Unit Pendidikan PADTI
MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH RENDAH AGAMA (MIISRA) DAERAH HILIR PERAK 2026
13 Jun 2026, Teluk Intan -Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama (MIISRA) peringkat Daerah Hilir Perak bagi tahun 2026. Program ini telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Saadah, Kampung Selabak bermula seawal jam 7.30 pagi.
Majlis ini telah disempurnakan dan dirasmikan penutupnya oleh Dr. Ahmad Muzammil bin Mohd Shapawi, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan.
MIISRA kali ini menyaksikan persaingan sihat serta bakat-bakat luar biasa daripada anak-anak sekolah rendah agama melalui enam (6) acara utama yang dipertandingkan :
Tilawah Al-Quran
Hafazan Al-Quran
Bercerita Kisah Al-Quran
Seni Khat
Penulisan Jawi
Nasyid
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang bakal mewakili daerah, dan syabas kepada seluruh jawatankuasa pengelola, para hakim, guru-guru pengiring, serta urus setia yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran MIISRA Hilir Perak 2026!
Semoga usaha ini terus subur dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dunia dan akhirat InsyaAllah.
20/05/2026
15/05/2026
"GURU BITARA NADI NEGARA"
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik khususnya warga pendidik Institusi Pendidikan Islam di daerah Hilir Perak. Jasa dan bakti anda semua tidak ternilai. Semoga segala pengorbanan yang dicurahkan beroleh keberkatan dan dinilai sebagai ibadah oleh Allah SWT.
Terima kasih Cikgu!!!
17/04/2026
SESI KUNJUNG BANTU PENGURUSAN PENTADBIRAN SEKOLAH
15 April 2026, Rabu - Sesi kunjung bantu telah dilaksanakan oleh Unit Pendidikan PADTI bersama Bahagian Pendidikan JAIPk ke SRAR As Sa'adah Al Abadiah dalam usaha untuk memantau serta memberi bimbingan berterusan mengenai pengurusan pentadbiran di peringkat sekolah.
Obejektif kunjung bantu pada kali ini adalah lebih memfokuskan kepada semakan rekod dan dokumen pengurusan sekolah agar selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan JAIPK serta memberi khidmat nasihat dan bimbingan (coaching & mentoring) kepada Guru Besar dan barisan guru dalam aspek kepimpinan instruksional.
Sepanjang sesi tersebut, perbincangan dua hala telah dijalankan yang merangkumi semakan dokumentasi fail pentadbiran dan tinjauan kepada fasiliti sekolah bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.
Sesi bergambar bersama pada akhir pertemuan ini adalah sebagai simbolik kerjasama erat antara Bahagian Pendidikan JAIPk dengan warga pendidik di daerah.
Secara keseluruhannya, sesi kunjung bantu telah berjalan dengan lancar. Syabas dan tahniah kepada pihak pentadbiran sekolah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menerima saranan penambahbaikan bagi memartabatkan kualiti pendidikan agama di negeri Perak khususnya di daerah Hilir Perak. Semoga apa yang telah diusahakan menjadi asbab kebaikan didunia dan akhirat.
15/04/2026
KUNJUNG BANTU SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT NURUL HUDA
10 April 2026, Jumaat - Unit Pendidikan Pejabat Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan telah melaksanakan semakan fail pentadbiran SRAR Nurul Huda Taman Pelangi. Tujuan semakan ini dilaksanakan adalah bagi membantu dan menyelaras fail-fail pengurusan sekolah lengkap dan teratur.
Turut hadir bersama dalam pertemuan ini adalah Guru Besar Ustaz Mohd Sabri bin Mohd Noor, Ustazah Nurul Hidayah binti Hj Nasir Guru Penolong Kanan, Ustaz Mohd Rozali bin Darmawi Guru Data serta guru-guru SRAR Nurul Huda Taman Pelangi.
Terima kasih dan syabas diucapkan kepada warga kerja SRAR Nurul Huda Taman Pelangi atas sumbangan tenaga dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi. Semoga usaha dan sumbangan semua guru diberkati serta beroleh kebaikan dunia akhirat.
