Akademi Sinergi
05/07/2026
"Allahu Akbar."
Bukan sekadar lafaz pembukaan solat.
Tetapi satu pengisytiharan bahawa Allah lebih besar daripada segala yang sedang memenuhi hati dan fikiran kita.
Lebih besar daripada masalah.
Lebih besar daripada ketakutan.
Lebih besar daripada cita-cita.
Lebih besar daripada dunia yang sering kita besarkan.
Saat mengangkat tangan dalam Takbiratul Ihram, kita seolah-olah meninggalkan segala urusan dunia di belakang, lalu memasuki ruang pertemuan yang paling istimewa antara seorang hamba dengan Rabbnya.
Namun, realitinya...
Ramai yang menyebut "Allahu Akbar", tetapi hati masih membesarkan masalah lebih daripada Allah.
Mungkin sebab itu kita sukar merasai kemanisan solat.
Kerana Takbiratul Ihram bukan sekadar memulakan solat.
Ia mengajar kita meletakkan Allah di tempat yang paling tinggi dalam hati.
03/07/2026
Ramai orang berhenti bukan sebab solat itu berat.
Tapi sebab mereka rasa solat itu “tak jadi apa-apa”.
Fikiran melayang.
Hati kosong.
Bacaan hanya jadi rutin yang laju tanpa rasa.
Lalu muncul bisikan,
“Kalau tidak khusyuk, buat apa teruskan?”
Tapi di situlah silapnya cara kita melihat.
Kerana solat yang belum khusyuk bukan tanda gagal.
Ia tanda kita masih hidup dalam pencarian.
Kalau kita masih rasa kekurangan itu,
maknanya hati masih belum mati.
Dan hati yang masih mencari,
selalu ada ruang untuk dibimbing.
Khusyuk bukan titik mula.
Ia perjalanan yang Allah ajar sedikit demi sedikit,
bukan satu lompatan, tapi latihan yang berulang.
Jangan berhenti hanya kerana belum sempurna rasa.
Kerana yang berhenti, sudah menutup pintu perubahan.
Yang terus melangkah, sedang didekatkan perlahan-lahan.
Solat tanpa khusyuk bukan noktah.
Ia permulaan kepada sebuah pulang.
02/07/2026
Bukan semua orang bergelar pemimpin. Tapi semua orang akan dipersoalkan tentang kepimpinannya.
Menjadi pemimpin bukan sekadar pandai mengarah.
Tetapi mampu berfikir sebelum bertindak, menjaga amanah sebelum mengejar nama, dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan sebelum membuat keputusan.
Kerana kepimpinan yang hebat bukan hanya diukur dengan pencapaian di dunia.
Tetapi sejauh mana setiap keputusan membawa kita lebih dekat kepada reda Allah.
Didiklah diri menjadi pemimpin yang dibimbing oleh wahyu, bukan sekadar dipandu oleh hawa nafsu.
Ada 3 perkara yang pemimpin tidak boleh tidak buat,
- seorang leader mesti berfikir
- seorang leader mesti jaga amanah
- leadership yang berpandukan Al-Quran
Insya-Allah, kepimpinan seperti inilah yang bukan sahaja memberi manfaat kepada manusia, bahkan menjadi saham amal yang terus mengalir hingga ke akhirat.
Kerana pemimpin yang terbaik bukan yang paling berkuasa, tetapi yang paling bertanggungjawab di sisi Tuhan.
Mudah-mudahan.
01/07/2026
Untuk dapat kualiti solat yang bagus,maka harus tahu siapa yang disembahNya.
Kerana solat perlu hadir seluruh jiwa dan raga.
Solat perlu didengar setiap patah zikirnya,
Solat perlu dapat dilihat setiap gerakan zahirnya,
Solat perlu dirasa kehadiran Allah sang kekasih kita.
Kenal Allah, kenal Allah,kenal Allah.
Solat kita akan luar biasa,
Hidup kita akan luar biasa.
Kenal potensi diri adalah salah satu langkah awal untuk menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur dan mampu memberi manfaat kepada orang lain.
Nama ada nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan. Dengan nama itulah dia akan dikenali semasa hidup & dipanggil di hari akhirat. Sebab itu nama bukan perkara kecil. Berilah perhatian pada nama kita.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Jalan Renggam
Shah Alam
40200
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 18:00 |
| Tuesday | 08:30 - 18:00 |
| Wednesday | 08:30 - 18:00 |
| Thursday | 08:30 - 18:00 |
| Friday | 08:30 - 18:00 |