Hybrid Nursery

Hybrid Nursery

Share

26/01/2026

DIPERLUKAN SEGERA - Pekerja Am di Hybrid Nursery Temerloh. Rumah disediakan. WhatsApp 0139288288

Photos from Hybrid Nursery's post 27/12/2025

LAMBAKAN MUSANG KING HANYA MEMBABITKAN BUAH TANPA GRED (CHAI), TERUTAMA DARI LUAR PAHANG

Oleh KHAIDIR AHMAD
Wartawan Tua

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa sistem pengredan buah Durian Musang King Malaysia adalah unik dan kompleks, berbanding buah durian jenis lain - khususnya di Pahang sebagai pengeluar durian terbaik negara.

Musang King mempunyai 9 gred (1A, 2A, 3A, 1B, 2B, 3B, 1C, 2C & 3C) - berbanding cuma 2 gred (A & 😎 bagi durian jenis lain.

Kebiasaannya, buah durian Gred 2A dan 3A, hanya dijual ke pasaran eksport, terutama China dan Asia Barat (Timur Tengah) dengan harga USD15 hingga USD30 sekilogram.

Kriteria kelayakan untuk gred itu p**a pelbagai - antaranya buah pokok Durian Musang King tua berusia melebihi 10 tahun.

Geografi tanaman juga turut diambilkira, dengan buah paling baik dikatakan berasal dari tanah di kawasan perbukitan dan tanah tinggi Pahang, yang kaya dengan kandungan mineral.

Ciri-ciri fizikal setiap buah Durian Musang dalam gred tertinggi p**a mestilah “sempurna” - tidak kemek, berat melebihi 1.5 kilogram sebiji dan tanpa satu durinya pun boleh patah!

Buah durian yang tidak termasuk dalam sistem gred adalah buah durian “reject” atau dikenali sebagai “chai.”

Walaupun sebahagian daripada fizikalnya nampak cantik, durian “cai” adalah buah bermasalah, kurang berkualiti dan kurang sedap - terutama dari pokok muda yang berusia kurang 10 tahun (buah bewarna hijau terang berbanding buah pokok tua bewarna hijau gelap dan perang).

Disebabkan jumlah keluasan dusun durian Musang King baharu yang bertambah lebih sekali ganda sejak 10 tahun lalu (2015), terutama di luar Pahang, maka pengeluaran buah pokok muda juga bertambah.

Senario ini menyebabkan lambakan buah durian Musang King “chai” di pasaran tempatan dengan harga serendah RM5 sekilogram.

Namun, harga pasaran buah durian Musang King bergred, tetap stabil walaupun mencatat sedikit penurunan disebabkan faktor cuaca (musim tengkujuh) dan permintaan rendah berbanding pengeluaran (faktor ekonomi pengguna).

Tinjauan Wartawan Tua ke beberapa pusat penggredan durian di Raub dan Bentong mendapati, harga ladang dan borong durian Musang King gred 1A di Pahang untuk pasaran tempatan minggu ini (22 hingga 28 Disember 2025), masih berlegar dari RM20 hingga RM35 sekilogram.

Justeru, dakwaan atau kesimp**an yang mengatakan harga durian Musang King jatuh merudum musim ini - adalah tidak tepat kerana ia cuma berdasarkan lambakan buah durian “chai.”

Want your school to be the top-listed School/college in Temerloh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Temerloh
28000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00