IKRAM Selangor

IKRAM Selangor

Share

27/05/2026

Aidiladha 2026 | Erti Pengorbanan

Aidiladha bukan sekadar tentang korban haiwan, tetapi tentang — kesediaan mengorbankan jiwa, harta, masa, tenaga dan seluruh kehidupan demi tujuan yang benar.

Setiap perjuangan menuntut pengorbanan.
Tiada jihad tanpa luka.
Tiada dakwah tanpa lelah.
Tiada kemenangan tanpa pengorbanan.

Allah SWT telah membeli daripada orang-orang beriman diri dan harta mereka dengan syurga sebagai balasan.

*إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ*
“Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”*
— Surah At-Taubah: 111

Setiap titis peluh, setiap langkah perjuangan dan setiap kesusahan di jalan Allah tidak pernah sia-sia.

Aidiladha mendidik kita bahawa cinta kepada Islam bukan hanya pada slogan dan kata-kata, tetapi pada apa yang sanggup kita korbankan demi agama, ummah dan perjuangan.

Bukan semua orang mampu berkorban.
Tetapi mereka yang memilih jalan ini akan dipilih Allah untuk memikul amanah perubahan.

Kerana itu para pejuang dahulu melaungkan:

*المَوْتُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، أَسْمَى أَمَانِينَا*
“Mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami.”

Semoga Aidiladha tahun ini melahirkan jiwa-jiwa yang lebih ikhlas berbakti, lebih kuat memikul amanah dan lebih bersedia berkorban demi Islam.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.

Photos from IKRAM Muda Selangor's post 25/05/2026
20/05/2026

Bulan Zulkaedah dan Zulhijah: Damai yang Mendidik Jiwa

Sirah membuktikan bahawa bulan Zulkaedah dan Zulhijah hadir setiap tahun untuk mengajar kita bagaimana kedamaian boleh membuka jalan dan bagaimana ibadah mampu menyempurnakan jiwa

Baca artikel penuh di ruangan komen📲

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


No. 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Friday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 17:00