Ekonomi Rakyat MY
26/05/2026
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata uranium diperkaya Iran akan dihantar ke Amerika Syarikat untuk dimusnahkan atau dimusnahkan di lokasi lain sebagai sebahagian rundingan menamatkan konflik dengan Iran.
Trump berkata proses itu perlu dipantau badan tenaga atom ketika isu simpanan 400kg uranium Iran kekal menjadi pertikaian utama dalam rundingan semasa.
26/05/2026
Menteri Wilayah, Hannah Yeoh berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mempercepat proses kelulusan acara antarabangsa bagi menjadikan Kuala Lumpur hab hiburan serantau.
Beliau berkata kerajaan mahu kurangkan kerenah birokrasi selepas Festival Air baru-baru ini menjana RM320 juta kepada ekonomi negara.
26/05/2026
Pengguna Jalan Genting Highlands akan dikenakan caj jalan persendirian bermula 28 Mei ini susulan pelaksanaan kutipan caj oleh syarikat pengendali jalan, Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB).
Menurut LCSB, pelaksanaan caj itu akan dibuat secara berfasa membabitkan semua pengguna jalan yang dibenarkan, kecuali kategori tertentu yang diberikan pengecualian.
26/05/2026
PETRONAS mengumumkan anak syarikatnya akan mengambil alih pegangan Saudi Arabian Oil Company dalam PRefChem di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor.
Pengambilalihan penuh itu dijangka mengukuhkan keselamatan tenaga negara serta daya tahan industri minyak dan gas Malaysia untuk jangka panjang.
26/05/2026
Keuntungan bersih Bank Islam Malaysia Bhd susut 8.9% kepada RM115 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2026 berbanding tempoh sama tahun lalu.
Penurunan itu disebabkan peningkatan kos operasi, kenaikan kos pembiayaan serta pendapatan bersih yang lebih rendah.
25/05/2026
PERSPEKTIF bersama Azri Abdullah, Pengasas The A-List.
Tonton rakaman penuh di saluran YouTube Ekonomi Rakyat: https://youtu.be/8K89G8E-Fx0?si=8TgrMd9ajU8NtLX-
25/05/2026
Kekayaan 50 Individu Terkaya Malaysia Cecah RM465 Bilion Pada 2026
Kekayaan 50 orang terkaya di Malaysia adalah bersamaan dengan 26% daripada keseluruhan saiz ekonomi Malaysia.
https://ekonomirakyat.com.my/kekayaan-50-orang-terkaya-malaysia-cecah-rm465-bilion/
25/05/2026
Adakah Hantavirus Bakal Mengakibatkan Pandemik 2.0?
Wabak Hantavirus di atas kapal MV Hondius telah mencetuskan kebimbangan kemungkinan berlaku 'Pandemik 2.0'. Virus yang berpunca daripada tikus liar ini boleh merebak melalui pendedahan kepada kotoran, air kencing atau habuk tercemar, dengan simptom seperti demam, sakit badan dan sesak nafas.
Sebagai langkah pencegahan, World Health Organization (WHO) menekankan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran, mengawal populasi tikus serta memakai pelitup muka ketika mengendalikan kawasan berisiko.
Namun, adakah Hantavirus berisiko untuk mencetuskan pandemik global?
Bagaimana Bandar Sri Sendayan Menjadi Tumpuan?
Daripada tanah yang kosong, Bandar Sri Sendayan berkembang menjadi bandar moden di Negeri Sembilan.
Apakah faktor di sebalik transformasi ini?
25/05/2026
Bekas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Dr Mohd Yadzil Yaakub menyindir biro politik parti itu yang menuntut musyawarah sedangkan Muhyiddin Yassin didakwa mempunyai rekod membuat keputusan secara bersendirian.
Beliau turut membangkitkan isu pelantikan MB Perlis dan calon poster boy PN bagi PRU16 yang didakwa dibuat tanpa rundingan menyeluruh.
25/05/2026
Nik Nazmi mempersoalkan tindakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang didakwa menyiarkan semula video TikTok mendakwa Rafizi Ramli membeli Parti Bersama Malaysia dengan harga RM8.6 juta.
Beliau berkata tindakan itu bercanggah dengan slogan Tidak Pasti Jangan Kongsi selain mempersoalkan sama ada MCMC akan menyiasat kandungan tersebut jika ia tidak benar.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Website
Address
USJ25
Subang Jaya
47650