APM Tawau

APM Tawau

Share

Photos from APM Tawau's post 07/05/2026

MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN KASPA
PERINGKAT NEGERI SABAH ZON TENGGARA 2026

Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutupan Perkhemahan KASPA Peringkat Negeri Sabah Zon Tenggara Tahun 2026 yang bertempat di SMK Kinabutan selaku tuan rumah.

Majlis telah disempurnakan oleh Lt. Kol (PA) Erwin Kinsui @ Elverowen, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sabah.

Program ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Pertahanan Awam daerah serta pegawai dari daerah Zon Tawau, dengan penglibatan sebanyak 16 buah sekolah yang telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat kerjasama yang tinggi sepanjang perkhemahan berlangsung.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, guru pengiring serta pihak penganjur atas kejayaan menjayakan program ini. Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam membentuk jati diri serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda.

Terima kasih juga kepada SMK Kinabutan atas kesudian menjadi tuan rumah dan memberikan kerjasama yang amat baik.

Photos from APM Tawau's post 01/05/2026

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS BAKAL PEGAWAI PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026

📅 1 Mei 2026 (Jumaat)
📍 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau

Majlis Penutupan Kursus Bakal Pegawai Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau, menandakan berakhirnya satu lagi siri latihan yang penuh komitmen, disiplin dan semangat jati diri.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Lt. Kol (PA) Erwin @ Elverowen bin Kinsui, Timbalan Pengarah APM Negeri Sabah, dengan diiringi oleh Puan Nazatul Shima binti Abu Zarim serta Lt. M (PA) Muhammad Anuar Wong Abdullah.

Kursus ini telah menghimpunkan seramai 53 orang peserta daripada Zon Tawau, Zon Sandakan dan Zon Keningau, yang telah berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang. Sepanjang tempoh kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aspek kepimpinan, pengurusan operasi serta kemahiran asas pertahanan awam yang penting dalam melahirkan bakal pegawai yang berwibawa, kompeten dan berintegriti.

Majlis ini bukan sahaja menjadi simbol penamatan latihan, malah merupakan titik permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar dalam memikul amanah sebagai barisan kepimpinan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan dedikasi dan ketahanan sepanjang kursus berlangsung. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada semua tenaga pengajar, urus setia dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kursus ini.

“Sedia, Pantas dan Berintegriti”

Photos from APM Tawau's post 01/05/2026

KURSUS BAKAL PEGAWAI PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026

📅 30 April 2026 (Khamis)
📍 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau

KURSUS BAKAL PEGAWAI PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026

UJIAN PENGUCAPAN AWAM ✅

HARI KEEMPAT - Kursus Bakal Pegawai Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau sebagai lokasi latihan berpusat.

Kursus ini menghimpunkan peserta dari tiga zon utama iaitu Zon Tawau, Zon Sandakan dan Zon Keningau, dengan objektif melahirkan bakal pegawai yang berpengetahuan, berdisiplin serta berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan tugas-tugas pertahanan awam.

Sepanjang hari pertama, para peserta telah didedahkan dengan sesi taklimat awal, pengenalan kursus serta pengurusan organisasi sebagai asas kepada pembentukan kepimpinan yang berintegriti dan berwibawa.

Diharapkan kursus ini dapat melahirkan barisan pegawai yang kompeten dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat selaras dengan peranan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

“Sedia, Pantas dan Berintegriti”

Photos from APM Tawau's post 29/04/2026

PEMILIHAN PESERTA LATIHAN KEMAHIRAN PERTAHANAN AWAM

Tarikh: 29 April 2026
Tempat: Menara Penyelamat Pantai (MPP) Tanjung Aru

Seramai 11 orang peserta dari Zon Tawau telah terpilih untuk menyertai Latihan Kemahiran Pertahanan Awam anjuran Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sabah. Pemilihan ini bertujuan mengenal pasti anggota yang berpotensi serta berkeupayaan untuk diperkasakan dengan kemahiran lanjutan dalam bidang pertahanan awam.

Latihan ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kompetensi, kesiapsiagaan serta profesionalisme anggota dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan dan bencana.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terpilih. Semoga dapat menjalani latihan dengan penuh komitmen dan seterusnya menjadi aset penting kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Sedia, Pantas dan Berintegriti”

Photos from APM Tawau's post 28/04/2026

KURSUS BAKAL PEGAWAI PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026

📅 27 April 2026 (Isnin)
📍 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau

KURSUS BAKAL PEGAWAI PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026

HARI PERTAMA - Kursus Bakal Pegawai Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau sebagai lokasi latihan berpusat.

Kursus ini menghimpunkan peserta dari tiga zon utama iaitu Zon Tawau, Zon Sandakan dan Zon Keningau, dengan objektif melahirkan bakal pegawai yang berpengetahuan, berdisiplin serta berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan tugas-tugas pertahanan awam.

Sepanjang hari pertama, para peserta telah didedahkan dengan sesi taklimat awal, pengenalan kursus serta pengurusan organisasi sebagai asas kepada pembentukan kepimpinan yang berintegriti dan berwibawa.

Diharapkan kursus ini dapat melahirkan barisan pegawai yang kompeten dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat selaras dengan peranan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

“Sedia, Pantas dan Berintegriti”

Photos from APM Tawau's post 27/04/2026

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 1/2026
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) TAWAU

Tarikh: 26.04.2026
Tempat: Dewan APM Tawau.

Majlis Penutupan Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 1/2026 telah dilaksanakan dengan jayanya, menandakan berakhirnya latihan yang telah diikuti oleh 18 orang peserta dengan penuh komitmen dan disiplin.

Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul asas pertahanan awam termasuk pengurusan kecemasan, pertolongan cemas serta latihan praktikal yang dikendalikan oleh 6 orang pegawai dan anggota APM Tawau.

Majlis penutupan ini menjadi simbolik kepada kejayaan peserta dalam menamatkan latihan serta sebagai titik permulaan untuk mereka mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam membantu masyarakat serta menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua tenaga pengajar dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kursus ini.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta!

“Sedia, Pantas, Berintegriti”

Want your organization to be the top-listed Government Service in Tawau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Tingkat 2 Wisma Persekutuan Tawau, Peti Surat 550 Tawau
Tawau
91008TAWAU,SABAH.