SM Sains Raja Tun Azlan Shah
16/07/2026
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Barisan Pengurusan Tertinggi serta warga Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan keluarga besar SBP merakamkan ucapan Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada YBrs. Dr. Zakiah binti Shafiee atas komitmen, dedikasi serta khidmat bakti yang diberikan sepanjang menerajui BPSBP (17 Februari 2025 - 14 Julai 2026).
Semoga kekal komited dalam melaksanakan khidmat cemerlang serta tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarah Kanan, Sektor Dasar dan Kualiti, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan berkuatkuasa pada 15 Julai 2026.
16/07/2026
Sejarah sekolah kami 🤍
💡TRIVIA SBP | Tahukah Anda?
Pada awal penubuhannya (1982), sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Perak. Sekolah ini juga dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Taiping (SEMESTA). Pada 21 Februari 1987, nama sekolah ini secara rasminya ditukar menjadi Sekolah Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) oleh DYMM Tuanku Paduka Seri Sultan Azlan Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusof Izzuddin Ghafarullahu-Lahu Shah. Pada 11 Jun 1984, sekolah ini pernah menyediakan kelas matrikulasi untuk Universiti Sains Malaysia dengan jumlah pelajar seramai 144 orang.
Pada masa ini, sekolah ini hanya menyediakan tempat untuk tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kelas-kelas dinamakan sempena nama planet - Kejora, Suria, Utarid, dan Zuhrah.
Ayuh alumni SERATAS Alumni ...kongsikan pengalaman indah dan memori berharga anda bersama rakan-rakan seperjuangan serta para guru dalam ruangan komen.
Adakah SERATAS pilihan anda? Jom mohon melalui pautan berikut:
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
25/06/2026
SALAM TAKZIAH
Pengarah dan seluruh warga Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), Kementerian Pendidikan merakamkan ucapan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Azli bin Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SM Sains Raja Tun Azlan Shah, yang telah kembali ke rahmatullah pada 24 Jun 2026.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
Taiping
34000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |