Azhar Hilmi
28/03/2026
SELAMAT PAGI!
Dalam hidup ini, kita selalu fikir yang memenatkan kita adalah kerja.
Padahal hakikatnya, bukan kerja semata-mata yang memenatkan…
Kadang-kadang yang benar-benar melelahkan kita ialah bila hati penat,
fikiran bercelaru,
dan jiwa terlalu lama memikul beban tanpa pernah berehat.
Itu fakta.
Sebab manusia ini bukan robot.
Kita ada batas.
Kita ada emosi.
Kita ada waktu di mana kita senyum di luar, tapi kita sedang berperang di dalam.
Dan tak mengapa.
Tak mengapa kalau hari ini kita belum sekuat semalam.
Tak mengapa kalau pagi ini kita bangun dengan dada yang masih terasa berat.
Tak mengapa kalau ada luka yang belum sembuh sepenuhnya.
Kerana kuat itu bukan bermaksud tidak pernah lemah.
Kuat itu ialah bila kita tetap memilih untuk bangun, walaupun dalam keadaan yang tidak sepenuhnya baik.
Kadang-kadang hidup ini tidak perlukan kita untuk menang besar setiap hari.
Cukup kalau hari ini kita masih ada iman untuk berharap,
masih ada sabar untuk bertahan,
dan masih ada doa untuk dipanjatkan kepada Allah.
Itu pun sudah satu kemenangan.
Jangan terlalu keras pada diri sendiri.
Boleh jadi, sejauh ini pun sebenarnya kita sudah melangkah lebih jauh daripada apa yang kita sangka.
Apa yang penting, jangan berhenti.
Tarik nafas.
Perbetulkan niat.
Susun semula langkah.
Kerana pagi ini bukan sekadar permulaan hari,
tetapi peluang baru yang Allah beri
untuk kita jadi lebih baik daripada semalam.
Semoga hari ini Allah tenangkan hati yang sedang gelisah,
kuatkan jiwa yang sedang lelah,
murahkan rezeki yang sedang dicari,
dan permudahkan segala urusan yang sedang dihadapi.
Selamat pagi.
Jangan mengalah.
Masih ada harapan.
insyaAllah! 💪
14/10/2025
Antara malam yang saya kenang dengan penuh rasa syukur diberi peluang mengacarakan Konsert Malam Wakaf Rakyat 2025 (MAWAR) bersama insan hebat yang saya hormati, Kak Bed .
Seorang kakak yang bukan sekadar berpengalaman, sangat merendah diri, tenang, dan tak pernah lokek berkongsi ilmu. Di sebalik kelembutannya, terserlah ketegasan dan keindahan seni yang luar biasa. Dari beliau, saya belajar bahawa kehebatan sebenar bukan pada sorakan, tetapi pada hati yang sentiasa mahu memberi.
Terima kasih juga kepada dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ( ) atas penganjuran konsert yang begitu bermakna dan sarat dengan nilai kemanusiaan.
Saya membesar bersama keluarga besar Kengkawan Project lebih 10 tahun dan dalam perjalanan itu, saya belajar tentang erti bekerja dengan jiwa, menghargai setiap insan, dan menjadikan setiap program sebagai jambatan kebaikan.
Mereka bukan sekadar keluarga, tapi cermin kepada semangat positif dan keikhlasan dalam berkhidmat.
Tidak lupa juga buat team yang sentiasa menjadi tulang belakang saya dalam setiap gerak kerja dan perjalanan.
Terima kasih atas semangat, keikhlasan dan kepercayaan yang tak pernah pudar walau diuji dengan pelbagai cabaran.
Kita mungkin bermula kecil, tapi kita bergerak dengan hati yang besar dan itulah yang menjadikan setiap langkah kita bernilai.
Dan tentu sekali, penghargaan tulus buat guru yang saya hormati, , atas bimbingan dan nasihat yang sentiasa menyalakan arah.
Malam itu bukan sekadar pentas tapi satu madrasah jiwa.
Setiap langkah, setiap senyuman, setiap bait kata menjadi peringatan bahawa dalam apa pun yang kita lakukan, niat dan keikhlasan adalah cahaya paling terang untuk terus melangkah jauh.
Kerana bila kita bekerja dengan hati, Allah akan hantarkan makna di setiap langkah kita.
- Azhar Hilmi -
18/09/2025
🌟 UMRAH KASIH PREMIUM 2025/2026 🌟
Umrah bukan sekadar sebuah perjalanan, ia adalah jemputan agung dari Allah untuk menjadi tetamu-Nya.
Dengan Umrah Kasih Premium, kami susun setiap langkah agar para jemaah merasai pengalaman yang benar-benar berbeza.
Lebih dekat, lebih eksklusif, lebih bermakna!
✅ Hotel terpilih berhampiran Masjidil Haram & Masjid Nabawi
✅ Ziarah tambahan istimewa yang jarang ditawarkan dalam pakej biasa
✅ Mutawwif & petugas profesional sentiasa bersama jemaah, membimbing dan membantu dari awal hingga akhir
✅ Pengurusan premium & eksklusif untuk keselesaan dan ketenangan hati
Setiap detik, setiap doa, setiap sujud… kami pastikan anda dapat menikmatinya dengan penuh khusyuk tanpa gangguan urusan teknikal.
✨ Umrah Kasih Premium! kerana perjalanan ibadah anda seharusnya seindah doa yang anda panjatkan.
Jom daftar sekarang. November dan Disember masih berbaki seat untuk anda!
"Menjejak Hikmah Di Bumi Barakah"
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Shah Alam