Simpan & Labur

Simpan & Labur

Share

01/03/2022
22/10/2021

Mitos Pelaburan

Ramai yang ingin melabur tapi tak berani membuat keputusan untuk melabur.

Kami senaraikan di sini mitos yang dialami bakal pelabur berdasarkan pengalaman dan kajian kami.

1) Risiko rugi
Nama pun melabur. Memang akan ada risiko rugi. Tanya diri anda, berapa peratus anda sanggup rugi daripada peluang untuk menggandakan wang anda?

Bila ada risiko rugi, di situ juga ada peluang untuk mengaut keuntungan. Kebanyakan orang yang berjaya dalam pelaburan sanggup mengambil risiko ini kerana mereka tahu, pulangan kepada pelaburan mereka lebih besar!

2) Masih muda
Kata bijak pandai, melaburlah untuk bersara pada hari pertama anda masuk kerja.

Ewah, baru masuk kerja dah kena fikir pasal bersara? Bagi orang bijak, melabur ini tak kira bila masanya. Lebih muda anda melabur, lebih banyak untung yang anda boleh kecapi menjelang persaraan kelak. Jom mula!

3) Pelaburan hanya untuk orang kaya
Salah! Pelaburan hanya untuk orang yang mahu berjaya.

Tahukah anda, kebanyakan individu yang kaya dan berjaya dalam pelaburan pernah hidup susah dan miskin? Jika mereka dilahirkan kaya, mereka tidak akan melaburkan wang mereka. Buat apa tanggung risiko jika semuanya telah disediakan.

4) Kena banyak membaca untuk melabur
Tak perlu pun. Sedikit pengetahuan asas untuk bantu anda melabur mencukupi untuk anda memulakan pelaburan pertama.

Pengalaman akan mendewasakan. Pastikan instrumen pelaburan anda dikawal selia pihak berautoriti.

Jika anda masih tidak pasti untuk melabur, dapatkan khidmat nasihat perancang kewangan berlesen.

Hutang, diam dan muflis 04/10/2021

https://www.utusan.com.my/rencana/2021/10/hutang-diam-dan-muflis/

Hutang, diam dan muflis DALAM kolum ini, dua minggu lepas yang bertajuk ‘Baiki perkhidmatan, itu saja’, banyak komen pembaca yang memberi saranan, kalau pihak bank telefon, jangan jawab. Itu saja caranya hendak ‘mengajar’ mereka yang susah benar hendak dihubungi untuk urusan-urusan mudah yang tidak sampai lima mini...

Want your business to be the top-listed Business in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


No 29, Jalan Gembala Tiga 19/9C
Shah Alam
40300