AMK Ledang

AMK Ledang

Share

26/03/2026

*JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2026*

Dengan penuh rasa kesyukuran dan rendah hati,
kami menjemput seluruh warga Ledang untuk hadir memeriahkan *Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Ledang 2026.*

Majlis ini dianjurkan oleh
Syed Ibrahim Syed Noh
Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
merangkap Ahli Parlimen Ledang.

đź“… Tarikh: *5 April 2026 (Ahad)*
⏰ Masa: *11.00 pagi – 2.00 petang*
📍 Tempat: *Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, Serom 5*

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi mengeratkan silaturahim serta memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama-sama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Photos from AMK Ledang's post 24/03/2026

Alhamdulillah, Program Rewang Raya Belia Ledang yang telah berlangsung pada 15 Mac 2026 yang lalu berjalan dengan lancar dan penuh kemeriahan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Syed Ibrahim Syed Noh, Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Ledang atas sokongan padu serta peruntukan yang telah diberikan bagi menjayakan program ini.

Turut sama hadir dan memeriahkan program ialah Ketua AMK Negeri Johor bersama barisan pimpinan Ahli Jawatankuasa AMK Negeri Johor yang sentiasa komited dalam menjayakan program anak muda.

Sepanjang program, pelbagai aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan antaranya memasak bubur lambuk, menyediakan dodol serta membakar lemang—simbolik kepada semangat kebersamaan dan tradisi masyarakat kita. Hasil juadah ini kemudiannya telah diedarkan kepada orang ramai di Bazar Ramadan Jalan Naib Long, Tangkak.

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh sukarelawan, belia setempat serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Semoga program seperti ini terus mengeratkan silaturahim dan memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Terima kasih semua! 🤝✨

Want your organization to be the top-listed Government Service in Tangkak?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


No 42 (Tingkat 2) Jalan Sialang
Tangkak
84900