu penyuluh bagi menjalani kehidupan moden yang penuh dugaan serta cabaran. Ia juga wajar dijadikan rujukan bagi pelajar sehinggalah di pusat Pengajian Tinggi memandangkan penulis dan penterjemahnyua yang cukup berkelayakan
Untuk pesanan sila hubungi
Rosli
0133303529
Wasap.my/60133303529/wiraterbilang
Harga rm 90
31/08/2021
Aqidatun Najin merupakan sebuah kitab yang asalnya ditulis dalam Jawi. Kitab ini digunakan di dalam pengajaran sekolah-sekolah pondok ini telah dikarang oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani yang juga dikenali dengan nama Tuan Minal. Seperti yang kita telah ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan ilmuan dalam bidang agama dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan besar kepada bangsa dan agama.Isu utama yang dibahaskan di dalam kitab ini berkisar berkenaan Ilmu Usuluddin. Setiap perbincangan yang diketengahkan, dikuatkan lagi dengan nas-nas al-Quran dan Hadis. Buku ini amat berguna bagi semua pencinta ilmu dalam mendalami ilmu agama. Bagi memudahkan semua pembaca buku ini telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi. Semoga segala usaha dan pergorbanan ilmuan Islam nusantara sebelum ini kita terus manfaatkan untuk kecemerlangan seluruh Islam khususnya di Malaysia ini.
Untuk pesanan sila hubungi
Rosli
0133303529
Wasap.my/60133303529/aqidatunnajin
Harga rm32
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
46 Lorong Au4/17c Taman Seri Keramat Kuala Lumpur
Ulu Klang
54200