KEMAS Tangkak

KEMAS Tangkak

Share

03/05/2026

๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ :

Untuk permohonan TABIKA / TASKA KEMAS, dokumen sokongan yang dimuat naik tak perlu disahkan ya.

Kecuali jika tiada slip gaji, pengesahan pendapatan perlu dibuat oleh Ketua Kampung atau pihak berautoriti.

Harap membantu!

20/04/2026

๐‚๐จ๐ซ๐ž๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐กโœ๏ธ

Insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah baru-baru ini benar-benar menyentuh hati kita semua. Dalam setiap musibah, keselamatan dan kebajikan warga KEMAS serta anak-anak didik kita adalah perkara pertama yang saya khuatiri.

Alhamdulillah, kita memanjatkan kesyukuran kerana bangunan TABIKA KEMAS di sana berada di luar lingkungan kawasan kebakaran dan terselamat daripada amukan api. Namun dalam rasa syukur itu, terselit duka yang amat mendalam apabila saya dimaklumkan bahawa empat orang Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS) kita telah kehilangan kediaman dan harta benda dalam kejadian tersebut.

Selain itu, seramai 83 orang anak-anak di 4 buah TABIKA di sini turut terkesan secara emosi akibat kemusnahan kediaman mereka dalam kemalangan ini. Bagi saya kesusahan yang menimpa mereka adalah kesusahan kita semua. Kita tidak akan membiarkan mereka berjuang sendirian.

Sebagai langkah segera bagi menyantuni kebajikan ahli keluarga besar kita ini, KEMAS akan menggerakkan inisiatif kutipan derma di seluruh negara yang melibatkan 10,534 TABIKA , 2,118 buah kelas kemahiran dan 288 kelas bina insan. Inisiatif ini sebagai tanda rasa kebersamaan keluarga besar KEMAS dengan ahli keluarga kami yang terlibat dalam musibah tersebut.

Kutipan akan diselaraskan oleh Kelab Badan Kebajikan dan Sukan KEMAS dan laporan hasil kutipan akan diumumkan secara terbuka bagi memenuhi prinsip ketelusan.

Semoga usaha yang digerakkan ini akan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang terlibat. Lebih penting kutipan derma ini adalah tanda solidariti dan kebersamaan kita semua terhadap nasib malang yang menimpa mereka yang menjadi sebahagian keluarga besar KEMAS. Bersama kita menyumbang demi nilai kasih sayang sesama insan.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Solidariti KEMAS.. Di sini Bermula...

๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐‡๐š๐ง๐š๐Ÿ๐ข๐š๐ก ๐Œ๐š๐ง
Ketua Pengarah KEMAS

๐‚๐จ๐ซ๐ž๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐กโœ๏ธ

Insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah baru-baru ini benar-benar menyentuh hati kita semua. Dalam setiap musibah, keselamatan dan kebajikan warga KEMAS serta anak-anak didik kita adalah perkara pertama yang saya khuatiri.

Alhamdulillah, kita memanjatkan kesyukuran kerana bangunan TABIKA KEMAS di sana berada di luar lingkungan kawasan kebakaran dan terselamat daripada amukan api. Namun dalam rasa syukur itu, terselit duka yang amat mendalam apabila saya dimaklumkan bahawa empat orang Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS) kita telah kehilangan kediaman dan harta benda dalam kejadian tersebut.

Selain itu, seramai 83 orang anak-anak di 4 buah TABIKA di sini turut terkesan secara emosi akibat kemusnahan kediaman mereka dalam kemalangan ini. Bagi saya kesusahan yang menimpa mereka adalah kesusahan kita semua. Kita tidak akan membiarkan mereka berjuang sendirian.

๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ต๐—น๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ถ๐—ป๐—ถ, ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ๐Ÿฌ,๐Ÿฑ๐Ÿฏ๐Ÿฐ ๐—ง๐—”๐—•๐—œ๐—ž๐—” , ๐Ÿฎ,๐Ÿญ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿด๐Ÿด ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ถ๐—ป๐˜€๐—ฎ๐—ป. ๐—œ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ต๐—น๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—บ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜.

