FB Rasmi Hospital Taiping Perak
08/07/2026
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐈𝐏𝐈𝐍𝐆
Saya bersama seluruh warga Hospital Taiping merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Profesor Dr. Cheah Wee Kooi, Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal (Clinical Research Centre, CRC) Hospital Taiping, atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Executive Committee, ExCo) College of Physicians Malaysia bagi penggal 2026–2028.
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan terhadap kepimpinan, kecemerlangan profesional serta komitmen berterusan beliau dalam memperkukuh bidang perubatan dalaman, penyelidikan klinikal dan pembangunan perkhidmatan kesihatan negara.
Semoga YBrs. Profesor Dr. Cheah Wee Kooi terus dikurniakan kejayaan, kecemerlangan dan kekuatan untuk menggalas amanah ini dengan penuh dedikasi, sekali gus mengharumkan nama Hospital Taiping, Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA di peringkat yang lebih tinggi.
Sekalung tahniah dan selamat maju jaya! 🎉👏
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Telephone
Address
Jalan Taming Sari
Taiping
34000