PAS Kawasan Kota Raja
01/06/2026
DAULAT TUANKU
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Patik sekalian mendoakan agar Allah SWT mengurniakan ke bawah Duli Tuanku kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, serta kekuatan dalam memayungi rakyat dan memimpin negara dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan.
Semoga Malaysia terus aman, makmur dan diberkati di bawah naungan Seri Paduka Baginda.
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. 🇲🇾
Ikhlas daripada:
PAS Kawasan Kota Raja
27/05/2026
إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dengan penuh rasa dukacita, kami menerima berita pemergian Allahyarham Tuan Haji Kamaruddin bin Parlan.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa-dosanya, menerima segala amal solehnya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Allahyarham adalah bapa kepada Ustaz Ahmad Taufik bin Kamaruddin, Setiausaha PAS Kawasan Kota Raja.
Semoga seluruh ahli keluarga diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
Ikhlas daripada,
PAS Kawasan Kota Raja
22/05/2026
Ada yang berkata PAS tidak mesra bukan Islam.
Rekod 2025 berkata sebaliknya.
Sepanjang tahun 2025, ADN PAS-PN Selangor turun menyantuni masyarakat pelbagai kaum melalui program komuniti, kebajikan, dialog rakyat dan sambutan perayaan.
Setiap Tahun Baru Cina, semua 10 ADN PAS-PN Selangor turun ke kawasan masing-masing membuat edaran limau dan hamper kepada komuniti Cina.
Setiap Deepavali, bakul makanan diagihkan kepada keluarga India yang memerlukan.
Di Hulu Bernam, program sukan bersama komuniti Sikh diadakan, selain sambutan Krismas di rumah Uncle Aru.
Di Sijangkang, wakil rakyat hadir dalam majlis makan malam komuniti Cina.
Di Sungai Ramal, sesi santai bersama komuniti India menjadi ruang untuk mendengar cerita, mencatat masalah dan menyampaikan sumbangan.
Di Semenyih, program NICE telah menyantuni lebih 800 warga India sepanjang tahun 2025.
Ini bukan satu program.
Bukan satu kawasan.
Bukan satu sambutan.
Ini cara kami bekerja.
Sepanjang tahun. Merentas kaum. Berpaksikan khidmat.
Kita berbeza agama, bangsa dan budaya.
Tetapi kita berkongsi negeri yang sama, kejiranan yang sama, dan tanggungjawab yang sama untuk hidup dengan aman serta saling menghormati.
Inilah sebahagian rekodnya. Rekod 2025 menjawab persepsi.
PAS menjaga keharmonian.
PAS menyantuni masyarakat majmuk.
PAS berkhidmat untuk semua.
Muat turun Laporan Prestasi ADN PN-PAS di pautan https://bit.ly/LaporanADNPNPAS_2025
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kampung Bukit Naga
Shah Alam
42450