RPC Infinites
BERKOMUNIKASI DENGAN PELANGGAN
Cara kita berkomunikasi dengan pelanggan dari segi nada, bahasa dan gerak badan akan mempengaruhi respon mereka kepada kita.
Adalah penting untuk kita kawal emosi walau dalam keadaan kita marah, penat, sakit, sedih dan lain-lain agar ianya tidak memberi kesan kepada percakapan dan perbuatan kita.
Perkara paling mudah, tidak memerlukan tenaga & kos adalah senyum. Malah, dapat pahala lagi. Tanpa ucapan salam pun sudah cukup memberi sentuhan emosi yang positif pada penerimanya.
Hebatnya kuasa senyuman.
Kalau tidak, masakan ada yang jatuh cinta hanya kerana satu senyuman.
TEKNIK BERHADAPAN DENGAN PELANGGAN
Mengikut kajian psikologi, tubuh bergerak seiring dengan fikiran dan emosi.
Jadi, apa kaitannya dengan pelanggan?
Teknik ini penting untuk memahami pelanggan. Dengan mengikut gaya perbuatan dan percakapan, In Shaa Allah serba sedikit kita akan dapat rasa seperti berada dalam situasi mereka.
Pelanggan juga akan lebih selesa bila kita seolah-olah 'cermin' mereka.
Tapi bukan tiru bulat-bulat, ia perlu dilakukan tanpa pelanggan sedar kita sedang meniru mereka.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Subang Jaya
47600
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |