Little Caliphs Bandar Rimbayu
🐐✨ My First Qurban Experience at Amen Livestock Farm ✨🐐
📌 School Holiday Programme
Alhamdulillah, pada 2 Jun 2026 yang lalu, anak-anak cilik dari Little Caliphs Bandar Rimbayu dan Little Caliphs Tropicana Aman telah berpeluang menyertai satu program khas "School Holiday Programme: My First Qurban Experience at Amen Livestock Farm sempena sambutan Aidiladha".
Anak-anak mendapat pengalaman pembelajaran dunia sebenar yang sangat bermakna melalui:
🐐 Lawatan ke ladang ternakan
🐑 Sesi simulasi ibadah korban dan penerangan tentang adab serta tujuan korban
👀 Pemerhatian proses ibadah korban
🔪 Pendedahan kepada proses melapah dan penyediaan daging korban
🤝 Pembelajaran tentang kerjasama dan semangat rewang
🍲 Aktiviti memasak bersama guru menggunakan daging yang disediakan
🎁 Berkongsi hasil masakan bersama ibu bapa
Program ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang ibadah korban, malah membantu anak-anak memahami nilai kesyukuran, pengorbanan, keikhlasan, kasih sayang terhadap makhluk Allah serta menghargai nikmat rezeki yang dikurniakan-Nya.
Jutaan terima kasih kepada Puan Nur Nisha Binti Kamaruzaman serta suami dan pihak tadika atas sumbangan dua ekor kambing bagi menjayakan program ini, serta kepada semua ibu bapa, guru-guru dan pihak Amen Livestock Farm atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.
Semoga pengalaman berharga ini menjadi kenangan indah dan pembelajaran yang bermakna buat anak-anak dalam memahami penghayatan Aidiladha yang sebenar. ❤️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Address
No 18 Jalan Flora 3D/7, Bandar Rimbayu
Telok Panglima Garang
42500
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 17:30 |
| Tuesday | 07:30 - 17:30 |
| Wednesday | 07:30 - 17:30 |
| Thursday | 07:30 - 17:30 |
| Friday | 07:30 - 17:30 |