Encorp Properties
Tahniah diucapkan kepada AE Gadgets Home! Telah selesai sesi penyerahan kunci unit rumah kedai baharu mereka di Lamanda Chuping by ENCORP.
Dalam video ni korang boleh tengok sendiri proses briefing daripada staff Encorp dan sesi unit inspection bersama wakil AE Gadgets Home. Memang senyum lebar sampai ke telinga sebab tersangat puas hati dengan kualiti binaan, ruang yang luas, dan kemasan unit yang tip-top! 👍✨
Kepada businessman dan usahawan lain yang dok usha lagi tu... Korang bila lagi? Tak mau pakat mai bukak kedai kat sini sekali ka?
Kenapa lokasi ni jadi rebutan usahawan?
🏢 Unit Siap Sepenuhnya — Macam yang korang tengok dalam video, kedai dah siap bina, sedia untuk korang ambil kunci, masuk renovate, dan terus jalan bisnes!
📐 Ruang Binaan Luas — Keluasan 22’ x 70’ (binaan 2,697 kps) yang sangat praktikal untuk stor gadget, ruang pameran, atau apa-apa jenis perniagaan korang.
🛣️ Laluan Utama Chuping — Trafik pelanggan hari-hari lalu lalang depan kedai. Kedai nampak jelas, branding pun auto naik.
⚠️ Unit Tersangat Terhad Baqhang! — Jangan dok pikiaq lama sangat sampai melepas. Bila kedai dah makin banyak bukak, waktu tu korang nangis bucu katil sebab unit dah habis! 🏃💨
Jom ikut jejak langkah AE Gadgets Home. Hubungi sales team kami sekarang untuk locked unit korang sementara stok masih ada!
📞 Hubungi kami sekarang: +6010 400 2033
🌐 Layari maklumat lanjut: www.encorp.com.my
01/06/2026
Sembah Tahniah Sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 👑🇲🇾
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Seluruh warga kerja Encorp Berhad mendoakan agar KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat, diberikan kesihatan yang berpanjangan, serta kekal bertakhta di atas singgahsana kebesaran dengan penuh kedaulatan dan kesejahteraan.
Semoga kepimpinan baginda terus menjadi payung naungan yang membawa keharmonian, kestabilan, dan kemakmuran kepada seluruh rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.
Daulat Tuanku!
Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Kerja Encorp Properties.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
28, Jalan Selasih U12/13, Cahaya Alam
Shah Alam
40170
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |
| Saturday | 09:00 - 18:00 |
| Sunday | 09:00 - 18:00 |