Akademi Muazzin

Akademi Muazzin

Share

14/04/2026

*5 TIPS ASAS AZAN YANG BETUL UNTUK PEMULA*

Baru nak belajar azan? Jangan risau, semua orang pernah mula dari sini!

*Pertama,* Kuasai makhraj huruf dengan betul. Setiap huruf dalam azan ada tempat keluarnya yang khusus. Latih satu persatu dengan perlahan sebelum gabungkan semua.

*Kedua,* Jaga suara dan bernafas dengan baik. Azan yang indah datang dari nafas yang terkawal. Latih pernafasan dalam sebelum mula melaungkan azan. Tarik nafas dalam-dalam dan keluarkan perlahan-lahan.

*Ketiga,* Mulakan dengan nada yang selesa untuk suara anda. Jangan paksa nada tinggi kalau belum biasa. Yang penting adalah kejelasan bacaan, bukan ketinggian nada.

*Keempat,* Amalkan latihan harian. Walaupun 10 minit sehari sudah membantu. Konsisten lebih penting daripada latihan yang lama tetapi jarang-jarang.

*Kelima* Dengar dan tiru azan muazzin yang betul. Jangan ikut azan yang meleret panjang dan lagu berdondang sayang. Dengar berulang kali untuk biasakan telinga dengan nada dan irama yang sesuai.

Ingat, setiap muazzin handal pernah jadi pemula juga. Bukannya mereka lahir- lahir terus power. Yang penting adalah niat yang ikhlas dan usaha yang berterusan. Dengan latihan dan bimbingan guru yang betul, anda pasti boleh menguasainya!

Kalau serius nak kuasai ilmu bilal, anda mesti masuk *KELAS MUAZZIN BEGINNER* secara online anjuran Akademi Muazzin ni. Kalau main-main sila abaikan. Klik untuk butiran penuh dan daftar. *_Mungkin anda Bilal future yang Allah takdirkan_*
Lihat butiran penuh๐Ÿ‘‡
https://klik.vip/KELAS-MUAZZIN-BEGINNER-2026

13/04/2026

*Latihan Suara Harian Yang Mudah Untuk Bilal Jaga Suara Anda Setiap Hari*

Sebagai bilal, suara anda adalah amanah yang perlu dijaga dengan baik. Ramai bilal menghadapi masalah suara serak atau letih selepas berkali-kali azan dalam sehari.

Berikut adalah latihan mudah yang boleh anda buat setiap hari:

๐ŸŽต Latihan nafas dalam - Tarik nafas perlahan selama 4 saat, tahan 4 saat, lepaskan 6 saat. Ulang 10 kali setiap pagi.

๐ŸŽต Minum air suam dengan garam akan bantu bersihkan tekak dan kurangkan keradangan.

๐ŸŽต Lontarkan suara lembut. ebut 'Ahh', 'Ehh', 'Ohh' dengan perlahan untuk memanaskan peti suara.

๐ŸŽต Jangan berteriak atau berbisik melampau kerana kedua-duanya boleh rosakkan suara kita.

๐ŸŽต Minum air yang banyak. Peti suara perlu sentiasa lembap untuk berfungsi dengan baik.

Ingat, suara yang sihat bukan sahaja untuk azan yang merdu, tetapi juga untuk kesihatan jangka panjang suara. Mulakan rutin harian ini hari ini, dan rasakan perbezaannya dalam masa seminggu!

Jika anda seorang bilal yang ingin tingkatkan kualiti azan dan jaga kesihatan suara, jom sertai BENGKEL BILAL TERJUN. Kami akan ajar teknik yang betul dan selamat.

*JOM LIHAT DETAIL & DAFTAR*
https://klik.vip/BENGKEL-BILAL-TERJUN

31/03/2026

*_โ€œSelama ni azanโ€ฆ jiran tutup tingkap. Lepas ni azanโ€ฆ jiran tutup TV.. โ€œ_*

Kenapa macam tu? Ya kerana sebelum ni awak main azan je tapi lepas dapat ilmu, azan awak bukan biasa2..

*JOM LIHAT DETAIL & DAFTAR*
https://klik.vip/BENGKEL-BILAL-TERJUN

26/03/2026

SALAM TAKZIAH DARI KAMI TEAM AKADEMI MUAZZIN

Dimaklumkan bahawa *Ustaz Abu Bakar Bin Sairi, Mantan Bilal Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah* baru sahaja kembali menghadap Allah swt.

Jenazah akan dibawa ke
*Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam*

Urusan mandi dan kafan :

KHAMIS
26 Mac 2026
7.30 pagi

Solat Jenazah :

10.00 pagi

Jenazah akan dibawa ke
*Tanah Perkuburan Islam, Shah Alam, Seksyen 21*

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Want your business to be the top-listed Business in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Lot 24 Ground Floor Block 4 WorldWide Business Park
Shah Alam
40675