Muzium Perak Taiping Rasmi Page

Muzium Perak Taiping Rasmi Page

Share

29/05/2026

πŸ“ŒKOLEKSI PILIHAN MINGGUAN

Set Hidangan Kulinari | Culinary Meal Set

Pada era 1960-an, pegawai PCCL terutama pegawai British dan pengurusan kanan menikmati kemudahan yang lebih eksklusif berbanding pekerja biasa. Mereka tinggal di banglo kolonial, mempunyai kelab sosial, ruang makan khas dan menggunakan set hidangan berkualiti tinggi ketika majlis rasmi atau jamuan

Set Hidangan Kulinari yang digunakan oleh pegawai Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) sekitar tahun 1960-an mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi kerana ia menggambarkan gaya hidup pegawai British dan golongan atasan lombong bijih timah di Sungai Lembing ketika era kegemilangan perlombongan.

29/05/2026

🍬 Kurangkan gula, tingkatkan gaya hidup sihat.

Mulakan dengan langkah mudah seperti memilih minuman kurang manis, membaca label makanan dan mengawal pengambilan snek tinggi gula. πŸ’§πŸŽ

Amalan kecil setiap hari mampu membantu mengawal pengambilan gula dengan lebih bijak. πŸ’™

27/05/2026

π—§π—¨π— π—£π—”π—‘π—š π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨: π—˜π—₯π—§π—œ π—£π—˜π—‘π—šπ—’π—₯𝗕𝗔𝗑𝗔𝗑

Menjelang perayaan Aidiladha, kita ambil semangat lihat sejenak pengorbanan hidup dalam masyarakat berbilang bangsa. Pengorbanan ialah satu nilai yang halus tetapi besar maknanya dalam kehidupan bermasyarakat. Ia bukan sekadar melepaskan kepentingan diri, malah kesanggupan untuk bertolak ansur demi kebaikan bersama. Pengorbanan sebenarnya bukan benda perlu masuk Hari Ini Dalam Sejarah pun. Cukup bermula dengan menahan mulut daripada komen pedas, jadi keyboard warrior tanpa identity, tidak demand perihal yang hanya memenuhi isi ruang kecil dan kehendak hati, bersabar dalam barisan panjang, atau terima cara orang lain walaupun dalam hati terdetik, β€œeh, lain macam ya?”. Dalam konteks negara kita yang berbilang kaum, pengorbanan sering hadir dalam bentuk saling memahami budaya, menghormati kepercayaan, serta menerima dan meraikan perbezaan dengan hati yang terbuka. Inilah yang menjadi asas kepada keharmonian hidup bersama.

Bila setiap kaum sanggup berkorban dan bertoleransi, barulah pembinaan negara bangsa berjalan dengan lancar, bukan sekadar slogan dilaung penuh semangat untuk membeli jiwa. Pengorbanan perlulah ada sifat mutual. Tak bolehlah satu pihak demand diminta sebagai pengorbanan yang perlu dikorbankan semua yang lainnya dan bila satu pihak lagi bertanya dah jadi satu yang bersifat racist dan tidak memahami erti pengorbanan hidup bersama. Setiap orang memainkan peranan tersendiri, sama ada melalui tenaga kerja, idea mahupun sokongan moral demi memastikan kestabilan dan kemajuan negara. Tahu bila masa sesuai untuk bergurau, bila masa perlu jaga sensitivity, tahu apa yang boleh demand, apa yang sepatutnya kekal seperti seadanya. Kalau semua orang asyik nak menang sendiri, memang susah nak bergerak ke depan. Jadi bila semua sanggup turunkan ego sikit, faham hakikat bernegara dan menghayati sejarah serta tradisi, kerjasama jadi lebih mudah dan suasana pun lebih mesra.

Sahabat, bila nilai pengorbanan dan toleransi ini tidak dipatuhi, tidak difahami, muncullah isu yang sebelum ini tak pernah timbul, terbelek-beleklah semula semua undang-undang dan peraturan mencari makna, pelbagai akibat secara perlahan datang menyapa. Salah faham bertukar menjadi pertelingkahan, dan rasa curiga menjadi pemisah antara kita. Kesannya bukan sahaja menjejaskan hubungan antara kaum, malah boleh melemahkan semangat perpaduan negara. Oleh itu, belajarlah apa erti kita bernegara, bersumpah taat setia di bumi bertuah tercinta agar keharmonian dapat dipelihara dan negara bangsa dapat terus dibina dengan aman dan sejahtera.

Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.

Kementerian Perpaduan Negara

27/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H

Ikhlas Daripada:
Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Jabatan Muzium Malaysia

Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.

Kementerian Perpaduan Negara

Photos from Jabatan Muzium Malaysia's post 25/05/2026
Want your museum to be the top-listed Museum in Taiping?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Jalan Taming Sari
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00