SPNB
10/07/2026
SESI KUNJUNGAN HORMAT SPNB KE ATAS DATUK BANDAR MBPP KUKUHKAN SINERGI PERUMAHAN RAKYAT
PULAU PINANG, 9 Julai 2026 – Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ke atas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), YBhg. Dato' Ir. Rajendran P. Anthony. Pertemuan rasmi tersebut berlangsung dengan penuh harmoni pada jam 11.00 pagi bertempat di Pejabat Datuk Bandar, Tingkat 17, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pulau Pinang.
Kehadiran Barisan Tertinggi SPNB yang diketuai oleh Pengerusi SPNB, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Azmi bin Mohd Lila bersama Pengarah SPNB Negeri Kedah, Encik Ahmad Yamani bin Zainol telah disambut baik oleh Datuk Bandar serta barisan pegawai MBPP.
Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan taklimat terperinci mengenai pelaksanaan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR). Selain itu, sesi ini turut menjadi platform perbincangan dua hala yang amat penting dalam mengupas serta mencari jalan penyelesaian yang efektif berhubung beberapa permasalahan dan kekangan yang dihadapi melibatkan program RMR di sekitar negeri Pulau Pinang.
SPNB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Bandar serta seluruh warga Pejabat Datuk Bandar MBPP atas layanan mesra dan kesudian meluangkan masa. Segala perkongsian pandangan dan komitmen yang diberikan amat bermakna dalam usaha memastikan agenda penyediaan perumahan yang mampan dan kondusif untuk rakyat dapat direalisasikan dengan jayanya.
09/07/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Audit Negara atas penyerahan perakuan dan pandangan Ketua Audit Negara melalui Sistem e-SelfAudit bagi Tahun 2025.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh tadbir urus, ketelusan dan integriti organisasi.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang amat bermakna dalam usaha mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.
08/07/2026
SESI PENYERAHAN INDEN RMR2026 (PERINGKAT 4) NEGERI KEDAH & PULAU PINANG
ALOR SETAR, 8 JULAI 2026 – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) cawangan Kedah hari ini telah menyempurnakan Sesi Penyerahan Inden Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2026 Peringkat 4 bagi negeri Kedah dan Pulau Pinang bertempat di Pejabat SPNB Kedah.
Sebanyak 40 inden telah diserahkan melibatkan 30 kontraktor negeri Kesah & 10 kontraktor Pulau Pinang.
Penyerahan inden ini merupakan bukti komitmen berterusan SPNB dalam merealisasikan impian masyarakat untuk memiliki kediaman sendiri yang selesa, selamat dan berkualiti.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Level 1, Blok C, Dataran PHB. Saujana Resort Seksyen U2
Shah Alam
40150
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |