PES Masakan Chor's -Ready To Cook-RTC

PES Masakan Chor's -Ready To Cook-RTC

Share

23/02/2022

Fasa Pembuatan Produk (Makanan). Dimana kita selalu sangkut?

Fasa Buat

1. Buat produk, mmm... rasa ok, boleh tahan..
2. Buat pakejing biasa-biasa dulu, Alhamdulillah boleh jual..
3. Tambah pengeluaran, masih buat sorang-sorang kat rumah. Nampak boleh pergi jauh ni..
4. Upgrade sikit.. Tukar pakejing
5. Hati gembira. Ramai puji produk sedap. Permintaan makin banyak dari kalangan sahabat handai terdekat dan kawan-jawan medsos..
6. Tak boleh jadi ni. Kena tambah production ni. Kena beli mesin, kena ambil / tambah pekerja
7. Bila tambah mesin, tambah pekerja, pengeluaran jadi banyak sikit. tiba ke Fasa nak pasarkan...?? Mmmm...

Fasa Pemasaran & Jualan

8. Nak guna channel mana dulu?
9. Nak jual COD / online / kredit? Mestilah seboleh-bolehnya nak jual tunai kan? Tapi adakah semudah itu?
10. Nak jual tunai, kena ada salesman ramai. Kena bayar gaji, kos perjalanan (minyak petrol). Jual tunai agak susah. Nak jual tunai sendiri tanpa guna salesman? Berapa banyakla yang kita mampu jual. Kilang tengah jalan production tu. Kang tak pasal-pasal stok bertimbun. Expired jalan.. modal stuck. Masa buat sensorang kat rumah boleh la On Off production. Bila sewa kedai, ada pekerja, dah tak boleh kerap sangat on off. Sewa kena bayar, pekerja nak kena setel gaji.
11. Nak jual consignment (kredit) perlu modal banyak. Bukan kaleng-kaleng. Tak semua pengusaha kecil punya modal yang besar untuk main game ni..
12. Nak jual online (produk makanan), kos penghantaran tinggi (mahal tali pada lembu). Mungkin juga faktor ketahanan / rosak masa penghantaran..
13. Nak jual banyak? Nak tak nak kena pikir jalan masuk pasaraya. Nak jual di pasaraya? Modal pusingan agak besar, kena ada sijil halal (kos), kena ada pakejing yang sempurna, dan nak masuk pasaraya pun kena bayar listing fee (kos). Akhir sekali, persaingan nak masuk pasaraya, belum tentu lagi produk kita diterima masuk.
14. Nak lantik agen dan stokis, berapa margin nak bagi? Kos pengeluaran tinggi. Kita bukan produk kecantikan / kesihatan yang punya margin tinggi. Letak harga tinggi, pesaing lain harga rendah.
15. Jika berjaya cari agen satu Malaysia pun, macam mana urusan distribution? Siapa nak tanggung kos logistik? Stokis baru tak mampu ambil stok dalam kuantiti besar. Selain masalah modal, ada masalah keyakinan sebab produk baru. Tambahan lagi jenis produk yang expired date nya singkat.. Lagi lelah.. Jika produk frozen, kena ada penyimpanan sejuk beku.
16. Urusan pengiklanan? Kena pakai duit / modal besar juga. Tak iklan langsung, susah nak jalan. Iklan sikit-sikit tak berapa nak berkesan.
17. Letak dekat beberapa outlet kecil, jualan lebih kurang je. Bukan setakat nak untung, nak cover gaji dan sewa pun tak lepas. Kos perjalanan (petrol pun makan modal jugak)
18. Nak jual tunai kat agen, agen mintak hutang. Lama kelamaan senyap tak bayar. Duit modal dan untung mati disitu.
19. Nak buat pinjaman, bank tak bagi. Tak cukup syarat dan transaksi..
20. Ada stokis yang minta hantar bawah pada minimum order, sekali hantar untung habis ke kos logistik. Kadang-kadang negatif.
21. Hantar ke outlet besar sikit, semua kena kredit. Bukan tak bayar tapi bayar lambat. Yang tak ada modal akan mati modal. Bila mati modal, tak ada production berlaku..
22. Bila tak cukup modal, mula buat pinjaman. Makin lama makin besar buat pinjaman. Modal makin sangkut, pinjaman pun sangkut. Kilang besar jadi tukun..
Ini adalah sebahagian dari cabaran pengeluar produk makanan kecil-kecilan..
CABARAN TERBESAR adalah pada fasa pemasaran dan jualan, bukan pada fasa cipta, buat produk sedap dan hebat.
Semua orang boleh buat produk hebat, sedap tapi tak semua orang berjaya pasarkannya dengan baik..

Kebanyakannya sangkut pada fasa nak pasarkannya secara besar-besaran / komersial.
Sebelum buat produk, fikir, kaji, tanya, belajar dulu macam mana nak lepasi fasa puaka (berkenaan aspek pemasaran / jualan / logistik) ini dulu..

Kalau tidak, nasib (mungkin tak berapa baik) yang sama akan menimpa anda.. Mintak jauh..
Saya yakin ramai yang sudah melalui fasa ini.. Kan?

Credit to : Tuan Abd Hakim Awang - D'Apple

10/02/2022

Dilema usahawan mknn jalanan.

Mrk tak tahu Mn lebih untung? (dr segi margin atas kos bhn) Antara Cakoi, nasi lemak bungkus atau karipap. Mrk ingat semua sama. Bila dikira. Untung atas kos bhn bg Cakoi 600%. N. lmk 80%. Karipap 40%. Sgt jauh bezanya kan?

Ironinya kbnykan hnya risau mn yg paling laku /laris. Amat sedikit yg buat pengkosan dgn cara yg betul. Akibatnya rmai yg pilih buat dan jual n lmk dan karipap.

Inilah penyebab fenomena. Jualan hari2 habis. Tapi tak boleh simpan duit. Hari2 berniaga tapi tak kaya kaya. Maaflah jgnlah terasa. Krn itulah reality yg berlaku kpd saya semasa bisnes pasar mlm dulu. Penat tp tak berbaloi.

Namun keadaan berubah bila saya dah dpt mentor dan sifu yg betul.

to Dato' Chef Li

08/02/2022

Sejak harga barang dan bahan mentah mencanak-canak naik sekarang.

Kita sebagai pengusaha makanan ni, kenalah rajin buat costing semula berpandukan harga semasa.

Kira harga sebenar setiap bahan yang kita gunakan satu per satu. Jangan malas nak kira. Lagi haru kalau biasa main congak-congak jer.

Kalau tak tahu, belajar - baca buku.

Kalau tak faham, berusaha - cari guru

Kalau tak tahu dan tak faham, upah jer lah orang lain buatkan.

Dalam pengiraan kos, harga bahan mentah sahaja bukan lah penentu.

Kos pembungkusan termasuk plastik, tape, kotak, air buble dan label juga.

Kos pekerja dan gas dalam kiraan setiap minit. Ini bagi mendapatkan pengiraan kos yang hampir tepat.

Jangan dilupa kos susut berat produk dan kos terbuang.

Selain dari Kos Bahan, Kos Operasi juga amat penting dalam menentukan jumlah keseluruhan produk kita.

Dalam Kos Operasi lah kita masukkan gaji, elaun, KWSP, EPF, bil utiliti, bil telefon, internet, alat tulis, uniform, bahan pencuci sampai lah ke kos ubah suai dan susut nilai mesin serta peralatan.

Berapa banyak hasil atau produk yang pekerja kita boleh hasilkan dalam sejam, sehari atau sebulan.

Untuk mendapatkan ini, kita perlu ada carta alir proses kita. Selain dari dapat melihat tahap kecekapan, kita juga boleh melihat dan memperbaiki ‘Bottle neck’ untuk proses kita.

Bila dah ada data-data dari kos-kos yang terlibat, baru lah kita boleh mengira kos bahan yang sebenar-benarnya.

Minggu ni saya juga buat pengiraan kos bahan saya.

Termanggu saya seketika bila melihat angka yang terpampang.

Satu tindakan drastik perlu dilakukan demi meneruskan perjuangan.

Tak kan lah keuntungan bersih cuma 2 sen sahaja ?

Itu lah kenyataan pahit yang petlu saya hadapi sekarang. Data-data dan angka itu tidak akan menipu kita.

Selalunya kita yang cuba menipu diri sendiri dengan mencongak dan melihat duit masuk sahaja.

Oleh itu kawan-kawan semua, terutama pasa pengusaha makanan, para bakers hatta penjual makanan tepi jalan.

Ambil tahu lah harga sebenar-benarnya produk yang kita jual itu.

Terutama kepada mereka yang s**a sangat main-main membuang harga.

Biarkan kita pening dahulu dari bahagia yang membawa sengara akhirnya.

to Chef Amer

Want your business to be the top-listed Business in Teluk Intan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Lot 2542, Jalan Haji Musa, , Chenderong Balai
Teluk Intan
36600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00