BabyRoses
10/03/2020
Situasi yg berasingan akan ada salah faham jika tidak bersemuka.
Perlu ada bersemuka kedua² pihak.
Antara perkara makruf yang munkar dilakukan ialah memberikan salam atau memulakan huluran tangan untuk bersalam dengan jemaah ketika imam sedang berkhutbah Jumaat, kerana Nabi SAW telah bersabda: “Jika kamu mengatakan pada temanmu: Diam (sekalipun) di hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, maka kamu telah berbuat sia-sia” [riwayat al-Bukhari dan Muslim] dan “Sesiapa yang memegang-megang batu (saat khatib berkhutbah), maka sia-sialah ia” [riwayat Muslim].
Namun sekiranya ada yang memberikan salam, baik secara umum kepada jemaah atau khusus kepada kita, bolehkah menjawab salamnya?
Tidak perlu menjawab salamnya, kerana kewajipan fokus mendengar khutbah lebih utama ketika itu dari kewajipan menjawab salam yang diberikan bukan pada tempat atau waktunya. Namun sebahagian ulama mengharuskan untuk menjawab salam sekadar dengan isyarat, sama ada dengan anggukan kepala atau isyarat jari atau tangan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW ketika bersolat [riwayat Muslim dan lain-lain].
Sekiranya orang disebelah menghulurkan tangan, apakah yang perlu dilakukan?
Sekadar menyambut tangannya untuk bersalam tidak mengapa selagi tidak terganggu fokus atau bersuara. Namun yang lebih utama ialah tidak menyambut huluran tangannya atau sekadar bersalaman tanpa menoleh ke arahnya sebagai mesej apa yang dilakukannya itu salah dan boleh mengganggu jemaah lain.
-Dr. Kamilin Jamilin-
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kg. Sg. Kandis, Seksyen 36
Shah Alam
40460