EMAS oh EMAS

EMAS oh EMAS

Share

03/01/2023

Nasihat Pakar Kewangan

KEMANA SIMPANAN KITA?

1. Kita banyak habiskan simpanan untuk kahwin, sekali majlis RM20k-RM30k itu biasa.

2.Tak cukup itu, kita buat pinjaman lagi baru majlis kahwin berseri seri.

3. Kita s**a bergaya dengan kereta, beli kereta diluar kemampuan kita. Kita malu bawa kereta local yang harga RM30k sahaja.

4. Bila naik pangkat sikit keutamaan kita tukar kereta bukan beli harta. Kita s**a bau plastik kereta baru rupanya.

5. Kita juga s**a habiskan duit dengan jalan jalan, pantang ada cuti semua jalan sesak memanjang. Paling kurang RM1000 akan habis atas jalan.

6. Kita juga s**akan perayaan, kita akan sambut dengan sakan.
Setiap keluarga habiskan RM2000-RM5000 sepanjang perayaan itu biasa.

"Setahun sekali, apa salahnya" itu alasan kita.

Kawan saya cerita, paling sebuk bila nak raya ramai yang buat pinjaman di Bank tempatnya kerja.

7. Kita banyak habiskan duit diatas talian dan semua jualan. Dari AEON sale, Air Asia, SOGO, IKEA, Lazada dan banyak sale sepanjang zaman.

Pantang murah kita beli walaupun tak pernah guna.

Kita kurang kisah tentang SIMPANAN, apatah lagi PELABURAN.

8. Ada hartanah saya yang beri p**angan antara 16.5% hingga 32% setahun lebih baik dari ASB.

9. Biarkan duit dalam ASB itu jika itu yang kita mampu, jangan gelabah dan keluarkan nak simpan dimana?

10. Jangan semua benda kita nak panik, lepas isu Tabung Haji, duit hilang CIMB, sekarang nak keluar dari ASB.

Jangan kita mudah bermimpi duit boleh dicipta dalam sehari, kerana skim cepat kaya sedang menanti dengan janji bawa kesyurga hari ini.

Kredit : Azizul Azli Ahmad

01/01/2023

KESILAPAN PELABURAN EMAS

Antara kesilapan terbesar pelabur emas yang pernah saya jumpa adalah:

Melabur macam berjudi.

Apa tu?

Maksudnya orang tu beli emas sekali, lepas tu dia berdoa agar harga emas terus naik dan naik dan naik..

Jika harga emas naik tinggi... maka dia sangat gembira.

Kemudian dia akan jual semua emas tersebut dan dapat banyak untung.

Malangnya lepas tu dia dah tak berani beli emas semula, sebab dia terbayangkan harga yang rendah masa dia mula-mula beli dahulu. Dia rasakan harga emas dah mahal.

Jadi akhirnya dia cuma beli sekali, lepas tu jual. Untung besar. Lepas tu takut nak beli balik.

Satu round ajer dia beli.

Namun kalau harga emas menurun.. maka dia akan mencarut.

Dia langsung tak buat belian tambahan bagi mengurangkan kos per gram.

Kalau dia terpaksa jual pada harga rendah... maka dia rasa emas nie pelaburan merugikan.

Gais, ini adalah strategi melabur macam berjudi.

Ia sangat tak bagus sebab:

Kalau harga emas naik, dia jual dan dapat untung. Tapi dia takut nak beli balik sebab teringat-ingat harga emas murah dulu. Jadi dia beli sekali jual sekali. lepas tu sekian terima kasih.

Kalau harga emas turun, dia tengok ajer.. tak buat apa-apa. Kalau dia terpaksa jual maka dia akan rasa rugi dan menyalahkan emas. Beli sekali dan jual sekali ajer.

Jadi bagaimana menyelesaikan masalah ini?

1. Kalau harga emas naik. Jual nilai untung ajer.
Tak perlu jual semua. Contoh, kalau beli emas RM20,000 dan dah untung RM4000, maka cari jalan untuk jual emas RM4,000 ajer.

Tak perlu jual RM24,000 (semua sekali).

Sebab tu kena pandai pilih produk juga contohnya beli dinar atau gold bar kecil seperti 10g ke, 20g ke..

