Briged Utara PGA

Briged Utara PGA

Share

31/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT
PESTA KAAMATAN & HARI GAWAI 2026

Selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia, khususnya Briged Utara Pasukan Gerakan Am, serta rakyat Malaysia yang meraikannya.

Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua, di samping terus memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian serta saling menghormati dalam kepelbagaian budaya di negara ini.

Perpaduan dalam Kepelbagaian, Kekuatan Negara.

Ikhlas daripada,
YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh
Komander Briged Utara PGA

&

YBhg Puan Rajvinder Kaur a/p Didar Singh
Pengerusi PERKEP Briged Utara PGA

Photos from Briged Utara PGA's post 21/05/2026

PERHIMPUNAN BULANAN BRIGED UTARA PGA BAGI BULAN MEI 2026

Ulu Kinta 21 Mei 2026 – Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi bulan Mei 2026 dengan penyertaan pegawai kanan, pegawai rendah polis serta pegawai awam dari Briged Utara dan batalion-batalion terlibat.

Dalam ucapannya, YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh, Komander Briged Utara PGA menekankan Misi beliau iaitu pertama keberhasilan atau kejayaan dalam operasi, kedua integriti dan yang ketiga kebajikan kepada Pegawai dan anggota.

Keberhasilan Briged Utara PGA telah mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merekodkan rampasan dan tangkapan pelbagai kes jenayah rentas sempadan dengan nilai keseluruhan mencecah RM272 juta bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, membuktikan keberkesanan operasi serta komitmen berterusan dalam membanteras jenayah oleh semua Pegawai dan anggota semua formasi di bawah Briged Utara PGA.

Perkara yang kedua ialah aspek integriti dan disiplin dalam kalangan warga pasukan. Statistik semasa menunjukkan penurunan kes KST dan KET yang dibuka oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, sekali gus mencerminkan tahap pematuhan,integriti dan penyeliaan yang semakin baik.

Selain itu, perkara yang ketiga ialah aspek kebajikan turut diberi perhatian apabila penyaluran peruntukan bagi pembangunan serta kerja-kerja pembaikan kuarters dan pejabat meliputi Batalion 1, 2, 3 dan 18 PGA serta Ibu Pejabat Briged Utara telah dilaksanakan dan kini sedang giat dijalankan bagi memastikan kesejahteraan serta keselesaan warga pasukan terus terpelihara.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai dan anggota yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan.

Perhimpunan diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Tanjung Rambutan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Tanjung Rambutan