APM SIBU

APM SIBU

Share

Photos from APM SIBU's post 09/07/2026

KUNJUNGAN HORMAT APM SIBU KE ATAS PANGLIMA BRIGED KESEMBILAN INFANTRI MALAYSIA

​SIBU, 08 Jun 2026 – Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA) Sibu telah mengadakan satu Kunjungan Hormat ke atas Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia bertempat di Jalan Fong Ming, Sibu.

​Delegasi APM Sibu telah diketuai oleh Mej. (PA) Mohd. Reduan bin Aini, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sibu, bersama beberapa pegawai kanan PDPA Sibu. Kunjungan hormat ini telah disambut mesra oleh Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato Jafri bin Sulaiman, Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia.

​Tujuan utama kunjungan ini diadakan adalah untuk:

​🤝 Memperkukuh Hubungan Dua Hala: Mengeratkan lagi jalinan kerjasama dan semangat setiakawan antara APM Sibu dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya Briged Ke-9.

​📋 Penyelarasan Pengurusan Bencana: Membincangkan kesiapsiagaan, pelan tindakan, dan strategi kolaborasi dalam menghadapi sebarang situasi bencana di sekitar daerah Sibu.

​💡 Perkongsian Strategik: Bertukar-tukar pandangan dan input demi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan keselamatan dan pertahanan awam kepada komuniti setempat.

​Seluruh warga APM Sibu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Panglima Briged Ke-9 atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga sinergi utuh yang terjalin ini akan terus memantapkan lagi aspek pengurusan keselamatan negara di peringkat daerah.

​"Sedia, Pantas, Berintegriti"

Photos from APM SIBU's post 07/07/2026

BENGKEL SEKRETARIAT APM BAHAGIAN SIBU: PEMANTAPAN DIGITAL & AUTOMASI DATA

​SIBU, 7 Julai 2026 – Unit Sekretariat PDPA Sibu telah berjaya menganjurkan Bengkel Sekretariat APM Bahagian Sibu yang berlangsung selama dua hari bermula 6 hingga 7 Julai 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat PDPA Sibu.

​Bengkel intensif ini dikendalikan sepenuhnya oleh Mej (PA) Mohd. Reduan bin Aini, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sibu selaku tenaga pengajar utama.

​Seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang Pegawai KP1 COS dan 9 orang anggota MyASPA P dari daerah Sibu, Selangau, dan Kanowit telah menyertai bengkel ini bagi mempertingkatkan kompetensi serta kemahiran digital masing-masing.

​Apa Yang Menarik Sepanjang Bengkel?

​Bagi menyokong usaha pendigitalan pengurusan data APM, para peserta telah didedahkan dengan beberapa pengisian penting:

*​Automasi Data (VBA): Latihan praktikal penggunaan Visual Basic Advance (VBA) untuk membangunkan sistem pengumpulan data secara luar talian (offline), termasuk membina borang kemasukan data, sistem log masuk, dan pengurusan pangkalan data yang lebih sistematik.
*​Dashboard Bencana: Pengenalan kepada konsep pembangunan dashboard interaktif, kaedah kemas kini data, serta analisis statistik bagi memudahkan pemantauan dan penyediaan laporan impak bencana secara real-time.
*​Penghasilan Infografik: Teknik penyampaian maklumat dan data statistik secara visual supaya lebih jelas, menarik, dan mudah difahami oleh masyarakat sekeliling.

​Secara keseluruhannya, bengkel ini telah mencapai objektifnya dalam melahirkan warga APM Sibu yang lebih mahir teknologi, cekap mengurus data, dan siap siaga mendepani cabaran pengurusan maklumat masa kini.

​Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta! Sedia, Pantas, Berintegriti.

Photos from APM SIBU's post 20/06/2026

LAWATAN TAPAK KEBAKARAN BERSAMA PENGARAH UNIT KESELAMATAN DAN PENGUATKUASAAN SARAWAK (UKPS) DI DAERAH SIBU

Sibu, 20 Jun 2026 – Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), YBrs. Tuan Haji Abdul Wahab Bin Haji Rahim telah mengadakan lawatan ke beberapa lokasi kejadian kebakaran di Daerah Sibu bagi meninjau keadaan mangsa serta menilai keperluan bantuan susulan.

Lawatan tersebut melibatkan kerjasama pelbagai agensi iaitu UKPS, Pejabat Residen Sibu, Pejabat Daerah Sibu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sibu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sibu.

Sepanjang lawatan, YBrs. Tuan Haji Abdul Wahab turut menyampaikan sumbangan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat kebakaran sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap kebajikan mangsa.

Sesi lawatan turut diisi dengan perbincangan dan penilaian di lokasi kejadian bagi mengenal pasti tindakan susulan yang bersesuaian demi memastikan kebajikan serta keselamatan mangsa terus terpelihara.

Lawatan yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama erat semua agensi yang terlibat.

17/06/2026

Kami dari APM Sibu ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah (1 Muharram 1448H).

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam kehidupan kita. Marilah kita bersama-sama memperbaharui azam dan terus berhijrah ke arah yang lebih baik. 🌙✨

SEDIA PANTAS BERINTEGRITI

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI SARAWAK

17/06/2026

🌙 SALAM AWAL MUHARRAM 1448 HIJRAH 🌙

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita dipertemukan sekali lagi dengan 1 Muharram, permulaan tahun baharu dalam kalendar Hijrah.

Awal Muharram bukan sekadar pertukaran tahun, bahkan mengingatkan kita akan peristiwa hijrah Rasulullah SAW yang menjadi lambang pengorbanan, keikhlasan, kesabaran dan ketaatan kepada Allah SWT. Semangat hijrah mengajak kita untuk sentiasa memperbaiki diri, meningkatkan amal ibadah, memperkukuhkan akhlak serta melaksanakan setiap amanah dengan penuh integriti dan ihsan.

Marilah kita bersama-sama menjadikan tahun baharu Hijrah ini sebagai titik permulaan untuk berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik, mempererat ukhuwah, serta terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan masyarakat.

Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan, rahmat, kesihatan, keselamatan dan kekuatan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sarawak, agar terus istiqamah dalam menggalas amanah dan berbakti kepada agama, bangsa serta negara.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448 Hijrah.

"Semoga setiap langkah hijrah kita membawa kepada reda Allah SWT, dipermudahkan segala urusan, diterima segala amalan dan dikurniakan pengakhiran yang terbaik di sisi-Nya. Amin Ya Rabbal 'Alamin."

10/06/2026
Want your organization to be the top-listed Government Service in Sibu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Jalan FONG MING, SIBU
Sibu
96000