Kutipan akan diselaraskan oleh Kelab Badan Kebajikan dan Sukan KEMAS dan laporan hasil kutipan akan diumumkan secara terbuka bagi memenuhi prinsip ketelusan.

Semoga usaha yang digerakkan ini akan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang terlibat. Lebih penting kutipan derma ini adalah tanda solidariti dan kebersamaan kita semua terhadap nasib malang yang menimpa mereka yang menjadi sebahagian keluarga besar KEMAS. Bersama kita menyumbang demi nilai kasih sayang sesama insan.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Solidariti KEMAS.. Di sini Bermula...

๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐‡๐š๐ง๐š๐Ÿ๐ข๐š๐ก ๐Œ๐š๐ง
Ketua Pengarah KEMAS

18/03/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—จ๐—Ÿ ๐—ค๐—”๐——๐—”๐—ฅ@ ๐—ง๐—”๐—•๐—œ๐—ž๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ•Œ Sorotan Program: Amali Solat Terawih โ€“ Imam Cilik

๐Ÿ“ Lokasi: Dewan Asrama Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Daerah Tangkak
Parlimen Ledang
๐Ÿ“… Tarikh: 17 Mac 2026, Selasa
๐Ÿ‘ฅ Bilangan kanak-kanak & ibu bapa: 120 Orang

Antara pengisian istimewa dalam Program Imarah Lailatul Qadar @ TABIKA KEMAS Parlimen Ledang ialah pelaksanaan Amali Solat Terawih oleh Imam Cilik, Adik Hadif Aidan Bin Kamarul Haizat dari Tabika KEMAS Pekan ILP Sagil dalam kalangan anak-anak yang mengikuti Program Pra-Tahfiz TABIKA KEMAS.

Momen ini memberi peluang kepada anak-anak untuk mengaplikasikan hafazan surah-surah lazim secara praktikal, sekali gus membina keyakinan diri untuk memimpin solat berjemaah.

Pengalaman ini bukan sahaja menjadi kenangan bermakna buat mereka, malah membuktikan bahawa pendedahan awal kepada Al-Quran mampu melahirkan generasi kecil yang berani, yakin dan berjiwa kepimpinan.โœจ Dari sinilah lahirnya generasi โ€œImam Cilikโ€ masa hadapan.

Photos from KEMAS Tangkak's post 17/03/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—จ๐—Ÿ ๐—ค๐—”๐——๐—”๐—ฅ@ ๐—ง๐—”๐—•๐—œ๐—ž๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐ŸŒ™ Sorotan Program: Iftar, Solat Berjemaah & Solat Terawih

๐Ÿ“ Lokasi: Dewan Asrama Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Daerah Tangkak
Parlimen Ledang
๐Ÿ“… Tarikh: 17 Mac 2026, Selasa
๐Ÿ‘ฅ Bilangan kanak-kanak & ibu bapa: 120 Orang

Program diteruskan dengan Majlis Iftar yang menghimpunkan warga TABIKA KEMAS, ibu bapa serta komuniti setempat dalam suasana penuh kebersamaan. Turut hadir memeriahkan program ini ialah Pengerusi Aktiviti KEMAS Parlimen Ledang Datuk Haji Abdul Rahim bin Talin bersama Pegawai KEMAS Daerah Puan Siti Maspupah binti Juwahir yang turut menyokong pelaksanaan program dalam usaha memperkukuh pembangunan sahsiah kanak-kanak sejak awal usia.

Selepas berbuka puasa, para peserta bersama-sama menunaikan solat berjemaah dan solat terawih yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Zulikram Amry bin Ghazali Penggerak Sakinanh Parlimen Ledang YPKDT Daerah Tangkak sekali gus memberi pengalaman bermakna kepada anak-anak dalam mengenali amalan qiamullail sejak kecil.

Program ini turut memperkukuh kerjasama antara TABIKA, ibu bapa dan komuniti, dalam usaha mewujudkan persekitaran pendidikan yang menyokong perkembangan rohani dan sahsiah kanak-kanak. Semoga usaha ini terus menyemai nilai iman, adab dan kecintaan kepada ibadah dalam diri generasi muda.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Tangkak?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Pejabat KEMAS Daerah Ledang KM 43, Jalan Sagil
Tangkak
84020

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 17:00