Neolithic Entertainment

Neolithic Entertainment

Share

Photos from Neolithic Entertainment's post 06/04/2026

Backline Rental di Rumah Terbuka Yb Andi Rizal🌙

Boleh Dm No berikut untuk pertanyaan sewaan:

0172238187

24/02/2026

BUKAN SEKADAR MENERUSKAN, TETAPI DIA HIDUPKAN KEMBALI SEBUAH LEGASI

Di Tanjung Batu, Tawau semangat grunge rupanya masih bernyawa. Malah semakin menbuak buak. Dalam dunia yang semakin laju dengan algoritma di sosial, ada jiwa yang masih setia pada riff gitar yang kasar dan emosi yang raw. Dia adalah Haidir.

Kalau saya imbas sekitar tahun 2009 keatas, band grunge Sabah jelas tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Setiap daerah seakan punya suara sendiri. Gig kecil, demo DIY, dan poster menampakkan ianya hidup. Tapi masa bergerak. Anak-anak grunge zaman tu mula fokus pada karier, komitmen dan kehidupan berkeluarga. Bukan cuci tangan, cuma menikmati proses menjadi manusia dalam abad teknologi hari ini.

Beberapa minggu lepas, muncul satu postingan di sosial media. Sebuah info ringkas, tapi cukup kuat untuk mengetuk rasa ingin tahu saya secara peribadi. Jelas ianya adalah rilisan kompilasi band Grunge Sabah. Saya kenal nama individu yang memuat naik info tersebut, tapi belum pernah bertentang mata. Jadi saya approach brader itu untuk dapatkan cerita penuh.

Mulanya respon agak perlahan. Mungkin dia ingat saya scammer. Biasalah, zaman sekarang orang lebih berhati-hati. Tapi selang beberapa hari, whatsapp masuk. “Assalamualaikum Bro, saya Haidir. Dari band Volstrach yang ko pernah cover tu hari…”

Suara brader ni memang jelas ada energi. Nama penuhnya Haidir Makuta. Berumur 40 tahun dan berasal dari Tanjung Batu, Tawau. Dia adalah drummer kepada Voltstrach. Band grunge Tawau yang kini mencuri perhatian grungers di Sabah. Band ini yang saya pernah cover beberapa bulan lepas. Jika ada satu perkataan yang boleh merangkumkan karakter Haidir itu adalah semangat dan pelapis muzik grunge di Sabah.

Semangat Voltstrach jelas membuak-buak seperti larva gunung berapi. Dan Haidir bukan sekadar pemain drum, dia adalah penggerak, pemikir dan pemimpi yang akhirnya berani bertindak.

Idea kompilasi ini sebenarnya bukan benda baru dalam kepalanya. Sudah lama terpendam. Tapi seperti ramai anak seni lain, keyakinan kadang datang dan pergi. Alhamdulillah, dia banyak bertanya pada orang lama. Akhirnya sokongan datang dalam komuniti mereka. Individu yang faham usaha dokumentasi dan kesinambungan perjuangan. Berbekalkan duit poket sendiri, akhirnya kompilasi ini berjaya direalisasikan.

Dan di sinilah letaknya nilai sebenar effort ini. Ini bukan sekadar album. Ini adalah dokumentasi, arkib bunyi serta bukti bahawa grunge di Sabah masih bernafas. Masih berkarya dan masih punya crowd setia.Dari muda sampai berusia.

Antara band yang tersenarai dalam kompilasi ini:-
Melodychain (Papar)
Axilla (KK)
Unique Corn (KK)
Perosuck (Tawau)
Old Slipway (Sandakan)
BOIL (Papar)
Sludgy (Lahad Datu)
Oldnavy (Tuaran)
Voltstrach (Tawau)
Noisy Crush (Tawau)
Melancholic Disorders (KK)
Lucky Garden (Tawau)
NoFap (Sandakan)
Mantera Anarchist (KK)

Niat Haidir jelas iaitu menghargai karya, semangat dan hubungan kekeluargaan dalam muzik yang mereka aliri. Serta dia hormat pada orang terdahulu yang membawa muzik ini relevan sampai hari ini. Kerana bagi Haidir, grunge lebih daripada genra. Ia adalah komuniti dan persaudaraan
Sebaik sahaja kompilasi ini keluar, kesemua band berpuas hati dengan rilisan ini. Lebih manis, ada permintaan daripada netizen yang mahu menjadikannya koleksi peribadi. Sesuatu yang mungkin tak dijangka, tapi sangat bermakna khusus buat Haidir sendiri.

Haidir belum berhenti bermimpi. Dia mau menemukan kesemua 14 band tersebut di atas satu pentas. Dia plan anjurkan satu perayaan muzik grunge. Namun masih dalam fasa perbincangan.

Haidir memaklumkan bahawa kompilasi seterusnya mungkin akan melebarkan sayap. Dimana ada penglibatan bnd grunge dari Sarawak. Bahkan nama negara Brunei juga disebut-sebut bakal terlibat. Tidak mustahil band dari dari Kalimantan akan menyelit.

Effort seperti ini bukan tentang glamor. Bukan juga tentang jumlah streaming di spotify atau youtube. Tapi tentang legasi. Bagaimana memastikan bunyi yang pernah membentuk jiwa satu generasi tidak hilang ditelan masa. Dan kita terus ikuti update dari individu yang penuh energi grunge ini dari masa kesemasa.

14/02/2026

GRUNGE NOT DEAD…

Agak mustahil genra muzik dari barat ini akan mati dari jiwa anak anak muzik. Sebagai bukti, BORNEO mempunyai kugiran hebat. Dimana anak anak grunge ini mampu menulis dan menyusun melodi gitar riff selari dengan pekikan suara serak vokalis band masing masing.

Siapa setuju jika saya REVIEW lagu lagu dalam kompilasi ini?

Gambar:- credit Paktua Grunge ☺️🫡

24/12/2025

23/12/2025

Pa System Rental
Dinner Night Sabah Port Tawau
Fajar Club Tawau

Boleh Dm untuk pertanyaa sewaan✅

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Tawau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Culinary Team

Attire

Telephone

Website

Address


Tawau
91000