Pusat Terapi Ar-Rizq

Pusat Terapi Ar-Rizq

Share

09/09/2020

Assalamualaikum kami beroperasi seperti biasa hari ini ๐ŸŒธ Jom booking slot anda hari ini.

Untuk temujanji sila klik link whatsapp ๐Ÿ‘‡
www.wasap.my/60148469299

Dibuka 10am - 11m

โœ… relax โœ… refresh โœ… recharge

Photos from Pusat Terapi Ar-Rizq's post 31/10/2019

Jom berbekam..

*Terdapat banyak hadith yang menceritakan berkaitan berbekam, antaranya ialah:*


๐Ÿ““ Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

ุญุฌู…ูŽ ุฃุจูˆ ุทูŠุจูŽุฉูŽ ุฑุณูˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ู ูˆุณู„ู…ูŽ ุŒ ูุฃู…ุฑูŽ ู„ู‡ ุจุตุงุนู ู…ู† ุชู…ุฑู ุŒ ูˆุฃู…ูŽุฑูŽ ุฃู‡ู„ูŽู‡ู ุฃู† ูŠุฎูู‘ููููˆุง ู…ู† ุฎุฑุงุฌูู‡ู
Maksudnya: โ€œAbu Thaibah membekam Rasulullah SAW lalu Baginda SAW membayarnya dengan satu shaโ€™ kurma dan Baginda SAW mengarahkan keluarganya untuk meringankan pajaknyaโ€.
[Riwayat al-Bukhari, kitab jual beli, bab penjelesan tentang pembekam, no.Hadith 1960]

๐Ÿ““ Daripada Abdullah bin Abbas :
ุญุฌู… ุงู„ู†ุจูŠู‘ูŽ ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ู ูˆุณู„ู‘ูŽู…ูŽ ุนุจุฏูŒ ู„ุจู†ูŠ ุจูŠุงุถุฉูŽ . ูุฃุนุทุงู‡ู ุงู„ู†ุจูŠู‘ู ุฃุฌุฑูŽู‡ . ูˆูƒู„ู‘ูŽู… ุณูŠุฏูŽู‡ ูุฎูู‘ูŽููŽ ุนู†ู‡ู ู…ู† ุถุฑูŠุจุชูู‡ . ูˆู„ูˆ ูƒุงู† ุณูุญุชู‹ุง ู„ู… ูŠูุนุทูู‡ ุงู„ู†ุจูŠู‘ู ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ู ูˆุณู„ู‘ูŽู…
Maksudnya: โ€œNabi SAW pernah berbekam oleh seorang hamba kepunyaan Bani Bayadhah. Maka Nabi SAW memberinya upah dan Nabi SAW bercakap dengan tuannya agar meringankan tugasnyaโ€. Jika berbekam ini adalah haram, tentu Nabi SAW tidak memberikannya upah.
[Riwayat Muslim, kitab pengairan, bab halalnya upah kepada pembekam, no. Hadith: 2955]


๐Ÿ““ Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:
ุฅู†ู‘ูŽ ุฃูุถู„ูŽ ู…ุง ุชุฏุงูˆูŠุชูู… ุจูู‡ ุงู„ุญุฌุงู…ุฉูŽ ุฃูˆ ุฅู†ู‘ูŽ ู…ู† ุฃู…ุซู„ู ุฏูˆุงุฆููƒู…ู ุงู„ุญุฌุงู…ุฉูŽ
Maksudnya: โ€œSesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekamโ€ atau โ€œSebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekamโ€.
[Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199]

๐Ÿ““ Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Nabi SAW bersabda:
ุงุญุชุฌู… ุงู„ู†ุจูŠู‘ู ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ู ูˆุณู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŠ ุงู„ุฃุฎุฏุนูŽูŠู’ู†ู ูˆุจูŽูŠู†ูŽ ุงู„ูƒูŽุชูููŽูŠู’ู†ู
Maksudnya: โ€œNabi SAW pernah berbekam di lehernya dan juga di antara dua bahunyaโ€.
[Riwayat Ahmad, no. Hadith 1987]

๐Ÿ““ Daripada Abdullah bin Abbas, Bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ุฃู† ุงู„ู†ุจูŠู‘ูŽ ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู‘ูŽู… ุงุญุชุฌูŽู… ูˆู‡ูˆ ู…ูุญุฑูู…ูŒุŒ ูˆุงุญุชุฌูŽู… ูˆู‡ูˆ ุตุงุฆู…ูŒ
Maksudnya: โ€œ Nabi SAW berbekam dalam keadaan Baginda SAW berihram dan juga Baginda SAW berbekam ketika Baginda SAW berpuasaโ€.
[Riwayat al-Bukhari, kitab puasa, bab berbekam dan muntah bagi orang yang berpuasa, no. Hadith: 1802]

*Ulasan ringkas berkaitan hadith-hadith berbekam*
๐Ÿ“ŒJumhur ulamaโ€™ mengatakan dibolehkan mengambil upah untuk berbekam kerana larangan yang terdapat di dalam hadith adalah berbentuk makruh bukannya haram. Selain itu juga, berbekam tidak membatalkan puasa jika ia dilakukan ketika berpuasa berdasarkan hadith Ibn Abbas RA. Tambahan p**a, berbekam juga merupakan sebaik-baik perubatan sepertimana yang diberitakan oleh Nabi SAW kepada kita tetapi perlu melihat pada penyakit yang sesuai untuk diubati dengan cara ini.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


12A-2, Jalan Nova N/U5, Subang Bestari
Shah Alam
40150