Akademi SAF

Akademi SAF

Share

19/03/2021

Housekeeping diperlukan segera di hotel kat Desaru, yg berminat blh pm. Tq

Photos from Akademi SAF's post 13/11/2020

KERJA KOSONG KEDI GOLF PENDAPATAN LUMAYAN

Pengambilan bulan Januari tahun 2021 dibuka sekarang!
Terhad kepada 30 orang sahaja.

- Jawatan tetap dengan gaji asas RM1,200.00 sebulan + tips (anggaran RM2,500 ++ hingga RM3,500 ++. Ada kedi yang memperolehi lebih RM4,000.00 ++ sebulan).

- Ada elaun kedatangan & lain2 kebajikan.

- Tempat pekerjaan di Johor Bahru.

- Perlu menjalani latihan kemahiran persediaan pekerjaan.

==================================

Syarat kemasukan :

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia lelaki dan wanita berusia di antara 20 hingga 25 tahun.
2. Sihat tubuh badan, tidak overweight, tidak rabun (boleh pakai cermin mata).
3. Perwatakan menarik & ceria.
4. SPM sudah memadai.
5. Bebas daripada pengaruh dadah & alkohol.
6. Berdisiplin & tahan bekerja di bawah panas matahari (di atas padang).

============================

Skop Pekerjaan :

Membantu pemain golf antaranya membawa beg golf (sekarang beg golf diletak di atas buggy), mengesan dan mengenalpasti kedudukan bola golf, menjaga beg dan membersih bola golf, menampal divot serta membantu merancang stratergi permainan (bagi kedi berpengalaman).

++++++++++++++++++++++++++++

Waktu kerja :

- Bermula jam 7 pagi (4 jam sesi pagi & 4 jam sesi petang).
- Mesti bekerja pada hujung minggu & cuti umum.
- Hari cuti adalah pada hari biasa (weekdays).

Adakah anda layak & berminat? Sila pm nama, no telefon, alamat & gambar atau wasap ke www.wasap.my/60137122468/kedi

Terima kasih.

Photos from Akademi SAF's post 31/07/2018

ROADSHOW PLKK JAKOA 2018.

Peluang kpd belia Orang Asli menyertai bidang kemahiran & .

Kuota sgt terhad...hanya 7 peserta utk setiap negeri . Siapa cepat dia dapat!

Kursus akan bermula pd 15/8/2018 selama 3 bln. Kemudahan tempat tinggal, makan minum dan elaun disediakan.

Anda yang berminat sila hubungi 018-941 3482.

30/07/2018

Pengambilan pelatih Kedi Golf PLKK JAKOA 2018 kini dibuka.

Belia Orang Asli yg berusia 18 tahun ke atas dijemput menyertainya.

Makan minum, asrama dan elaun disediakan sepanjang latihan selama 3 bulan.

Tempat sgt terhad. Anda yang bercita-cita menjadi Pengurus Golf atau pemain golf profesional sila hubungi 018-941 3482.

Photos from Akademi SAF's post 15/04/2018

PELUANG PEKERJAAN, LATIHAN DAN BIMBINGAN MENDAPAT SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) TAHAP 3 BIDANG OPERASI PERUNCITAN
********************************************************************
Berita baik untuk rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan pembangunan wilayah Iskandar Malaysia, Johor. Di bawah inisiatif IM Makmur 2018, peluang anda untuk mendapat *pekerjaan dan latihan secara percuma* kini terbuka lebih luas.

Lebih menarik lagi, anda juga akan dibimbing untuk mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 melalui kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT). Malah boleh disambung ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) di masa hadapan.

Peluang ini dibuka kepada golongan sasar berikut:

1. Belia berusia di antara 18 – 35 tahun.
2. Daripada keluarga B40/ anak yatim/ ibu tunggal/ keluarga
nelayan/ Orang Asli dan masyarakat India.
3. Mempunyai SPM atau diploma (untuk jawatan pengurusan).

Tempoh latihan hanya sebulan dengan pembiayaan sepenuhnya serta disediakan kemudahan asrama dan makan minum. Selepas tamat latihan, anda akan terus diserap bekerja di retail outlet.

Tempat sangat terhad! Anda yang berminat untuk mendapat pekerjaan, latihan dan pengiktirafan persijilan dalam bidang Operasi Peruncitan, sila pm atau wasap nombor di bawah untuk pendaftaran segera:

018-941 3482 (Fazli)
019-751 0169 (Azmi
017-731 5876 (Zaki)
011-35738870 (Ariff)

Kelebihan Bekerja Di Sektor Peruncitan:

1. Peluang pekerjaan yang terbuka luas.
2. Peluang peningkatan kerjaya yang tidak rumit.
3. Memupuk kemahiran untuk menjadi usahawan.

Want your business to be the top-listed Bakery in Skudai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


109 Jalan Pendidikan 6
Skudai
81300