Syah Network
06/06/2026
Kenapa Bayar Bil Telefon Setiap Bulan Tapi Tak Dapat Apa-apa? 💸
Sedar tak sedar, kita semua dah guna handphone berpuluh tahun. Cuba kira balik berapa ribu ringgit kita dah habiskan untuk bayar bil atau beli topup?
Persoalannya: Adakah syarikat telco pernah hantar cek atau bagi komisen sebab kita setia guna talian mereka? 🤔
Jawapannya: Mesti Tak Pernah.
Inilah sebab utama kenapa saya pilih untuk serius dalam Tone Wow. Di sini, konsepnya mudah:
1. Guna Seperti Biasa: Tetap dapat data laju, tetap boleh call.
2. Dapat Point Percuma: Setiap kali topup, dapat point untuk tebus barang di 99 Speedmart atau Lotus's.
3. Bina Income Pasif: Inilah "Empayar" yang saya maksudkan. Setiap kali orang yang kita kenalkan topup, syarikat bayar kita komisen. Walaupun mereka topup RM5 kat kedai Aceh, komisen tetap masuk akaun kita!
Peluang ini terbuka untuk siapa saja yang nak buat part-time macam saya. Tak perlu modal ribuan ringgit, cuma tukar simkad saja.
Siapa kat sini yang nak saya tunjukkan jalan macam mana nak tukar "Liabiliti" (bil telefon) jadi "Aset" (pendapatan)?
Komen "NAK" di bawah atau klik link di bio/komen. Saya akan bantu! 👇
05/06/2026
Alhamdulillah… sampai sekarang beliau masih terima hasil dari ToneWow walaupun dah bertahun-tahun tak aktif buat bisnes ni.
Itulah bezanya bila kita bina income yang berulang.
Macam-macam bisnes pernah cuba, sampai burnout dan penat, tapi yang masih beri hasil setiap bulan adalah ToneWow.
Hari ni beliau nak comeback semula 💪
Dan honestly, sekarang jauh lebih mudah berbanding dulu.
Dalam ToneWow dah ada ekosistem lengkap untuk belajar dan berkembang. Walaupun tak ada upline sangat pun, anda masih boleh follow flow yang disediakan.
Flow dia simple je:
1️⃣ Join webinar
Belajar balik update produk, plan semasa & konsep bisnes ToneWow.
2️⃣ Join Kickstart Training
Belajar cara mulakan bisnes dengan betul step by step.
3️⃣ Siapkan task yang diberi & unlock VIP Training
Dekat sini lebih fokus kepada teknik marketing, closing dan bina income 4-5 angka sebulan.
Semuanya dah ada flow.
Tak perlu pandai terus. Tak perlu perfect dulu.
Yang penting, mula balik dan konsisten..
04/06/2026
Saya rasa, antara benda paling unik dalam Tonewow bukan sekadar passive income.
Tapi income tu boleh diwarisi.
Ramai orang bina income untuk guna hari ni saja.
Kerja kuat.
Dapat duit.
Habis dekat situ.
Tapi dalam model macam ni, kita sebenarnya sedang bina sesuatu untuk jangka panjang.
Bila customer terus guna,
bila rangkaian terus berkembang,
income tu masih boleh berjalan.
Dan yang lebih menarik..
Ia boleh diwariskan kepada ahli keluarga.
Sebab tu saya selalu nampak bisnes ni bukan sekadar “side income”.
Tapi lebih kepada membina aset.
Mungkin bermula kecil.
Tapi kalau konsisten bertahun-tahun,
kesannya memang besar.
Tak banyak model bisnes yang boleh sampai tahap macam ni.
Kebanyakan hanya fokus income cepat.
Tapi yang faham konsep membina,
dia akan nampak nilai sebenar dekat sini.
Kalau nak tahu macam mana sistem income diwarisi ni berfungsi,
Mai dm saya, insyaAllah saya terangkan percuma
29/05/2026
Aku Dah Lama Guna Tonewow. Tapi Aku Tak Sedar Aku Boleh Buat Bisnes
Jujur cakap — aku dah lama guna simkad Tonewow. Bertahun-tahun. Tapi aku guna sebagai pengguna biasa je. Tak terfikir langsung nak jadikan ia sumber pendapatan.
Sampailah aku buat kesilapan kewangan yang buat hidup aku jadi sempit.
Bukan sempit sikit. Sempit yang rasa macam nafas pun kena kira.
Aku buat apa yang ramai orang buat — cari jalan tambah duit. OT. Kerja lebih. Usaha lebih. Dan memang duit ada masuk lebih.
Tapi sesuatu yang lain mula hilang.
Masa dengan keluarga.
Ada malam anak dah tidur sebelum aku balik. Ada hujung minggu yang aku penat sangat sampai tak larat nak ke mana-mana. Aku rasa aku bagi yang terbaik kat tempat kerja, tapi orang yang paling penting dalam hidup aku dapat sisa.
Sampai satu masa aku tanya diri sendiri: "Sampai bila?"
Itu yang buat aku decide nak buat bisnes semula secara part-time. Dan aku pilih Tonewow — sebab aku dah guna produknya, aku dah percaya dengan perkhidmatannya, dan modal untuk mulakan sangat rendah.
Aku tak akan tipu kau dan kata aku dah bebas sekarang. Aku belum.
Aku masih dalam perjalanan. Masih berusaha. Masih bina sistem perlahan-lahan di sebelah kerja harian aku.
Tapi aku dah tahu ke mana aku nak pergi. Dan aku dah mula bergerak ke arah sana.
Kalau kau ada dalam situasi yang sama — kerja tak berhenti, duit rasa tak cukup, masa dengan orang tersayang makin tipis — aku faham perasaan tu.
Bukan semua orang perlu buat MLM. Tapi kalau kau nak tahu macam mana aku mulakan, dan kenapa aku pilih bisnes telekomunikasi sebagai langkah pertama, komen atau DM aku.
Aku share apa yang aku tahu. Tanpa paksa, tanpa hype.
Sebab aku pun masih belajar. Dan aku nak belajar bersama orang yang serius.
Part-time dulu. Sistem kemudian. Masa — tu matlamat akhir.
28/05/2026
Ramai orang bukan gagal dalam MLM sebab syarikat mereka tak bagus.
Mereka gagal sebab… berhenti terlalu awal.
Hari ni join syarikat A.
Bulan depan pindah syarikat B.
Lepas tu cuba p**a “peluang terbaru” yang kononnya lebih senang kaya.
Akhirnya?
10 tahun berlalu… masih bermula dari kosong.
😔
Hakikat yang ramai tak nak dengar:
Bukan syarikat yang ubah hidup seseorang.
Tapi disiplin, konsisten, dan tindakan dia sendiri.
Sebelum buat keputusan nak quit bisnes MLM yang tengah diusahakan sekarang, baca ni dulu 👇
1️⃣ TEAM ANDA MASIH PERLUKAN ANDA
Kalau dah taja orang, itu bermakna dah ada tanggungjawab.
Mereka join sebab percaya pada anda.
Mereka perlukan bimbingan, semangat, dan support.
Bayangkan kalau anda quit sekarang…
…sedangkan downline anda sebenarnya bakal jadi leader besar satu hari nanti.
Ramai orang tak sedar — income pasif besar selalunya datang daripada team yang dulu kecil je.
2️⃣ SEMUA KEJAYAAN AMBIL MASA
Kerja makan gaji pun ambil 10 tahun nak rasa selesa.
Tapi ramai nak income RM10k sebulan dalam MLM… dalam masa 3 bulan.
Tak logik.
Bisnes sebenar perlukan:
✅ masa
✅ skill
✅ konsistensi
✅ kesabaran
Pokok pun ambil masa nak berbuah. 🌱
3️⃣ JANGAN ROSAKKAN KREDIBILITI SENDIRI
Mula-mula join, semua orang perli.
“MLM ni scam lah.”
“Tak ke mana pun nanti.”
Kalau quit separuh jalan…
anda sebenarnya sedang buktikan mereka betul.
Tapi bila anda terus konsisten dan akhirnya berjaya?
Orang yang pernah gelakkan anda… akan datang tanya:
“Macam mana kau buat sebenarnya?”
4️⃣ MOMENTUM TU MAHAL
Dalam MLM, momentum sangat penting.
Bila dah mula ada customer…
dah mula ada team…
dah mula orang kenal anda…
Jangan berhenti.
Sebab nak bina balik momentum yang hilang tu penat gila.
Bisnes ni macam tolak batu besar naik bukit.
Awal-awal memang berat.
Tapi bila dah bergerak… jangan berhenti tolak.
5️⃣ SEMUA BISNES MEMANG SUSAH PADA AWALNYA
Kedai makan susah.
