DAP TAWAU

DAP TAWAU

Share

Photos from Yap Wui Lip 叶威立's post 11/06/2026

🔍多个单位到场协调,只为了找出最合适的解决方案!

前几天接到艺文体育会潘师父的投诉,反映育进旧校练习场地长期面对积水问题。现场沟渠积水无法顺利排出,雨后积水久久不退,甚至还能看到小鱼在沟渠里游来游去,可见问题已经存在一段时间。

接获投诉后,我第一时间前往现场了解情况,并发现排水口已严重堵塞,后方沟渠内堆积了大量淤泥,排水功能明显受到影响。

为了尽快解决问题,我邀请市议会工程师到场查看。随后,市议会工程师也联系了JKR公共工程局官员及相关承包商到现场进行联合勘察。短短一天内,多个单位先后到场,希望厘清情况,并研究最合适的处理方案。

过程中,由于涉及不同单位管辖范围,因此需要进行协调与确认,所幸在各方配合下,问题已有初步进展。

在这里也特别感谢市议会工程师Patrick的积极协调,并推动相关单位及承包商尽快采取行动处理有关问题。市议会方面也将安排后续工作,以改善当地排水情况。

我会继续跟进此事,直到问题获得妥善解决为止。

🔍 Beberapa agensi turun padang dan berkoordinasi, semuanya demi mencari penyelesaian yang paling sesuai.

Beberapa hari lalu saya menerima aduan dari Pertubuhan Kebudayaan, Kesenian dan Kesukanan Tawau mengenai masalah takungan air yang berlarutan di kawasan latihan di bekas Sekolah Yuk Chin. Air di dalam longkang tidak dapat mengalir keluar dengan baik dan akan bertakung untuk tempoh yang lama selepas hujan. Malah, terdapat ikan-ikan kecil yang berenang di dalam longkang, menunjukkan masalah ini telah berlarutan sejak sekian lama.

Selepas menerima aduan tersebut, saya terus turun ke lokasi untuk melihat sendiri keadaan di sana. Hasil pemerhatian mendapati saluran keluar air telah tersumbat dengan teruk manakala longkang di bahagian belakang dipenuhi mendapan lumpur yang menjejaskan fungsi sistem saliran.

Bagi mempercepatkan penyelesaian, saya telah meminta jurutera MPT untuk turun ke lokasi. Seterusnya, pihak MPT turut menghubungi pegawai JKR serta kontraktor berkaitan untuk menjalankan pemeriksaan bersama di tapak. Dalam tempoh sehari sahaja, beberapa agensi telah hadir bagi meneliti keadaan sebenar dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Memandangkan isu ini melibatkan kawasan di bawah bidang kuasa yang berbeza, proses penyelarasan dan pengesahan perlu dilakukan terlebih dahulu. Namun begitu, hasil kerjasama semua pihak, perkembangan positif telah mula dicapai.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan khusus kepada jurutera MPT, Tuan Patrick, atas usaha beliau menyelaras pelbagai pihak berkaitan serta menggerakkan tindakan susulan bagi menangani masalah ini. Pihak majlis juga akan mengatur kerja-kerja susulan untuk memperbaiki keadaan sistem saliran di kawasan tersebut.

Saya akan terus memantau dan membuat susulan sehingga masalah ini diselesaikan sepenuhnya.

#不忘初心 #深耕斗湖 #威立服务

Photos from Yap Wui Lip 叶威立's post 29/05/2026

今天早上接获居民投诉,马鞍山一带有大树倒下,导致整条道路受阻,影响车辆通行。

接获消息后,我马上联系相关单位并安排紧急处理。目前,受影响道路已经恢复通车,居民也能够如常使用该路段。

不过,现场仍有一小部分树干尚未完全清理。由于倒下的大树压着TM的电缆,而相关单位暂时未能联系上TM进行协调处理,因此JKR方面暂时无法贸然将该部分树木砍除,以免造成电缆受损,进而影响当地网络通讯服务。

无论如何,我会继续跟进并联系TM,希望相关问题能够尽快获得解决,确保现场清理工作顺利完成,也让居民出行更加安全。

感谢所有迅速给予配合和协助的单位,尤其感谢斗湖市议会美化小组组长的协助与协调,让清理工作得以顺利展开。

Pagi tadi saya menerima aduan daripada penduduk Sin Onn Tiku bahawa sebatang pokok besar telah tumbang di kawasan Sin Onn Tiku sehingga menghalang keseluruhan laluan jalan.

Selepas menerima maklumat tersebut, saya terus menghubungi pihak berkaitan dan meminta tindakan segera diambil. Syukur, laluan yang terjejas kini telah dibuka semula dan boleh digunakan oleh orang ramai seperti biasa.

Walau bagaimanapun, masih terdapat sebahagian kecil pokok yang belum dapat dialihkan sepenuhnya. Ini kerana pokok tersebut tersangkut pada kabel TM dan pihak JKR tidak dapat meneruskan kerja pemotongan tanpa koordinasi daripada TM. Sekiranya pokok itu dipotong secara terus, ia berisiko menyebabkan kerosakan kabel dan gangguan perkhidmatan internet di kawasan sekitar.

Walau bagaimanapun, saya akan terus berhubung dengan pihak TM supaya isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan kerja pembersihan dapat disempurnakan sepenuhnya.

Terima kasih kepada semua pihak yang bertindak pantas dalam menangani aduan ini, khususnya Pengerusi Jawatankuasa Kecantikan Taman-Taman dan Perhiasan Bandar MPT Tuan Gan Chee Chan atas bantuan dan kerjasama yang diberikan.

#不忘初心 #深耕斗湖 #威立服务

Photos from Yap Wui Lip 叶威立's post 24/05/2026

有些人离开了,但留下来的精神,会继续陪着我们走下去。

为人民服务是一份责任,是一份坚持,也是一份不能忘记的初心。

兄弟走了,但我们不会放弃。该做的服务还是会继续做,该坚持的路我们也会继续走下去。

不忘初心,砥砺前行。

今天火箭周日服务柜台照常进行,欢迎大家过来找我们聊聊天、量血压和测血糖 ☺️

Ada insan yang telah pergi, tetapi semangat yang ditinggalkan akan terus menemani perjuangan kami.

Berkhidmat untuk rakyat bukan sekadar tanggungjawab, tetapi juga satu pengorbanan dan prinsip yang tidak boleh dilupakan.

Rakan seperjuangan sudah pergi, tetapi kami tidak akan berhenti. Khidmat kepada rakyat akan tetap diteruskan, dan perjuangan ini akan terus kami bawa ke hadapan.

Terus berusaha, terus berjuang.

Pagi ini kaunter khidmat DAP Tawau di Pasar Sin On tetap berjalan seperti biasa. Dialu-alukan datang sembang-sembang bersama kami sambil membuat pemeriksaan tekanan darah dan paras gula dalam darah ☺️

#不忘初心 #深耕斗湖 #威立服务

10/05/2026

祝全天下的妈妈们母亲节快乐🩷
Happy Mother’s Day!

Want your organization to be the top-listed Government Service in Tawau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


IBU PEJABAT PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK TAWAU, TB 4149, 1st FLOOR, TAMAN LEEKA, Jalan SIN ON, TAWAU
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:00
Tuesday 08:30 - 16:00
Wednesday 08:30 - 16:00
Thursday 08:30 - 16:00
Friday 08:30 - 16:00
Saturday 08:30 - 12:30