APM Tuaran

APM Tuaran

Share

Photos from Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah's post 13/06/2026
Photos from APM Tuaran's post 11/06/2026

POKOK TUMBANG HALANG LALUAN (PT)

๐Ÿ“… 11 Jun 2026 (Khamis)
๐Ÿ“ Kampung Kionsom Baru, Tamparuli

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tuaran telah menerima panggilan daripada RC 999 berhubung kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan keluar masuk ke kampung.

Menurut pengadu, kejadian disedari semasa dalam perjalanan pulang ke rumah apabila terlihat sebatang pokok tumbang merentangi jalan. Bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya, pengadu segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.

Seramai 5x anggota LLP telah dikerahkan ke lokasi dan melaporkan pergerakan kepada RC 999 bagi tujuan respon kes tersebut. Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok hutan dengan anggaran ketinggian 30 kaki dan bersaiz sebesar botol mineral telah tumbang serta menghalang laluan.

Skuad bertugas berjaya mengalihkan pokok tersebut sehingga laluan kembali selamat digunakan. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Syabas kepada skuad Delta๐Ÿ’ช๐Ÿป

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

Photos from APM Tuaran's post 08/06/2026

POKOK TUMBANG MENGHALANG LALUAN (PT)

๐Ÿ“… 08 Jun 2026 (Isnin)
๐Ÿ“ Kampung Tinambak, Topokon

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tuaran telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan keluar masuk ke kampung.

Menurut pengadu, kejadian disedari semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah apabila terlihat sebatang pokok tumbang menghalang laluan jalan. Bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya, pengadu segera menghubungi talian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran untuk mendapatkan bantuan.

Sejurus menerima maklumat, seramai 4x anggota telah digerakkan ke lokasi. Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok jenis safoda dengan anggaran ketinggian 35 kaki telah tumbang dan menghalang satu laluan jalan.

Skuad bertugas berjaya mengalihkan pokok tersebut menggunakan chainsaw sehingga laluan kembali selamat digunakan. Tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan.

Syabas kepada skuad Charlie๐Ÿ’ช๐Ÿป

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

Want your business to be the top-listed Media Company in Tuaran?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Tuaran