CREaTE

CREaTE

Share

Photos from CREaTE's post 14/07/2026

Kursus Road Safety Inspection (RSI) yang disampaikan oleh Ir. Asward Indra Firhad bin Abdul Aziz, En. Ramlan bin Abdul Razak dan Tc. Danial Adib bin Kamaruddin telah dihadiri seramai 17 orang peserta pada 06 - 07 Julai 2026 di Bilik Kuliah Al-Battani, Aras 1, Blok A, CREaTE.

Kursus ini bertujuan untuk menyemak dan mengenalpasti elemen-elemen jalan raya dari segi keselamatan jalan dan juga menerapkan langkah-langkah penambahbaikan bagi kawasan yang berisiko kemalangan

Terima kasih diucapkan kepada pasukan penceramah dari Bahagian Kejuruteraan Forensik, Cawangan Jalan yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman berharga. Tahniah juga kepada semua peserta atas penyertaan aktif dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kursus ini.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Photos from CREaTE's post 05/07/2026

Kursus ADR Talk : Key Concepts and AI Integration in Dispute Resolution yang disampaikan oleh penceramah hebat daripada Universiti Sains Malaysia iaitu Dr. Zul Zakiyuddin bin Ahmad Rashid telah dihadiri oleh seramai 19 orang peserta pada 1 - 2 Julai 2026 bertempat di Bilik Kuliah Al - Jazzar, CREaTE.

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta pemahaman yang lebih mendalam kepada para peserta mengenai konsep-konsep utama Alternative Dispute Resolution (ADR), termasuk kaedah penyelesaian pertikaian seperti mediasi, arbitrasi dan rundingan sebagai alternatif kepada proses litigasi konvensional.

Seiring dengan perkembangan teknologi digital yang pesat, bidang penyelesaian pertikaian turut mengalami transformasi melalui integrasi teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence atau AI). Dalam landskap perundangan masa kini, AI semakin memainkan peranan penting dalam mempercepatkan analisis kes, membantu pengurusan dokumen, meningkatkan ketepatan penyelidikan, serta menyokong proses membuat keputusan secara lebih cekap dan berstruktur.

Sepanjang kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan prinsip asas ADR, kelebihan penggunaannya dalam penyelesaian pertikaian secara lebih fleksibel dan kos efektif, serta potensi AI dalam memperkukuh keberkesanan proses penyelesaian pertikaian. Perkongsian ini turut menekankan cabaran semasa termasuk isu etika, kerahsiaan data, ketelusan algoritma, dan keperluan keseimbangan antara teknologi dan pertimbangan manusia dalam membuat keputusan.

Semoga segala ilmu, pandangan dan input yang diperoleh melalui kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkukuh kompetensi peserta, meningkatkan kecekapan pengurusan pertikaian, serta mendorong adaptasi terhadap transformasi digital dalam bidang perundangan dan penyelesaian pertikaian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah pakar atas perkongsian ilmu, pengalaman serta pandangan yang amat bernilai sepanjang kursus ini berlangsung. Tahniah dan syabas juga kepada semua peserta atas komitmen, penglibatan aktif serta kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Simpang Ampat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE) Jabatan Kerja Raya Malaysia, Jalan Kemus, Alor Gajah, Melaka
Simpang Ampat
78000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00