Pattern By Izza Zaya

Pattern By Izza Zaya

Share

03/02/2026

Satu kajian jangka panjang oleh Universiti Helsinki mendapati bahawa wanita yang kerap melakukan aktiviti tradisional seperti mengait, menjahit, crochet dan berkebun cenderung hidup sehingga 8 tahun lebih lama secara purata.

Aktiviti ini membantu menenangkan sistem saraf, mengurangkan stres dan membawa keadaan minda yang lebih fokus serta tenang melalui pergerakan berulang.
Ia juga meningkatkan keyakinan diri kerana memberi rasa tujuan, rutin harian dan kepuasan melihat hasil yang siap.

Dari sudut mental p**a, hobi seperti ini membantu mengekalkan keaktifan otak, menyokong daya ingatan, tumpuan dan keanjalan pemikiran apabila usia meningkat.
Gabungan semua ini membuktikan bahawa aktiviti kreatif yang ringkas sebenarnya sangat terapeutik, menenangkan emosi dan memberi manfaat besar untuk kesihatan jangka panjang.

Nak belajar jahit bag? Jom jalan2 kat Pattern By Izza Zaya Group

30/01/2026

Apa itu Interfacing dan Stabilizer dalam pembuatan beg?

Untuk yang baru belajar memadai dengan menggunakan interfacing Cs5530 jika menggunakan cotton. Jika menggukan material PU/PVC leather tidak perlukan interfacing. Terus lekatkan stabilizer Eva Foam Sticker pada ketebalan yang sesuai.

Ringkasan

Material cotton : Interfacing + Stabilizer
Material Pu/PVC Leather : Stabilizer shj.

Eva Foam Sticker boleh beli di ESTIKA - Fabric & Accessories

Photos from Pattern By Izza Zaya's post 25/06/2025

Sangat penting untuk kita sajikan gambar2 yang cantik di media sosial ni sebagai marketing. Orang kata dari mata jatuh ke hati. Boleh dah belajar dari sekarang teknik photography. Saya pun masih belajar.

Sedikit tips untuk gambar yang cantik tapi guna kamera phone biasa2, pastikan gunakan cahaya alam (cahaya Matahari).

1. Pagi sebelum Matahari terik dan hampir nak senja boleh ambil gambar kat luar.
2. Tengahari boleh ambil gambar bawah pokok/garaj/dalam rumah tepi tingkap
3. Elakkan ambil gambar waktu tengah panas terik
5. Pastikan latar belakang tidak Bersepah2 dan guna portrait mode untuk blurkan background

Cuba godek2 apps
1. photoroom untuk buang background dan tukar background lain
2. snapseed untuk edit gambar
3. phonto untuk masukkan tulisan/watermark
4. Canva untuk buat poster
5. Chatgpt Untuk pakaikan baju/beg kepada model.

Contoh
Kiri gambar asal
Kanan gambar baju yang telah dipakaikan pada model menggunakan chatgpt

Want your business to be the top-listed Interior Service in Tangkak?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Tangkak