Bisnes online susah.
Trading susah.
Content creator pun susah.
MLM pun sama.
Awal-awal memang kerja kuat… hasil belum nampak.
Tapi orang yang sanggup bertahan lebih lama daripada orang lain — biasanya itu yang menang.
🔥 Tukar strategi kalau perlu.
🔥 Tukar cara kerja kalau perlu.
❌ Tapi jangan asyik tukar syarikat.
Sebab kalau mentaliti masih sama…
masuk syarikat mana pun hasil tetap sama.
Kadang-kadang kejayaan tu sebenarnya tinggal beberapa langkah je lagi…
…tapi ramai berhenti sebelum sampai.
💬 Pernah rasa nak quit MLM?
Apa cabaran paling besar yang anda tengah hadap sekarang?
25/05/2026
MLM tipu ke?
Kalau tipu, kenapa TNB, Coway, Amway ada kat Bursa Malaysia?
Aku tahu kau pernah dengar cerita sedih. Kawan kena tipu. Abang rugi. Jiran hilang duit simpanan.
Tapi aku nak kau faham satu benda
Yang tipu tu bukan MLM. Yang tipu tu skim cepat kaya berselindung nama MLM.
Bezanya besar.
MLM yang sah ada 3 tanda:
✅ Ada produk — orang beli sebab nak guna, bukan semata-mata nak "join"
✅ Ada lesen AJL dari KPDN — boleh check sendiri
✅ Kalau tak jual, tak ada duit — sama macam kau berniaga nasi lemak
Tak ada ketiga-tiga ni? Lari.
Fikir macam ni
Kedai beli barang RM2, marketing RM1, Jual RM4. Untung RM1.
MLM sah: kau tolong syarikat iklankan produk, syarikat bagi kau komisyen.
Bezanya? Kau tak perlu modal RM50K. Tak perlu sewa kedai. Tak perlu jaga pekerja.
Jadi masalah sebenar bukan "MLM."
Masalah dia adalah MLM haram + orang yang jalankan cara haram.
Pisau boleh potong sayur. Boleh potong orang jugak.
Salah pisau ke, salah tangan yang pegang?
Aku tak suruh kau join mana-mana pun.
Aku cuma minta satu benda
Berhenti cop semua MLM tu sama.
Lepas ni kalau ada kawan ajak, tanya 3 soalan tadi dulu. Baru buat keputusan.
Komen "FAHAM" kalau post ni buka sikit minda kau.
Share kalau ada kawan yang perlu baca ni 🙏
17/05/2026
Berbanding ramai orang, aku sebenarnya agak skeptikal bila baca konten kewangan di media sosial.
Bukan sebab aku rasa diorang tak bijak. Ramai yang bijak. Cuma aku percaya setiap orang ada pendekatan dan “agenda” masing-masing.
Aku pun sama.
Ada yang jual buku.
Ada yang jual servis.
Ada yang jual coaching.
Ada yang jual produk kewangan.
Ada yang bina branding untuk bisnes sendiri.
Itu normal.
Masalahnya kadang-kadang nasihat yang diberi bukan berdasarkan keadaan orang yang bertanya… tapi berdasarkan apa yang penulis nak jual.
Benda yang dijual tu mungkin memang bagus.
Tapi belum tentu sesuai untuk semua orang.
Contoh paling dekat — MLM.
Aku sendiri buat MLM.
Tapi bila orang yang tengah sesak duit tanya aku:
“Bang, sesuai tak kalau saya nak buat sebab nak fast cash?”
Aku terus terang cakap:
Tak sesuai.
Sebab realitinya MLM perlu dibina.
Perlu masa.
Perlu konsisten.
Perlu mental tahan rejection.
Ya, memang ada orang berjaya cepat.
Tapi majoriti bukan begitu.
Kadang-kadang orang marah bila kita cakap benda macam ni.
Orang kata negatif.
Orang kata tak support industri sendiri.
Tapi pada aku, bercakap jujur lebih penting daripada menjual harapan yang tak kena dengan keadaan seseorang.
Sebab nasihat kewangan yang baik bukan sekadar:
“Benda ni bagus atau tak.”
Tapi:
“Benda ni sesuai atau tak untuk fasa hidup orang itu sekarang.”
Aku mungkin tak pandai bercakap macam motivator.
Tapi aku lebih selesa berpijak di bumi nyata.
