UTM FLEET
10/06/2026
MAJLIS PENYERAHAN KENDERAAN UNIVERSITI
Tarikh : 10/6/2026 (Rabu)
Tempat : UTMFleet
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Kenderaan Universiti yang telah disempurnakan oleh Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Binti Mat Darus, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) (TNCA).
Majlis ini melibatkan penyerahan sebanyak 8 buah kenderaan, iaitu 4 buah Van Toyota Hiace yang terdiri daripada 3 buah untuk kegunaan UTMJB dan 1 buah untuk kegunaan UTMKL. Manakala 4 buah Van Daihatsu terdiri daripada 3 buah untuk kegunaan UTMJB dan 1 buah bagi kerja-kerja penyelenggaraan di dalam kampus.Tersedia jgk 1 buah Van Toyota Hiace yang diperuntukkan sebagai kenderaan 'Pool' Universiti .Penyerahan kenderaan ini merupakan komitmen universiti dalam memperkukuh kemudahan logistik dan pengangkutan bagi menyokong kelancaran operasi , meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memenuhi keperluan warga universiti dengan lebih efektif.
15/05/2026
MAJLIS UKUWAH BERSAMA MANTAN PEMANDU SERTA MAJLIS PERSARAAN & PERLANTIKAN KPD PENYELIA PEMANDU UTM DAN PEMANDU KANAN UTM
Tarikh : 11 Mei 2026 (Isnin)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Sri Merbau ,KTHO UTM
Telah berlangsung Majlis Penghargaan serta Majlis Persaraan untuk Encik Abdul Rahman Bin Abd Kadir.
💐💐Tahniah juga diucapkan kepada pemandu yang dilantik sebagai Penyelia Pemandu & Pemandu Kanan UTM. Semoga amanah yang diberikan menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dalam perkhidmatan. 🚐🌟
Tidak dilupakan, buat insan yang diraikan dalam majlis persaraan, terima kasih atas segala pengorbanan, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan selama ini.
🖋️🖋️Walau berakhir sebuah tugas, jasa dan kenangan akan terus terpahat di hati seluruh warga kerja.
❤️❤️Semoga ikatan ukhwah ini terus mekar, walau masa dan perjalanan membawa haluan yang berbeza. 🤍
27/03/2026
16&17 MAC 2026 (ISNIN&SELASA)
💐ZIARAH KASIH RAMADAN💐
*Program Ziarah Ramadan Pesara Pemandu UTM Fleet merupakan satu inisiatif murni yang dilaksanakan bagi menyantuni serta menghargai jasa para pesara yang telah banyak menyumbang bakti sepanjang perkhidmatan mereka. Program ini diadakan bersempena bulan Ramadan yang lalu, sebagai tanda ingatan dan kasih terhadap mereka yang pernah menjadi tulang belakang operasi UTM Fleet. Melalui kunjungan ini, bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim, malah turut membawa kegembiraan dan rasa dihargai kepada para pesara. Kehadiran ini menjadi simbol bahawa jasa mereka sentiasa dikenang dan tidak dilupakan.🥰🥰
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Skudai
81310
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |