Coopsa

Coopsa

Share

04/01/2026

SELAMAT DATANG KE PSA
------------
OPERASI KOPSA & KAFETERIA

4 Januari 2026 bermula adalah 8.30 Pagi

Kedudukan KOPSA adalah di Kafeteria Asrama seperti gambar.

Terima Kasih

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSA - JHEP
Kolej Kediaman PSA
Politeknik.kolejkomuniti

Photos from Coopsa's post 12/12/2025

📦 EZ Parcelbox Perkasa Pengurusan Parcel PSA 📦
Inisiatif Kerjasama Strategik KOPSA 🤝 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PSA

EZ Parcelbox yang ditempatkan di Post Utama Kawalan RELA PSA kini memudahkan pengurusan KOPSA Berhad dalam menguruskan parcel pada hari cuti operasi KOPSA (Sabtu & Ahad) serta cuti kelepasan am. Tiada lagi lambakan atau kelewatan, kawalan parcel kini lebih sistematik, mudah dan teratur!

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal atas sumbangan dan inisiatif projek Akhir Pelajar DKM. Inovasi ini bukan sahaja menyelesaikan isu penerimaan parcel pada hujung minggu, malah membuktikan hasil pembelajaran pelajar mampu melahirkan idea kreatif yang memberi manfaat kepada seluruh warga kampus.

👏 Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat!

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Politeknik.kolejkomuniti
Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal - JKM PSA

Photos from Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)'s post 10/12/2025
Photos from Coopsa's post 04/11/2025

RABU, 29 OKTOBER 2025
📣 ALBUM PROGRAM BELIA “Usahawan Koperasi: Menjana Idea,

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
Institut Koperasi Malaysia
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Premier Entrepreneurship Centre PSA
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PSA

29/10/2025

RABU, 29 OKTOBER 2025

📣 PROGRAM BELIA “Usahawan Koperasi: Menjana Idea, Merealisasi Kejayaan”

Seramai 300 pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah menyertai program anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Tengah dengan kerjasama Koperasi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Berhad (KOPSA).

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Dr. Ahmad Aftas bin Azman, serta turut dihadiri oleh Pengarah IKMa Zon Tengah, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSA dan Pengerusi KOPSA.

💡 Objektif program:
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kelebihan dan keistimewaan berkoperasi, latihan keusahawanan serta peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh belia dan koperasi.

✨ Semoga program ini menjadi platform mencungkil idea dan potensi keusahawanan pelajar dalam memperkukuh gerakan koperasi di peringkat institusi pendidikan!

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
Institut Koperasi Malaysia
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Premier Entrepreneurship Centre PSA
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PSA

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Usahawan, Seksyen U1
Shah Alam
40150