UBK SMK Methodist

UBK SMK Methodist

Share

22/04/2026

JOM MASUK U 2026: ZON SARAWAK II BERMULA SEKARANG!

Pintu gerbang ke menara gading kini dibuka! Buat adik-adik lepasan SPM/STPM/Setaraf di sekitar Sibu dan zon tengah Sarawak, inilah masanya untuk anda dapatkan maklumat tepat mengenai:

✅ Syarat kemasukan program akademik
✅ Bantuan kewangan & biasiswa
✅ Panduan pengisian UPUOnline

Jumpa kami di:
🏢 Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, UTS, Sibu.
📅 25 & 26 April 2026 (Sabtu & Ahad)
🕗 8.30 pagi - 5.00 petang

“DreamX: Inspiring Your Next Step”

07/04/2026

🌸Time To Talk Minda Sihat
Rasa Jantung Laju, Dada Sempit & Fikiran Serabut?

Anda Mungkin Sedang "Lupa Bernafas" Dengan Betul! Ini Cara 'Reset' Segera.

Pernah tak tengah stres buat kerja atau risaukan sesuatu, tiba-tiba rasa nafas jadi pendek-pendek, jantung berdegup laju, dan rasa macam tak cukup oksigen?

Itu bukan sebab anda ada masalah paru-paru, tapi sebab tubuh anda sedang masuk ke "Mod Lawan atau Lari" (Fight or Flight) akibat stres.

Bila kita stres, secara tak sedar kita ubah cara bernafas.

Kita guna Pernafasan Dada.

Kita bernafas laju tapi cetek, cuma guna bahagian atas paru-paru. Ini menghantar signal "BAHAYA!" ke otak, membuatkan kita makin panik dan resah.

Kitaran stres ni takkan berhenti!
Jadi, macam mana nak hentikan kitaran ni?
Kita kena "tipu" balik otak kita.

Caranya ialah dengan Pernafasan Perut atau Diaphragmatic Breathing.

Ini adalah cara bayi bernafas—tenang dan dalam.
Bila kita paksa perut mengembang semasa tarik nafas, kita mengaktifkan diafragma.

Ini akan menekan satu "suis rahsia" (saraf vagus) yang memberitahu otak: "Keadaan selamat, jom bertenang."

Ia adalah ubat penenang semula jadi yang paling pantas!

CARA BUAT (TEKNIK 1 MINIT):

1. Posisi: Duduk atau baring dengan selesa. Rilekskan bahu (jatuhkan bahu dari telinga).

2. Letak Tangan: Letak satu tangan di dada, satu lagi di atas perut.

3. Tarik Nafas (Hidung): Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dalam kiraan 4 saat. Fokus: Pastikan tangan di PERUT yang naik tinggi, tangan di dada jangan bergerak banyak. Rasa perut anda mengembung macam belon.

4. Tahan: Tahan nafas sekejap (2 saat).

5. Hembus (Mulut): Hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut (macam tiup lilin) dalam kiraan 6 saat. Rasa perut anda kempis semula.

6. Ulang: Buat 5-10 kali pusingan sampai rasa degupan jantung kembali normal.

Benda ni nampak simple, tapi inilah teknik yang diajar kepada atlet, askar, dan pakar psikologi untuk kawal situasi cemas.

Bila-bila rasa nak "meletop" tu, berhenti sekejap. Tarik nafas perut dalam-dalam. Insya-Allah tenang kembali.

Cuba buat sekarang sambil baca post ni.
Jadi tak?

Tolong SHARE teknik ni pada kawan-kawan yang selalu nampak gelabah dan stres tu.
Kita bantu mereka bertenang.

🌸sumber DTA

Want your business to be the top-listed Business in Sibu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Lorong Hose
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00