RMC Props
27/02/2015
It's time to invest!
Please let your friends know about this.
http://www.mudah.my/Double+Storey+End+Lot+SHOP+Putra+Heights-33666556.htm?last=1
Double Storey, End Lot SHOP - Putra Heights - Commercial Properties for sale in Putra Heights,... Shop lot for sale for RM 2 280 000 at Putra Heights, Selangor. Size: 5000 sq.ft..
18/11/2014
[ PAYAHNYA MEMBUAT 'THE CORRECT DECISION' - FREEHOLD KE LEASEHOLD? ]
Isu ini dah lama juga dibincangkan. Nak beli freehold, mahalnyaaa..nak beli leasehold, tak menguntungkan p**a nanti bila dijual semula. Adoii..
Kalau tanya pada kami, freehold ke leasehold..tentulah pilihan kami freehold :D
Tapi persoalannya adakah memang tak digalakkan membeli hartanah leasehold walaupun projek-projek baru di Lembah Klang ini kebanyakan di atas tanah leasehold? Dan hartanah freehold hanya terletak di ceruk-ceruk kawasan yang kita sendiri tak mahu tinggal?
Ok di sini kami sharekan tips untuk anda fikir-fikirkan sebelum membuat keputusan:-
1. Adakah terdapat pilihan lain yang merupakan hartanah freehold ataupun mempunyai pegangan pajakan lebih panjang daripada yang anda ingin beli (dengan bajet yang lebih kurang sama)?
Jika TIADA, maka anda bolehlah pertimbangkan untuk pembelian hartanah leasehold tersebut tetapi dengan beberapa faktor lain yang perlu dipertimbangkan.
2. Jika anda membeli hartanah baru, pegangan freehold dan 99-tahun pajakan tiada jauh bezanya kerana secara logiknya, 99-tahun melebihi purata 1 generasi untuk didiami TETAPI jika anda membeli hartanah ‘second-hand’, maka di sini anda perlu lebih berhati-hati kerana terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan:-
PERTAMA : Semak berapa tahun baki pajakan hartanah tersebut. Kebanyakan hartanah diberikan pajakan 99-tahun (zaman dahulu mempunyai tempoh lebih pendek seperti 60 tahun) dan selepas beberapa tempoh, baki pajakan semakin pendek dan adalah kritikal untuk dipertimbangkan. Jika baki pajakan hartanah tersebut masih mempunyai 75 tahun atau lebih, tidaklah menjadi isu untuk anda meneruskan pembelian hartanah tersebut. Jika kurang daripada tempoh tersebut, anda perlu pertimbangkan faktor berikutnya.
KEDUA : Lokasi hartanah tersebut. Sesetengah hartanah leasehold terletak di kawasan yang strategik dan mempunyai permintaan yang baik terutamanya dari segi penyewaan. Oleh itu, jika hartanah yang ingin dibeli mempunyai baki pajakan kurang daripada 75 tahun tetapi masih melebihi tempoh 60 tahun maka anda masih boleh mempertimbangkan untuk membelinya dengan syarat harga hartanah tersebut secara relatifnya tidak tinggi berbanding hartanah lain di sekitarnya yang mempunyai ciri yang sama, pajakan yang lebih panjang dan/atau lokasi yang lebih baik.
KETIGA : Pajakan kurang 60-tahun. Jika boleh, adalah dinasihatkan anda mencari alternatif lain terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli hartanah jenis ini. Walau bagaimanapun terdapat hartanah di dalam kategori ini yang masih boleh dipertimbangkan pembeliannya kerana faktor lokasi dan bekalan yang terhad. Sebagai contoh adalah rumah banglo di Seksyen 1-5, Petaling Jaya. Walaupun kawasan ini mempunyai baki pajakan yang pendek, permintaan untuk pembelian masih ada kerana faktor tersebut selain harga yang rendah.
Walau bagaimanapun, anda hendaklah mengambil perhatian bahawa sesetengah bank tidak memberikan pembiayaan kepada pembelian hartanah yang baki tempoh pajakannya adalah pendek seperti kurang daripada 50 tahun. Walaupun terdapat sesetengah bank yang lain memberikan pembiayaan, kebiasaannya margin pinjaman adalah rendah seperti 60% atau kurang. Oleh itu, jika anda benar-benar sukakan sesuatu hartanah leasehold yang mempunyai baki pajakan pendek (mungkin kerana rekabentuk, lokasi dsb) maka anda haruslah mempertimbangkan faktor pembiayaan tersebut.
Sebagai kesimp**an daripada penjelasan ringkas di atas maka bolehlah kami katakan bahawa tidak semestinya semua pembelian hartanah itu adalah Freehold memandangkan ianya semakin berkurangan dan harga yang mahal. Jika terdapat hartanah lain di kawasan yang sama dengan ciri-ciri yang sama atau lebih baik disamping harga yang lebih rendah, maka bolehlah anda pertimbangkan pembeliannya walaupun ianya adalah hartanah Leasehold.
Moga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini :D
Kepakaran kami adalah membantu anda memiliki, menjual atau "refinance" Hartanah dengan efisyen dan professional tanpa caj tersembunyi.
Masaalahnya sekarang, ramai yang tidak mengetahui sistem dan jalan yang betul dan cepat untuk memiliki sebuah rumah. Bagi yang mahu menjual rumah, ramai yang tidak tahu cara & lunas yang betul dan pantas untuk menjual Hartanah tersebut. Bagi yg sudah memiliki rumah lebih dari 5 tahun p**a, mereka tidak jumpa atau mengetahui jalan untuk mengurangkan kos bulanan pembayaran pinjaman.
Alhamdulillah, pelanggan-pelanggan kami amat berpuas hati dengan servis yang kami tawarkan. Mereka amat gembira dengan servis kami yang cepat dengan caj servis yang berpatutan. Mereka juga mudah mendapat pembiayaan perumahan di bawah budget mereka.
Kami mengalu-alukan rakan agen untuk bekerjasama dengan kami. Komisyen yang lumayan menanti anda. Segera hubungi kami di 018-399 3960 untuk khidmat nasihat percuma.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Shah Alam
40000