2. Kalau harga emas jatuh, anda beli secara berkala untuk dapat kos pemurataan yang lebih rendah. (strategi pemurataan harga)

Kedua-dua strategi ini akan membolehkan anda 'stay in the game of gold investment'

Elakkan strategi melabur macam berjudi.

p/s: Ini adalah kisah benar ye. Saya dah jumpa ramai orang invest emas seperti ini.

A big NO for me.

23/08/2022

Emas Sebagai Dana Kecemasan

Dana kecemasan adalah wang simpanan yang akan hanya digunakan bila dalam keadaan darurat. Nama pun darurat, pasti ianya situasi yang mendesak.

,
1. Hilang perkerjaan.
2. Bayaran bil hospital akibat kemalangan atau kecemasan tidak dijangka.
3. Penyelenggaraan kereta diluar jangkaan
4. Pembaikan rumah
5. Dan sebagainya.

Kajian di Malaysia menunjukkan bahawa,
52% rakyat Malaysia s**ar sediakan jumlah wang RM1000 untuk kecemasan.

Untuk sediakan dana kecemasan, ianya bukan perkara mudah.

Hari ini simpan RM100, esok ambil semula RM100.
Esok simpan RM200, lusa ambil semula RM200.
Akhirnya dalam bank Zero. Tiada simpanan.

Bukan tak cuba, tapi gagal.
Bukan tak cuba, tapi kecundang.
Bukan tak cuba, tapi banyak halangan.

Kenapa?
Bocor!

Bocor di awal niat.
Bocor di tengah jalan.
Bocor di akhir simpanan.

Jadi cara terbaik ialah tukar kaedah simpanan.

Jika dulu simpan di Tabung Haji, kini tukar kepada emas.
Jika dulu simpan di ASB, kini tukar kepada emas.
Jika dulu simpan di bank, kini tukar kepada emas.

Bukan tak boleh menyimpan di sana, tapi kita nak selesaikan masalah utama iaitu ‘Bocor’.

Saya juga ada masalah begitu. Tapi itu dulu. Sekarang saya menyimpan emas.

Bila simpan emas, duit beku.
Bila simpan emas, duit kekal.
Bila simpan emas, duit bertahan.

Hati rasa lebih tenang.
Hati rasa lebih gembira.
Hati rasa lebih semangat.

Di Public Gold sangat mudah untuk menyimpan. Boleh cuba simpan dalam akaun simpanan emas gold accumulation program (GAP) yang patuh syariah,minimum RM100 sahaja.

Tetapi bila mula simpan emas, bukan RM100 kita alihkan tapi beratus-ratus. Simpan emas Ketagih!

Moga perkongsian ini memberi manfaat.

Dapat sesuatu?

04/08/2022

Terlalu banyak kelebihan menyimpan emas. Jika disenaraikan satu persatu pasti ianya panjang. Saya ringkaskan,

✅Simpanan emas kalis inflasi
✅Simpanan emas boleh kekalkan kekayaan
✅Simpanan emas boleh menggandakan simpanan
✅Simpanan emas boleh mengelakkan kebocoran Wang

Apabila kita menyimpan emas sebenarnya ia adalah salah satu usaha kita untuk ke arah kekayaan kerana emas bersifat magnet yang menarik segala aura kekayaan.

Simpanan emas ini juga dikatakan sebagai ‘forgotten saving’ yang mana simpanan yang dilupakan dan secara tidak langsung akan menggandakan simpanan kita untuk masa depan. Aura emas, lagi disimpan lagi terasa nak kumpul.

Selain dari itu simpanan emas ini juga dapat mengelakkan kebocoran wang kerana kebiasannya penyimpan emas hanya akan menjual emas atau memajak emas apabila dalam keadaan yang sangat diperlukan sahaja. Jadi apabila berlakunya kecemasan sebegini, penyimpan emas dapat mengelakkan daripada situasi meminta-minta.

Jadi, jom mulakan simpanan emas.
Elakkan bertangguh!
Elakkan menunggu!

Pastikan emas dijadikan sebagai simpanan kerana emas akan meningkatkan kekayaan anda.

Want your establishment to be the top-listed Bar/pub in Taiping?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Taiping