17/03/2026
MAJLIS KHATAM AL-QURAN KELAS AKADEMI INSAN MUDA AR-RIDZUAN TELUK INTAN
16 March 2026, Isnin - Majlis Khatam Al-Quran Kelas Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN) telah berjaya dilaksanakan bermula jam 3.00 petang. Program ini diadakan serentak di dua lokasi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manik.
Majlis ini dianjurkan bagi meraikan para pelajar AIMAN yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran serta sebagai satu usaha memupuk kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan pelajar. Program ini juga memberi galakan kepada pelajar untuk terus mendalami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Belia dan Sukan Hilir Perak yang sentiasa menyokong aktiviti pembangunan sahsiah dan keilmuan dalam kalangan generasi muda. Secara keseluruhannya, majlis ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar serta guru-guru yang terlibat. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi muda yang celik Al-Quran dan berakhlak mulia.
05/02/2026
PEMANTAUAN PENDAFTARAN MAAHAD TAHFIZ AHMADIAH, CHIKUS
30 Januari 2025, Jumaat - Pemantauan Maahad Tahfiz Ahmadiah, Chikus telah dilaksanakan oleh Unit Pendidikan PADTI. Pemantauan ini adalah bagi tinjauan awal terhadap permohonan pendaftaran institusi ini kepada Jabatan Agama Islam Perak selaku agensi yang bertanggungjawab kepada pengurusan sekolah-sekolah agama di negeri ini.
Kehadiran Unit Pendidikan PADTI telah disambut oleh Jawatankuasa Penubuhan Maahad bermula dengan penerangan ringkas objektif dan hala tuju seterusnya pemantauan fasiliti yang telah disediakan.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Penubuhan Maahad Tahfiz Ahmadiah, Chikus yang telah memberikan kerjasama baik dan berusaha mendaftarkan institusi ini selaras dengan Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama 1996 Negeri Perak.
05/02/2026
22 Januari 2025, Khamis - Telah berlangsung sesi pengenalan Kelas Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib.
Sesi ini dilaksanakan adalah bagi memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar yang akan mengikuti program AIMAN terhadap peraturan dan kurikulum AIMAN agar dapat mencapai objektif pelaksanaan kelas AIMAN yang telah diatur oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Didoakan semoga pelajar-pelajar lebih bersedia, berdisiplin, dan bersemangat dalam menimba ilmu serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.
05/02/2026
JAWATAN KOSONG GURU AKADEMI INSAN MUDA AR-RIDZUAN (AIMAN) DAERAH HILIR PERAK
Adalah dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan seperti maklumat di bawah :
1. Jawatan
Guru Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan
2. Taraf Jawatan
Kontrak
3. Syarat Kelayakan
(a) Calon adalah warganegara;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia/STAM/Diploma/Ijazah Pendidikan Islam
(d) Berpengetahuan dalam bidang ilmu agama yang baik dan meluas;
(e) Mahir dalam mengendalikan marhaban, sembelihan, pengucapan awam dan pengurusan jenazah adalah satu kelebihan;
(f) Komited dan bertanggungjawab dalam apa jua tugas yang diberikan.
4. Deskripsi Tugas
(a) Bertanggungjawab mengajar kurikulum AIMAN di sekolah menengah terpilih.
(b) Kelas diadakan 3 kali dalam seminggu.
(c) Waktu kelas 2 jam 30 minit.
(d) Kelas dilaksanakan pada sesi petang.
5. Kadar Elaun
RM600
6. Keperluan Dokumen
(a) Borang permohonan
(b) Sekeping gambar ukuran pasport
(c) Resume
(d) Salinan kad pengenalan
(e) Salinan sijil akademik
7. Cara Memohon
(a) Muat turun borang permohonan di laman sesawang https://www.jaipk.edu.my/index.php/muatturun/aiman
(b) Lengkapkan borang permohonan berserta dokumen yang diperlukan.
(c) Hantar borang permohonan ke alamat :
Unit Pendidikan, Pejabat Agama Islam Teluk Intan,
Tingkat 1, Kompleks Pentadbiran Agama Islam Hilir Perak,
Jalan Raja Muda Musa, 36000 Teluk Intan, Perak.
8. Tarikh Tutup Iklan
07 Januari 2026 (Rabu)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Kompleks Pentadbiran Agama Islam Daerah Hilir Perak, Jalan Raja Muda Musa
Teluk Intan
36000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |