Kurus Menawan

Kurus Menawan

Share

22/01/2026

Resepi Daging Asam Kunyit
====================

Resipinya :
1/2 kilo daging...rebus hingga empuk(kalo xmo rebus pun boleh..cuma masak tu lagi lama la yer)
1 biji bawang besar hiris
5 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
10 biji cili padi hiris(potong tengah jangan putus)
1 kuntum bunga kantan(sy saja letak sbb sy s**a makan bunga kantan tu)
2 batang serai diketuk
1/2 cawan air asam jawa sederhana cair
1/4 sdb garam
1 sdt gula
Sedikit bahan perasa jika s**a
1 sdb serbuk kunyit
2 cawan air rebusan daging
2 1/2 senduk minyak masak
Sedikit cili padi(utk hiasan)

Caranya
Panaskan minyak..masukkan serai..bila serai dah perang masukkan bahan hiris..tumis hingga naik bau..masukkan serbuk kunyit..masukkan p**a air asam jawa..dan air rebusan daging..bila dah mendidih ganas masukkan daging..gula,garam dan serbuk perasa...biarkan kuah kering..masukkan cili padi dan bunga kantan..kacau sebati..sesuaikan rasa..siap utk dihidang..

Sumber : mariana zainal

16/01/2026

RESEPI NAN CHEESE 🤗

Simple menu untuk minum petang/breakfast

BAHAN-BAHAN :

√ 2 cwn tepung gandum
√ 1 ½ sudu besar yis
√ 2 sudu besar marjerin
√ 2 sudu besar gula
√ 1 sudu besar susu pekat manis
√ ¾ cawan air suam
√ Secubit garam
√ Cheese mozarela

CARA MEMBUATNYA :

1. Campur yis, gula & susu pekat dlm air suam. Tunggu yis kembang.

2. Gaul marjerin & garam dengan tepung gandum.

3. Masukkan campuran yis, gaul rata sehingga adunan tak melekat di tangan.

4. Rehatkan doh 30-45 minit.

5. Tumbuk² doh untuk buang angin, bentukkan bulat. Gelek dan letak cheese.

6. Bulatkan dan gelek semula. Rehatkan doh sekejap.

7. Boleh masak atas pan. Tutup pan dan masak dengan api kecik.

8. Setelah masak boleh sapu sikit marjerin di bhgian atas untuk efek kilat.

*Adunan 2 cawan tepung boleh dapat 4 keping nan size macam dalam gambar*

Kredit : Siti Ayu Ishak

26/09/2025

RESEPI SOTONG STIM THAI🦑

Bahan-bahan :

-sotong (klu boleh guna yg besar & fresh)

-bwg putih dlm 7 ulas

-cili padi ikut tahap kepedasan masing2

-kicap sotong

-gula pasir / gula somtam (nk pakai dua2 pn blh,ikut selera masing2)

-serbuk pati ayam

-air perahan limau (saya campur air limau yg di perah sdri & yg beli siap dlm botol)

-daun & akar ketumbar

Cara-cara :

👉cuci bersih sotong kemudian kukus dlm 5 minit jgn lama2 nti sotongny jd keras liat

👉ok dlm kuali masukkn gula somtan / gula pasir dgn akar ketumbar ,cili padi & bwg putih yg di cincang kasar.masukkn jga air limau & serbuk pati ayam

👉guna api perlahan masak smpi sos mendidih & gula larut.kemudian boleh tambah separuh hirisan daun ketumbar.kacau sebati rasa semua ok cukup masam,manis,pedas & masin blh ttp api

👉sotong yg dh siap di rebus td buangkn airny simpan dlm 1 sudu makan je

👉ok skrg blh tuang sos atas sotong yg dh di rebus.taburkan lg hirisan daun ketumbar & hirisan limau sbg hiasan.

👉ok siap utk di hidang..selamat mencuba..mmg sedap,cuba ya😘

credit: Empunya resepi..
Terima kasih moga dimewahkan rezeki..

20/09/2025

Resepi Ayam Masak Padang-

1 ekor ayam (potong 10)
Bahan kisar:
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
Sdikit halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
Sedikit kunyit hidup ( atau kunyit serbuk)
Sdikit cili kering (nk pedas lbih kn)
Sdikit buah pelaga
3-4 biji bunga lawang
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
1 peket kecik kerisik
Sdikit garam
Sdikit gula
1 kotak kecil santan kara (atau 1 cawan susu cair pun boleh)
Cara-cara memasak:

1. Kisar semua bahan sehingga lumat & tuangkan terus ke dalam kuali/periuk masakan.

2.Masukkan kesemua bahagian ayam yg telah dipotong dan dibasuh bersih. Masukkan semangkuk air

3. Masukkan kesemua bahan lain kecuali SANTAN. Air boleh ditambah lagi sedikit demi sedikit sekiranya kering untuk menunggu isi ayam empuk.

4. Akhir sekali bila ayam dah empuk, masukkan santan, sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang diinginkan.

5. Perlahankn api dan biar sampai masak

6. Sedia untuk dihidang hiris daun limau purut tabut atas nya
Selmat mencuba

credit : kepada pemilik resepi..
Terima kasih kakak..💕

20/09/2025

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Julsniqah Absarah, Wahyu Arifin, Gloria Dugat, Roafizi Mamat, Zizah Saman, Daniel Wan, Muslimin Muslimin, Nonglie Liedam, Dali Mat Dali Pinang

Want your business to be the top-listed Media Company in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Shah Alam
40460