Royal Service Corps - RSC
09/06/2026
𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗡𝗔𝗞-𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗠
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM terus komited dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia dan keluarga mereka sentiasa terpelihara, termasuk melalui pelbagai inisiatif bantuan pendidikan untuk anak-anak veteran yang layak.
Antara bantuan yang disediakan di bawah Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV ATM adalah:
📚 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 & 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗩𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻
• Sekolah Rendah – RM500 setahun
• Sekolah Menengah / Kolej Vokasional – RM700 setahun
🎓 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 (𝗜𝗣𝗧)
• Diploma – RM1,000 (sekali bayar)
• Ijazah Sarjana Muda – RM1,500 (sekali bayar)
Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga veteran serta menjadi galakan kepada anak-anak veteran untuk terus cemerlang dalam bidang pendidikan.
🗓️ 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗧𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻
30 September setiap tahun
💻 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲
Melalui Portal VIBES 2.0 JHEV ATM:
https://vibes.jhev.gov.my/portal/
📞 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻
Call Centre JHEV ATM: 03-2697 6600
Veteran ATM yang memenuhi syarat kelayakan adalah digalakkan untuk mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
01/06/2026
𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛
Kor Perkhidmatan Diraja merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sjn Mac Lysander Anak Batu daripada 10 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja (Para) atas penganugerahan Pingat Pangkuan Negara (PPN) sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026.
Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap jasa, dedikasi, komitmen serta kecemerlangan beliau dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi perkhidmatan kepada agama, bangsa dan negara.
Semoga penganugerahan yang diterima ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Kor Perkhidmatan Diraja untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme dan semangat juang yang tinggi.
Tahniah dan syabas!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Ulu Klang
50634
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |