Aleeya Cookies
13/07/2023
RESEPI AYAM TANDORI
BAHAN-BAHAN :
(untuk 2 ekor ayam dipotong 4)
Campuran rempah ratus:
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
3 biji bawang besar
15 ulas bawang putih
2 inci hirisan halia
2 sudu kecil garam
3 biji buah pelaga
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin
2 ikat daun pudina
2 biji buah lemon
1 cawan susu cair
2 ikat daun ketumbar
2 sudu besar sos tiram
sedikit pewarna merah
CARA MEMBUAT TAIRU :
Potong lemon dan gunakan 1/2 sahaja. Kemudian perahkan ke dalam satu cawan susu cair. Kacau sehingga sebati. Susu cair akan berubah tekstur. Kalau malas nak buat, cuma beli plain yogurt sahaja.
CARA MEMBUAT BAHAN PERAPAN :
Campurkan kesemua bahan-bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar. Perah satu biji lemon ke dalamnya. Kemudian masukkan tairu atau plain yogurt. Kisar bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
Kemudian sediakan
ayam dan lumurkan bahan perapan kesemua tempat.
Perapkan ayam di dalam beg kedap udara. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam. Perap ayam selama 5 jam.
Kemudian bakar di dalam oven bersuhu 170C selama 1 jam. Kalau nak cepat, boleh goreng seperti biasa.
Air fryer murah👉
https://vt.tiktok.com/ZSLPFeeJH ♥️
Kredit : Empunya Resepi
13/07/2023
AYAM KUKUS PEDAS
Bahan-bahan:
Ayam
1 biji bawang holland – cincang
1 labu bawang putih – cincang
6 cili merah – cincang
1 sdb taucu
1sdb kicap cair
1sdb minyak bijan
1sdb sos tiram
2 sdk serbuk pati ayam
Sedikit lada sulah
Cara-cara penyediaan:
1. Gaulkan ke semua bahan tadi dengan ayam.
2. Selepas semua bahan dah serap dalam ayam, masukkan ke dalam dulang dan kukus selama 40 minit.
3. Sudah 40 minit, boleh angkat dan siap untuk dihidang.
Siap! Mudah je kan nak buat lauk ini, sesuai untuk korang yang nak diet dan kurangkan kalori dalam makanan.
Lagi sedap kalau makan time tengah panas-panas bersama nasi fuhh nikmat betul.
[Resepi: My Resepi]
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Hutan Melintang
36400
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 19:00 |
| Tuesday | 08:00 - 13:00 |
| Wednesday | 08:00 - 13:00 |
| Thursday | 08:00 - 13:00 |
| Friday | 08:00 - 13:00 |
| Saturday | 08:00 - 13:00 |
| Sunday | 08:00 - 13:00 |