Danial Al Rashid Haron
08/03/2026
Saya berkesempatan hadir menyantuni warga OKU dalam Majlis Iftar anjuran Majlis Belia OKU Malaysia (MBOKU) yang berlangsung di USIM, Nilai.
Saya amat kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Presiden MBOKU, Sdr Ghazali, serta Timbalan Presiden, Sdr Alif, yang memaklumkan bahawa program kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh belia OKU sendiri. Ini merupakan satu perkembangan yang sangat positif, kerana ia menunjukkan kemampuan dan keyakinan generasi muda OKU untuk memimpin serta menggerakkan program mereka sendiri.
Dalam ucapan saya, saya menekankan bahawa dalam gerakan advokasi OKU, setiap usaha — walaupun kecil — perlu diceritakan, dipromosikan dan “ditunjukkan” kepada masyarakat. Bukan untuk bermegah, tetapi untuk membina kesedaran yang lebih luas bahawa komuniti OKU juga mampu memimpin, berkarya dan menyumbang secara aktif kepada masyarakat.
Apabila kisah-kisah kejayaan ini dikongsi, ia akan menjadi naratif yang lebih kuat untuk membina advokasi, memecahkan stigma dan membuka lebih banyak peluang kepada komuniti OKU.
Saya juga menyambut baik hasrat Majlis Belia OKU Malaysia (MBOKU) untuk bekerjasama dengan Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS) dalam meningkatkan kesedaran berkaitan isu OKU di institusi pengajian tinggi. Universiti merupakan ruang penting untuk membina generasi yang lebih memahami nilai inklusi, aksesibiliti dan kesaksamaan peluang.
InsyaAllah, melalui kerjasama strategik seperti ini, kita dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda OKU yang berani ke hadapan, menyuarakan pandangan dan menjadi agen perubahan dalam masyarakat.
23/01/2026
Saya menerima pelantikan sebagai CPwD Regional Champion Asia Tenggara ini dengan penuh rendah diri, berbekalkan keinsafan bahawa masih banyak yang perlu dipelajari, didengar dan diperjuangkan.
Amanah ini bukan pengiktirafan peribadi, tetapi satu kepercayaan yang membawa nama Selangor dan Malaysia di peringkat Komanwel.
Tempoh hari saya sempat berbincang dengan Tan Sri Mohd Ariff Md Yusof, mantan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, yang mengingatkan bahawa Malaysia merupakan antara tonggak utama dalam Commonwealth Parliamentary Association (CPA), dan sering menjadi rujukan oleh banyak negara dalam pelbagai aspek tadbir urus dan pembangunan institusi. Kata-kata itu benar-benar menyedarkan saya bahawa amanah ini menuntut komitmen yang jauh lebih besar daripada diri saya sendiri.
Insya-Allah, dengan sokongan rakan-rakan Parlimen & DUN, agensi, pertubuhan OKU serta pengalaman yang dibina di Selangor, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menyumbang secara berprinsip, inklusif dan berintegriti, demi memastikan suara golongan OKU terus diangkat di peringkat serantau dan Komanwel.
Info lanjut di : https://www.cpahq.org/our-networks/commonwealth-parliamentarians-with-disabilities/
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Website
Address
Jalan Tinju 13/50
Shah Alam
401000