10/05/2026
Dulu saya ingat orang yang buat income tepi ni mesti:
- Banyak masa
- Banyak duit
- Banyak connection
Rupanya ramai saja yang bermula sambil:
✅ Kerja makan gaji
✅ Jaga keluarga
✅ Penat balik kerja
✅ Buat part-time waktu malam
Bezanya mereka tetap cuba.
Walaupun sehari cuma sempat:
- Balas beberapa WhatsApp
- Buat 1 posting
- Belajar sedikit ilmu baru
- Join webinar sekejap
Nampak kecil. Tapi bila dibuat konsisten, lama-lama jadi besar.
Kadang-kadang kita terlalu fokus nak nampak “cepat berjaya”.
Sampai lupa… Orang yang berjaya selalunya menang sebab mereka tak berhenti.
Saya pun masih dalam proses belajar dan bina diri 😊 Yang penting jalan terus walaupun perlahan.
09/05/2026
Ramai orang ingat nak buat income tambahan kena tunggu:
❌ Ada modal besar
❌ Ada ramai follower
❌ Pandai bercakap
❌ Ada pengalaman bisnes
Sebenarnya ramai yang berjaya bermula dengan:
✅ Telefon biasa
✅ Internet
✅ Belajar sikit demi sikit
✅ Konsisten buat walaupun perlahan
Saya perasan satu benda…
Bila kerja untuk orang lain, kita boleh ikut SOP, ikut jadual, ikut arahan.
Tapi bila nak buat sesuatu untuk diri sendiri, tiba-tiba rasa: “Tak yakinlah…” “Tak pandailah…” “Aku boleh ke?”
Hakikatnya semua orang bermula dari zero.
Tak ada siapa terus pandai buat sales. Tak ada siapa terus mahir bina bisnes.
Yang membezakan hanyalah: Siapa yang sanggup terus belajar walaupun perlahan.
Sebab itu saya percaya… Income tambahan bukan tentang siapa paling hebat.
Tapi siapa yang paling konsisten buat tindakan kecil setiap hari 😊
08/05/2026
Tentang framework ini, dan tentang pendapat orang.
Sebelum saya tutup siri ini, saya nak cakap satu benda dengan jujur.
Akan ada yang bantah.
Akan ada yang tak setuju.
Akan ada yang kata saya tak tahu apa-apa tentang kewangan.
Dan saya okay dengan tu.
You'll have your own opinion. And so am I.
Tentang "ramai orang tak lalui fasa-fasa ni"
Saya setuju.
Ada yang lompat fasa dan berjaya. Ada yang tak ikut urutan langsung dan tetap kaya.
Tapi berapa ramai?
Kejayaan yang luar biasa selalu nampak mudah dari luar. Tapi orang yang cuba lompat tanpa tapak yang kukuh — ramai yang jatuh balik. Cuma tak ramai yang cerita pasal tu.
Framework ini bukan direka untuk yang luar biasa.
Ia direka untuk 90% daripada kita.
Yang kebanyakan. Yang biasa. Yang struggle sorang-sorang dalam fasa yang tak ada siapa cerita.
Satu kebenaran yang perlu kita semua terima
Kita boleh naik fasa.
Kita boleh jatuh fasa.
Kita boleh kekal dalam fasa yang sama sampai kita mati.
Itu bukan pesimis. Itu realistik.
Berapa lama kita berada dalam satu fasa bergantung kepada ilmu, disiplin, konsistensi, nasib, dan banyak lagi perkara yang kadang di luar kawalan kita.
Tapi sekurang-kurangnya
Kita tahu di mana kita berada.
Dan orang yang tahu di mana dia berada — lebih bersedia untuk melangkah ke hadapan berbanding orang yang hanya tengok destinasi orang lain.
Apa yang saya harap siri ini bagi kepada anda
Bukan formula ajaib.
Bukan jaminan kaya.
Tapi laluan yang jelas.
Fasa 1 — Stabilkan. Survive dulu.
Fasa 2 — Simpan. Bina perisai.
Fasa 3 — Growth. Tanam pokok.
Fasa 4 — Hutan. Biar ia membesar.
Fasa 5 — Legasi. Tinggalkan sesuatu yang kekal.
Kepada yang ikut siri ini dari awal
Kepada yang share dan simpan
Kepada yang baca dan rasa "ini tentang aku"
Terima kasih.
Semoga kita semua sampai ke fasa terakhir.
Sebelum kita jumpa Allah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Address
Jalan Pulau Lumut
Shah Alam
40170