Perpustakaan ILKKM Sultan Azlan Shah
04/02/2026
📌 Seharian di tempat kerja adakalanya boleh menyebabkan warga kerja berasa keletihan.
💪 Dengan itu, marilah mengamalkan tip-tip yang dikongsikan ini sebagai panduan dalam meningkatkan fleksibiliti diri, khususnya melalui aktiviti yang menyokong kesejahteraan fizikal dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti di tempat kerja.
16/01/2026
Nampak merah celah tulang ayam goreng? Cek dulu sebelum buang, tak semestinya mentah.
Tengah sedap makan ayam goreng waktu lunch, tiba-tiba nampak kesan merah atau darah pada bahagian tulang. Terus kembang tekak nak telan.
Tapi, adakah ayam tu betul-betul mentah? Atau selamat dimakan?
Ramai keliru antara "Ayam Mentah" dengan kesan "Sumsum Tulang".
Cara beza Selamat vs Bahaya:
1. TENGOK TEKSTUR DAGING (Paling Penting)
BAHAYA: Kalau daging sekeliling tulang tu nampak berkilat, lutsinar (macam jelly), dan lembik bila ditekan. Itu sah mentah! Bakteria Salmonella sedang berpesta. Jangan makan.
SELAMAT: Kalau daging tu nampak putih/kelabu, berserat, dan mudah dicarik dari tulang, tapi cuma tulang tu je warna merah/ungu gelap. Itu selamat.
Kenapa tulang ayam jadi merah walaupun dah masak? Kebanyakan ayam goreng guna ayam muda. Tulang mereka masih lembut dan berliang. Bila dimasak, pigmen dari sumsum tulang akan meresap keluar mewarnakan daging sekitarnya. Ini bukan darah hidup, ini pewarnaan semulajadi.
Kalau jumpa daging yang TEKSTUR JELLY, panggil pelayan minta tukar. Tapi kalau setakat tulang lebam sikit, teruskan suapan. Jangan membazir, kesian ayam tu. 🐔
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah
Tanjung Rambutan
31250
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 12:15 |
| 14:45 - 17:00 |